Tuesday, December 29, 2009

Family Gathering at Penang

Sempena cuti krimas kali ni, we all (i meant all my family including my parent and all my siblings) went to Penang, my brother (Abg Din) wonderful house at Setia Pearl Island. He invited we all for housewarming and majlis kesyukuran for his promotion also. Now, his position as a Senior Manager at Motorola Technology Sdn. Bhd (Penang.) Congratulation to you Abg Din. Hope your successfull is always continuing. (Mana tahu ade rezeki dapat jadi the first malay CEO of Motorola...Insya Allah).

Friday night - just reach at my brother house, the rest of my sibling went early one day before. So, that night we ask for light dinner only. Mutton satay, nasi himpit and kuah kacang, enough. We all stay at my brother place except my sister Kak La and family stay at Eastin Hotel. 

Saturday - The ceremony, my brother held at Puncak Mutiara Cafe. The place there at kampung Sg. Pelet (sound like that lah, i cant remember) in Butterworth, so kena turnback naik bridge becouse my brother house at Bayan Lepas. The location detail i dont know, you know i'm always fail with the road, lebih2 lagi kalau jalan baru yang i lalu. I remember the place is very nice, fresh air with green panorama near the goat farm and fish pond. Yang unik, tempat makan di atas wakaf kayu, no hall like similar restaurant. The foods almost based on mutton and chicken only. So, we all dijamu dengan nasi beriani, kurma kambing, dalca kambing, ayam kampung goreng and the best kambing panggang. For dessert tapai pulut with ice-cream. Marvellous... Then, after we all going to beach some where there for kids mandi-mandi, at here we not stay a long time.

Sunday - So, you know penang famous with nasi kandar and cendol is it? two days we all ate nasi kandar, first at Line Clear Nasi Kandar and second Nasi Kandar Beratur. At Line Clear Nasi Kandar only men, so i dont know how is taste, but Nasi Kandar Beratur we all togerther eat there. I give 4 star for this stall, the place near the masjid kapitan keling at Butterworth. Pas the full at here, we all find place to Best Cendol stall, when reach at the place the stall is closed, oh my God...nevermind we come another time. We all, bila dah kumpul ramai2 ni kalau tak shopping tak sah, sampai kedai Habib Jewel (the first Habib Jewel shop) pun nak singgah... so apalagi kalau dah singgah kalau tak sangkut tak sah...all the mens start headache...
Then, evening my brother Doc Nury and my sister k zah going back to KL and my sister k Yah want back to Kota Bharu, before back we all pekena tea halia special recepi from k la, very nice.  That the wonderful weekend i have...i really loves my family...so next when? my sister k zah plan to berkampung at Cherating for next vacation. Insya Allah.  

* Sorry no photo here, i'm forgot to bring camera, but i can try to get with my niece Atiqah, then i will upload our happiness there.

Thursday, December 24, 2009

My dream

A handbag make me sleepless... very beautiful and fashionable. A handbag from Coach collection. The name is Coach 46 Denim Tonal Carly Signature Style 12197. I already checked the price. Riban-riban jugak lah but I like it so much. Mr Hubby can you buy one for me? he..he..



Thursday, December 10, 2009

My 30th birthday

Sorry, to late for update new entry, Happy birthday to me! I'm 30th now...oh my god...the time moving is very fast...Anyway...umur semakin meningkat aku perlu menjadi lebih matang dalam mengharungi perjalanan di muka bumi Allah ini demi mendapatkan keredhaan dan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. For this year, I received birthday gift from my hubby and son...the Miracle EDP from Lancome...I like it...Thanks sayang, I love both of you so much.(Sorry, photo not capture yet). 

Friday, December 4, 2009

Life Without Maid

First word mestilah KELAM-KABUT.... now semua kerja rumah dah kena buat sendiri bersama-sama dengan suami tercinta. May be, mula-mula ni agak kelam kabut sikit lah compare dengan ada Maid dulu... Dulu balik kerja aku tak payah fikir nak basuh kain, nak jemur kain, nak sapu lantai, nak buang sampah, tapi sekarang aku kena buat balik kerja-kerja tu... 5 bulan je aku off dari buat kerja-kerja tu sebab totaly Maid yang buat. Tapi tak pe...bukan tak biasa...sebelum ada Maid pun, kerja-kerja tu kami buat bersama. May be nak train balik skill tu ambil masa sikit...maklumlah dah banyak rehat kat rumah. Kami may be tak rasa sangat tp cian kat anak kami, sebelum ni tidur nyenyak sampai jam 10 pagi baru bangun, sekarang pagi2 lagi dah kena usung masuk kereta, kalau dah kena usung tu mestilah terjaga. Pas tu dok nursery pulak...ramai pulak rakan-rakan sebaya mestilah suka...tak tahu lah sambung tidur balik or main dulu pas tu baru tidur. 
SERIK? untuk waktu terdekat ni, may be on future I need Maid for help me at home, Ye lah..insya Allah tahun depan aku plain nak tambah ahli keluarga (he..he..) kalau dah tambah, automatic kerja pun bertambah...now I cant' decide anything...nantikan aku pandai-pandai plain, bila nak dapat approval tak lepas, ye lah kena dapat approval dr Mr. hubby dulu. 
Apa-apapun wait and see...sekarang ni sabar je lah...buat apa yang termampu...

Tuesday, December 1, 2009

Back To Nursery

Sikap manusia sememangnya tidak dapat diduga...betul lah pepatah ada mengatakan 'Air yang tenang jgn di sangka tiada buaya' itulah yang terjadi kepada diri ku...the true colour about Indonesian Maid.

Aku baru 5 bulan mengambil pembantu Indonesia, umur dalam 20an, belum berkahwin katanya...dan tunang sedang belajar di Indonesia sana, selama 5 bulan berkerja, aku cukup puas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan olehnya. Dia pun selalu cakap dengan aku yang dia nak kerja lama dengan aku..(janji-janji manis yang tak boleh dipercayai langsung). Dari segi bersih, dia memang pembersih, tapi masak tak pandailah, itu aku tak kisah, aku pun tak prefer maid masak for us. Dia jaga Haziq pun ok, Haziq pun cukup serasi dengan dia. Apa-apa pun aku bagitahu dia, kerja rumah tak siap tak pe, janji keperluan adik (refer to Haziq) diutamakan. Kawan-kawan aku kat opis pun ada mengingatkan aku supaya berhati-hati dengan Indonesian Maid ni tapi aku tak percaya sebab tengok orangnya macam baik sangat2...
Sebelum raya haji, dia minta dengan aku nak balik kampung pak ciknya di keramat, jd aku tak de masalah sebab aku balik taiping pun tak lama, dalam 4-5 hari je...sebelum ni pun dia selalu jgk balik rumah kakak sepupunya di sungai kayu ara bila 1 hari off, (sebulan aku bagi 1 hari off day). Aku tak de lak syak apa-apa yang tak baik sebab selalunya dia akan menepati janji, tapi bukan untuk kali ini. Sebelum aku hantar rumah pak ciknya pada malam rabu lepas, dia minta duit gaji...pada mulanya aku tak bagi, aku hanya bagi dia RM100 je, untuk dia belanja nanti, tp dia tak nak, dia tetap berkeras jugak nak semua duit gajinya. Pada mulanya aku tanya untuk apa nk semua duit gaji, dia kata nk hantar kampung separuh dan separuh lagi untuk belanja beli baju. Aku pula jenis cepat kesian kan orang, tanpa syak yang buruk2, terus aku bagitahu husband aku yang dia nak semua duit gajinya. Mulanya husband aku pun tak bagi jgk, tp dia terus mendesak. Husband aku pulak dh malas nk layan, trus bagitahu aku suruh bagi je lah. Aku pun bagilah semua duit gajinya bulan Nov sebanyak RM450. Bukan main seronok lagi bila dapat duit tu sampai terlupa nak wish thank you kat aku.
Aku pun tanpa berlengah, suruhlah dia bersiap2 sebab nk pg hantar rumah pak ciknya. Aku janji dengan dia hari isnin (30.11.2009) jam 4 petang, aku amik dia. On d way back KL, start jam 1.30 petang aku call her handphone, but can't get her...seolah2 macam di OFF handphonenya. Hati aku mula berdetik...ah kena tipu ke aku ni? before that, my sister (K la at kajang) call my handphone told that her maid was run away from agent house. Walaubagaimanapun, until 4 pm I try to get her, but the handphone still answer 'Please Try Later'... Dah sah dia ni lari, kalau tidak tak akan tak angkat phone...I don't know how to show  my feeling that time, angry, sad, upset (coz percaya apa yang dia cakap)......eeeeee....gerammmmmmm sangattttttt... but, i must received the risky what happen when facing with Indonesian Maid...
My husband cuba memujuk...may be ni bukan rezeki kami...may be ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku ini...may be, kalau dia stay with us...membawa kesusahan kepada kami lagi...aku redha...nak marah pun nak marah kat sapa...aku pun bersalah jugak...terlalu cepat mempercayai seseorang...Dia lari pun sorang2...my son safe with us, that the important for me... At office my friend always advise me...dont trust them...but I dont believe that....kalau dah indon tu...indon jugak...penipu... 
Tak pe lah...aku redha....dan aku harap Allah akan memberikan yang lebih baik kepada kami sekeluarga...dan semoga keluarga kami sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tak baik. Amin.....

Monday, November 23, 2009

Thanks Everybody

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana dengan kuasa dan rahmatnya, akhirya urusan pembelian rumah kami di Alpha Villa selesai dengan jayanya. Last friday, kami telah menerima kunci rumah + 10% advance payment + rental deposit 2 month with electricity & water charges + a partion of rental for month of Nov 2009. Thank a lots to En. Ezat for your kind to give me as noted in Agreement signed a few month later.

We plan, nak renovate dulu rumah tu before move in, may be next year kami sekeluarga akan pindah ke sana. Tak sabar rasanya nk duduk rumah sendiri. First thing, yang aku nak buat dalam rumah aku tu, Kitchen Cabinet...itu penting bagi aku...yang lain tu, kena ikut husband aku sebab dia yang keluarkan budget...aku just penyumbang idea and Interior Designer yang tak bertauliah ajelah...

Anyway, thank a lot to my lawyer... Miss Sharoon from Hisham, Chong & Co, En Rizal from CIMB Islamic Bank Petaling Jaya, En. Ezat (Vendor) and Selina as lawyer vendor at your cooperation to settle the sale and purchase process and En. Sayful Jaafar as a my adviser and comentar in Sale and Purchase Agreement draft.

Thursday, November 12, 2009

Home Sweet Home

Alhamdulillah...yesterday noon, I got message from hubby, that house we purchase at Alpha Villa, Wangsamaju almost settle. The bank (CIMB Islamic) already release the payment to vendor lawyer. Just waiting from vendor (En. Izat from Singapore) to passing the house key to my lawyer, Sharoon. About 5 month, I'm waiting for this time.... Thanks God. My dream really come true. Before, I'm move in the house, my husband and I plan to make renovation to make the house feel more comfortable for my family living. Hope, my family always got blessing from God. Amin.....

Monday, November 9, 2009

Pengumuman

Assalamualaikum,
Kepada kawan-kawan sumer, saya telah membuka satu lg blog untuk menjual tudung daripada Nurbarakah Collection. Asalnya tudung NB Collection adalah favourite saya, so saya nk share dgn you all sumer tentang tudung ni. For me, the tudung is very comfortable, trendy and material pun daripada kain yang mahal, kiranya standard A*****lah. Harga pun affordable. So my friends jengok2 lah my blog http://www.hayati-butik.blogspot.com/

Tuesday, November 3, 2009

Info

Just received call by NB collection owner this morning, informed me the new collection tudung by Nurbarakah Collection will be on market on next week. So, all my friend and NB collection fan (outside from SPNB) can call me at my hp 017-3216571 and for SPNB fan, you can get me at ext No : 3346 for the new tudung NB Collection. At this moment NB Colection will be produce the more interesting plain colour tudung, insya Allah 2 weeks again, Printed tudung will be on market. So guys... wait...and dont forget to contact me for new NB collection tudung...

Wednesday, October 28, 2009

Final Exam Tak Lama Lagi

Hai berdebar2 gak aku ni...tinggal 1 hari je lagi nak final, buku pun tak cari lagi nak baca ni. Harap2 dapatlah aku jawab soalan final nanti. Risau ni....Tp aku kena gak selak2 buku, at least baca sikit2...ada lah gak usaha...yang selebihnya berdoa dan tawakal pada Allah... Amin... nanti nak telefon mek & ayah, minta restu dan minta mereka doakan untuk aku supaya dapat jawab soalan exam nanti...

Wednesday, October 21, 2009

Insaf....

Lately ni banyak betul kejadian-kejadian pelik yang dilapor dalam suratkhabar. Cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak membuatkan aku takut. Nak tido malam pun rasa takut. Kadang-kadang terfikir, cukup ke amalan ku untuk bekalan di akhirat nanti...nak menempuh alam barzakh, bersendirian di dalam kubur...disoal malaikat mungkar & Nakir...siapakah yang boleh membantu? kalau pg dengar ceramah-ceramah agama, ustaz akan memberitahu...apabila matinya seseorang muslim itu hanya 3 perkara saja yang dibawa iaitu :

1. ilmu yang manfaat
2. doa anak-anak yang soleh
3. sedekah jariah

Harta & kekayaan? itu sumer ditinggalkan...dan harta kalau tidak digunakan dengan jalan yang betul akan menyusahkan kita di akhirat kelak...harta itu akan datang sebagai seekor ular yang besar di dalam kubur...takutkan? kalau dengar2 perkara macam ni aku rasa takut yang amat sangat....dan cuba untuk menjadi yang terbaik..memohon pada Allah semoga aku, suami, anak-anak, kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga ku sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T, dijauhkan kami dari melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan....Ya Allah, aku pohon petunjuk darimu...lindungan kehidupan kami dan semoga kami termasuk di dalam golongan hamba-hamba mu yang beriman. Amin....

Friday, October 9, 2009

Rindu Pulak...

Lama betul aku tak menulis kat blog ni...busy lah katakan...rasanya sempat lagi aku nak wish selamat hari raya idilfitri, maaf zahir & batin kepada sumer kawan2 yang mengenali aku...hope your raya penuh dengan kegembiraan... aku tahun ni beraya di kampung halaman ku...bestnya....third raya baru berangkat ke Taiping untuk beraya di rumah suami tercinta lah pulak...tapi biasalah bila balik sana, mesti aku tak dapat jumpa dengan adik ipar aku Janah, coz different turn. Baju raya? mestilah... this year we choose blue colour for our family.



sorry, this year I'm forgot to bring camera at going back to kampung, so terpaksalah menyelit kat mana-mana kamera yang ada. Here I'm just show my son photo, currently to try the baju melayu after back from raya shopping.

Tuesday, June 30, 2009

Final Exam Lagi???

Reach at office today, I got sms from my friend tell the timetable for final exam already come-out at Website Space UTM... oh my god... baru je aku habis exam ari tu...nak exam lagi. This semester, I'm taking 2 paper only. English and Hubungan Etnik. My hope, for this semester I can remain my pointer...3 something again. Insya Allah.

Wednesday, June 24, 2009

Waiting For New Printed Tudung NB Collection

Nowdays ramai yang bertanya bila tudung NB Collection yang corak nk kuar? Actually, Kak Miza and Kak Fizah already going back from Korea to bought new material with new design and new more glamorous colours for new tudung production. Somebody told me... impatient to wait new printed tudung NB Collection... and my friend from Legal dept also told me... sempat ke nak tengok new design from NB Collection ni... she feel litle worry either she can see or not new design printed tudung NB Collection. Dont worry Dina... you can see... wait for a few days only... Insya Allah I will bring for you. Especially for NB Collection fan..., thank a lots for you all supporting. Insya Allah end of this month new printed design will be on market and I will bring for you all.

Tuesday, June 23, 2009

Happy Father's Day

My Loving Hubby.....


My Proud Father....


Happy Father's Day... Any man can be a Father,but it takes a special person to be called Dad.

Special For you Ayah... Tuan Haji Yusoff Bin Hj. Deris.
You always in my heart forever and ever... I Love You So Much... I'm proud to be your daughter... wishing you Ayah... Peace in your heart, health in your body, wealth & happiness in your life. May the God with you always.

And for my loving hubby...Mohd Maahad Bin Hj. Abdul Malik... Happy Father Day's... You always in my heart... Love you all in my heart... I proud to be your wife and happy life with you and son Muhammad Ammir Haziq Bin Mohd Maahad. May Allah gives our happy life and happy family forever and ever... May Allah bless our always... Amin...

Monday, June 15, 2009

Durian Feast at Penang

My Family having fun weekend at Penang.

Durian time...
nak lagi tak???


Jumaat 12.06.2009
Bertolak daripada rumah pukul 9.00 malam. Jalan jem teruk kat opis... tu yang lambat bertolak. Sampai Tapah R&R kul 11.00 malam, my husband take a kopi untuk hilangkan ngantuk.
Sabtu 13.06.2009
Biasalah, tido lambat, mesti bangun lambat. Aku sampai kat rumah abang Din kul 3.00 pagi... samapi-sampai je terus tido. Haziq boleh terjaga pulak... tapi tido balik. Bangun pagi pukul 9... breakfast dulu, pas tu baru plan nak pegi mana. First agenda for the day... tengok rumah baru Abg Din yang sedang giat dalam renovation... bila dah puas hati dengan keje-keje kontraktor sedang dijalankan... baru lah Abg Din ajak pegi lunch. Mana lagi... kari kepala ikan special lah... Lunch di Zinie Cuisine... so, plan seterusnya...cari durian, bergerak je kereta dalam 5 km, kami jumpa durian stall, makan durian kampung fresh... baru gugur dari pokok je... makan kat situ je...
Malam... diner at Gurney Drive (my favourite place, kalau datang penang tak pegi tempat ni, tak sah)... kat sini banyak stall makanan... sampai aku tak tahu nak makan apa. Kat sini juga peniaga melayu dan cina di asingkan. so tidak akan ragu-ragu pasal halal or tak halal. Lepas dinner, kami pegi Ferringgi Night Market, kat sini lebih kurang cam uptown lah... barangan yang dijual pun sama... ada jam branded, ada handbag branded dan baju-baju T-shirt dan macam-macam lah... yang sku suka kat sini... VCD. Kat sini VCD hanya RM4 je satu... so apalagi my husband pun borong lah... tapi yang latest movie je beli... Kat sini, aku sempat beli fridge magnet... penang interesting places. Kalau kat Airport Penang, aku tengok dia jual 1 RM9.90 tapi kat sini aku dapat 3 RM10. Murah kan!!! Dah penat, jalan-jalan, anak-anak pun dah ngantuk, balik lah... kedai pun banyak dah nak tutup.
Ahad 14.06.2009
Ari ni dah nak balik KL... but before balik, After having the lunch, Abg Din sempat lagi pegi beli durian. Kali ni the best durian in Penang, apa lagi kalau bukan Udang Merah. mmm sedapnya... Selepas je habis makan durian, rehat sekejap...bertolak balik KL...



swimming time...

Thursday, June 11, 2009

Akhirnya... Alhamdullilah

Syukur Alhamdullilah... semalam tepat jam 2.00 petang aku menjejakkan kaki ke opis lawyer untuk sign S&P (Sale & Purchase Agreement) rumah... lega rasanya, sebab untuk draf S&P mengambil masa agak lama untuk mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak... biasalah hanya lawyer je yang faham klausa-klausa ada dalam S&P... before it, aku ada baca juga baca S&P orang lain punya..tapi tak de lah aku nak tengok detail sangat tapi bila time aku, mestilah kena baca betul-betul dan faham apa klausa-klausa yang terdapat dalam S&P ni... takan nak main sign je... kan silap sign duit deposit 10% boleh burn macam tu je tau.. tak sanggup aku nak menangis and take the risk. My lawyer Miss Sharoon, banyak advise yang dia bagi dan menerangkan maksud klausa -klausa sebelum aku dan husband sign, dia terangkan sumer maksud klausa-klausa yang ada dalam S&P tu supaya aku dan husband lebih faham. Thanks a lot Miss Sharoon. Aku juga dimaklumkan yang Vendor akan sign S&P tu pada 12hb Jun 2009... Semalam juga, aku dan husband rasa cam nak muntah... sebabnya sign paper terlalu banyak... S&P dah 5 copy aku kena sign, Deed of Assignment 6 copy, Agreement dengan bank 12 copy... every page kena sign... setiap agreement tebalnya lebih daripada 30 muka surat... letter undertaking 2 copy... oh sungguh banyak sekali... tak sanggup aku rasa... tapi Alhamdullilah, sumernya dah selesai... doa aku cuma satu, semoga sumernya berjalan dengan baik dan lancar.... Amin...



Tuesday, June 9, 2009

Nak Pegi Penang

Hujung minggu ni, aku dan family nak pegi Penang. Kelas aku pun tak de this weekend. So, bolehlah aku berjalan-jalan. Lagipun sekarang ni musim durian... Abg Din sibuk ajak kami datang Penang, katanya nak belanja makan durian Balik Pulau dan Udang Merah.. emm sedapnya... maybe aku ajak my brother Doc Nury, dia pun hantu durian jugak. My sister K.La tak dapat join weekend ni, may be next weekend kot. Lagipun, dia mungkin penat lagi, baru balik dari Sarawak, cuti sekolah, bawak anak jalan-jalan. Kat Penang ni banyak tempat makan yang aku suka... mee udang Sg.Dua tak akan ketinggalan untuk dinikmati. Kalau malam pulak, suka makan kat Gurney Drive... kat sini lagi happening compare dengan Padang Kota Lama. Lagipun kat sini makanan yang dijual lebih bervariety... nak makan rojak buah ada, pasembor pun ada, laksa penang pun ada... and many more... and the place very nice at night... in front of sea... so dapat rasalah angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup ketika syok makan. Queensbay Mall pun kena pegi gak, ada cendol sedap... hmmm banyak pulak agenda aku kali ni... tak tahu lah cukup tak 2 hari tu. Aku tak amik extra cuti... now cuti dah boleh simpan untuk raya yang bakal menjelma tak lama lagi...

Monday, June 8, 2009

Busy????

emm... dah lama tak update blog... bukan tak de story, story banyak tapi tak sempat nak cite kat sini. Kelas semester III dah bermula... oh.. kelas-kelas semester III yang aku attend kali ni cukup padat. For Saturday... start 2.30 pm until 8.00 pm..., sunday... start 8.30 am until 3.00 pm... lecturer very straight... tak boleh nak berkompromi langsung. Last week, MIL datang rumah, aku apply leave untuk bawak my MIL pegi Ikea... sakan bershopping... aku tak shopping apa-apa pun, just tengok-tengok... cari idea for kitchen cabinet. Pasal rumah, syukur dah sampai final stage... tunggu nak sign S&P. Harap-harap this week dah boleh sign lah. Waiting for lawyer calling. Insya Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku ingatkan senang nak beli rumah ni... rupanya banyak prosedur yang aku kena ikut. Nasib baik aku dalam line ni.. so ejen or owner tak boleh nak tipu and thank you so much to En. Sayful as a Adviser. Nasihat aku pada kawan-kawan, kalau nak beli rumah, jangan main suka je... kena check dulu tanah tu leasehold or freehold. Kalau freehold, tak banyak sangat prosedurnya.. tapi kalau leasehold... kena minta consent from state dulu, kalau tak dapat, tak boleh nak tukar nama.. and kalau apartment... kena dapat consent dari developer lagi walaupun unit tu dibeli daripada seseorang. So, kena study dulu...before you agree to sign any documentation.
Haziq with cat toy, nenek beli kat Ikea.



Suka dengan idea ni.... simple je



Thursday, May 21, 2009

Me @ Today

Aargh... aku dah boleh menarik nafas lega. Banyak keje-keje land aku dah settle (my job at office) Banyak surat-surat dan memo-memo kepada authority dan others department yang berkaitan dah aku reply. Outstation??? buat masa terdekat belum ada lagi.. nowdays aku banyak pegi local trip je... nearest land office je yang aku lawat sekarang ni. Nak kuar??? kena lah kuar sorang-sorang sekarang ni... dah tak boleh bawak assistant... tapi sumer tu not a problem for me... anything i'm must study to handle, if i'm want to improve my job knowledge. Study??? just know the final exam result... Alhamdullillah, syukur kepada Allah sangat-sangat. Aku dah start Sem III, short sem for university compulsory subject. So, my weekend back to student, attend the class but not every weekend. This weekend my class off, so I can visit my parent stay at my sister house in kajang. What would I'm bring for them??? my be I can try to make the triffle, recepi given from my ex-boss, (Thanks Kak Ilie) I eat the triffle make by her, very nice.... emmm so delicious. My father just recover from eye operation (change new lens for his eyes), now he must relaks and full rest. My mum always accompany and take care my father. My husband always busy with the USL project. Need to handing over that project in time. Now, the project almost complete and he need fullfill the anything matters for the handing over. My son... ooo his naughty lately... he like copy what ever I and my husband do. I know he is in transformassion... and explore the new things in his life... speaking??? not talkative.. some word he can pronouns... Well done my son... good luck for you.

Monday, May 18, 2009

Result Final Semester 2

Alhamdulillah, aku berasakan teramat bersyukur di atas nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada aku selama ini. Aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan di atas muka bumi Allah yang begitu indah ini. Hari ni sampai je opis aku terus buka website UTM Space, nak tengok result final exam ari tu dah kuar. Bila buka je.... aku terus memanjat syukur ke hadrat ilahi... result semester ini agak membanggakan. Aku stay 3 pointer lagi.... Alhamdullilah.... Terima kasih Allah. Semester ini aku amik 3 subjek... Pelupusan Tanah, Sistem Pengkalan Data dan Pembiayaan Projek... sumer subjek this semester agak tough. Alhamdullilah, selesai sudah 2 semester aku belajar... aku masih ada 4 tahun lagi untuk meneruskan pengajian ku, insya Allah, semoga tiada halangan untuk aku berjuang untuk menggengam segulung ijazah. Aku amik semester pendek... untuk subjek umum universiti. So, kali ini aku tak lah cuti panjang sangat. Next week kelas akan bermula. So, weekend aku kembali sibuk.

Wednesday, May 6, 2009

Haziq's Story

Malam Tadi.....
Haziq tido awal, pukul 8.30 dah merengek nak tido, aku bagi makan nasi pun dia tak nak, selalunya pantang bila kami berada je dimeja makan, dialah orang pertama yang sibuk panjat kerusi, sekarang ni kalau nak makan, nak makan sendiri. Aku ingatkan dia akan tido sampai pagi... tapi sangkaan ku meleset, apabila tepat jam 10.30 dengan muka tersipu malu sambil mengigit jari berjalan keluar daripada bilik menuju ke arah aku yang sedang tengok movie dengan husband and my mum. Faham-faham je la, kalau dah bangun waktu tu, pukul berapa pulak nak tido... dah la pukul 3 pagi my husband nak tengok bola... Arsenal vs ManU. Maklumlah my husband peminat setia Arsenal. Haziq sekarang dah mula pandai bercakap... perkataan yang selalu bermain di bibirnya sekarang ... mama cucu (mama nak susu), nenek (gelaran for my MIL)... totok (atuk for my FIL) mok (gelaran for my mum) ayah (for my father, actually Tok Ayah), bila my husband peluk dia erat-erat, perkataan 'jangan' akan terpacul keluar.... itulah keletah anak aku yang sorang.... bila kat nursery pulak.... nama bibik di pangilnya bebek.... Haziq...Haziq... nakalnya makin menjadi-jadi sekarang ni.... but still make mama and papa happy... thanks sayang... we love you sooo much....

Monday, April 27, 2009

Lega... Exam Dah Habis

Last week, start thursday aku amik cuti, konon-kononnya nak study la sebab hari jumaat dah start paper untuk final exam for this semester. Tapi faham-fahamlah bila dah ada kat rumah, banyak pulak kerja rumah nak buat, basuh baju...sidai baju.. kemas rumah... time-time ni lak aku rajin, nasib baik la my mum ada.. ada gak dia tolong-tolong aku lipat kain... thanks mum... I love you so much. Biasalah bila aku sibuk dok basuh baju... mak aku dok bising bila nak study ni, risau dia macam aku nak amik exam SPM masa dulu-dulu, thanks mum for caring. Haziq??? Haziq hantar nursery... sorry sayang mama nak study.. (tapi hantar kejap je... tak sampai hati pulak). Husband??? biasalah pegi kerja... Lepas settle sumer keje rumah, tak sampai hati pulak nak tolak bila mak aku nak pegi kedai cosway kat rumah aku... so lepas sembahyang asar, we all kuar rumah amik Haziq kat nursery dulu, pas tu baru pegi. Lepas dah banyak barang mak aku borong kat cosway, we all menjamu selera kat McDonald. Bukan main seronok lagi Haziq dapat main kat playland yang ada kat dalam McDonal. Dah hampir maghrib baru we all balik rumah. Buku entah kemana...study pun entah kemana... nasib baik ada soalan objektif untuk paper tu, so boleh lagilah aku 'tembak'. 3 hari berturut-berturut aku ada paper... first day hari jumaat paper Sistem Pengkalan Data... (agak susah gak sebab aku tak minat sangat pasal computer ni... lebih-lebih lagi pasal nak create sistem.. memang aku tak minat), pada paper ni aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk score A, kalau dapat B pun dah cukup bagus...(harap-harap dapatlah). Second day hari sabtu paper Pembiayaan Projek... yang ni lagi lah nak kena faham konsep dan ingat fakta...tapi ok lagi lah daripada Sistem Pengkalan Data, harap-harap yang ni aku dapat B+ pun ok lah tapi ramai gak yang cerita lecturer ni kedekut markah sikit. Hari ke tiga lak paper untuk Pelupusan Tanah... yang ni aku confident sikit... harap-harap dapat la A... Insya Allah. Bila exam dah habis lega aku rasa... tapi debaranya akan kembali bila nak tahu result nanti. Harap-harap semester ni aku masih dapat mengekalkan rekod last semester...

Wednesday, April 22, 2009

Realiti Kehidupan

This year genaplah umur aku 30 tahun, tapi kalau ikut bulan belum lagi. Betapa aku rasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang 30 tahun perjalanan hidup aku di muka bumi Allah ini, Lately ni baru aku sedar sebenarnya kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Sebelum ini, aku amat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada aku. Ok la, aku cerita sikit zaman aku kecil dulu-dulu. Aku ni anak bongsu dalam keluarga, aku ada 4 sisters and 2 brothes, biasalah anak bongsu what ever yang nak mesti dapat, kalau tak dapat from my parent, my sister and my brother yang bagi. Mak aku tak bekerja, dia seorang surirumah sepenuh masa yang menguruskan segala keperluan kami sekeluarga dan totally menjaga kami adik beradik. Ayah aku pula seorang pendidik. Biasalah kalau seorang pendidik, corak hidup kami berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Cara hidup kami begitu berdisiplin. Dari kecil lagi kami telah di latih dengan cara hidup, yang bagi aku begitu bersistematik. Kami ada masa untuk study, masa bermain dan kami tidak di ajar untuk bermalam di rumah kawan. Aku masih ingat, aku pegi bermain di rumah sepupu aku, bukan orang lain pun, tapi aku lambat balik... lambat pun tak la lambat sangat... dalam pukul 6.30 petang... apalagi rotan pun singgah di kaki aku. Aku cukup respect dengan cara ayah aku mendidik anak-anaknya... Dia merotan anaknya sekali je... tapi kitaorang akan ingat sampai sekarang... dan kalau nak buat perkara yang salah, akan teringat pada rotan ayah tersebut. Hasil daripada didikan mak dan ayah aku, dapat lihat produk yang terhasil daripada anak-anaknya yang seramai 7 orang ini cukup membanggakan....
Jarak umur aku dengan abang aku yang no. 6 pun jauh... 5 tahun... so, memang dia terlalu manjakan aku. Aku ingat lagi, setiap kali dia balik dari boarding school (Sekolah Menengah Sains Machang) adalah someting for me. After form 5, my brother dapat offer study kat US. Walaupun berjauhan, he always call me... and one word yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, bila my sister in law boleh cakap "oh ini la Yati... adik kesayangan Azmi" and my sister in law boleh bercerita kat aku yang abang aku selalu bercerita pasal aku bila bersama dengannya. Setiap kali my birthday, abang aku tak pernah lupa nak bagi present kat aku. Thanks you so much Abang Din. Saya, sayang awak.
Bila umur aku dah meningkat remaja, dan aku berjaya melanjutkan pelajaran di UTM dalam Valuation line, aku tak stay kat hostel becouse, my mum tak berapa suka. Aku akui, aku tak pernah ada kawan-kawan yang betul-betul rapat, sebabnya aku sentiasa dikalangan my family. Weekend pun, aku tak suka jalan-jalan dengan kawan-kawan, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan my sister Kak La. Aku stay kat rumah dia sampai umur aku 25 tahun. Just 2 year before im married, aku cuba hidup sendiri dengan Aisyah dan Kak Nozi. Kak La menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh, boleh di katakan macam seorang emak cara dia jaga aku. Kalau aku sedih dia pun turut sedih, pernah sekali aku menangis sebab aku tak dapat nak sambung study ke peringkat degree, aku menangis di dalam pelukannya. Kak La ni pun cam Abang Din jugak, sentiasa memberikan yang terbaik untuk aku... aku faham, aku adiknya yang paling kecil, dah tak de adik lain dah.
Begitu juga dengan kakak-kakak dan abang aku yang lain, sentiasa memberikan tumpuan untuk aku. Kalau pegi melancong ke... ada je buah tangan untuk aku... begitu juga dengan kakak ipar dan abang ipar ku, layanan yang diberikan kepada aku bukan seperti orang luar, cara layanan sama macam dengan adik beradik sendiri, Thanks abang malik, kak ina dan kak zu...
Aku akui, my life aku rasa sungguh indah sekali, aku ada family yang cukup memahami. Sekarang ni aku telah melangkah ke fasa baru dalam hidup aku... aku ada suami yang penyayang dan cukup memahami dan seorang anak lelaki yang cukup menghiburkan. Mereka lah segala-galanya dalam hidup ku sekarang.
Friend???? aku akui aku begitu cetek dalam menilai sebuah persahabatan... bagi aku dalam satu persahabatan memerlukan keikhlasan dari hati tulus. Tanpa hati yang ikhlas, bermacam-macam hal akan terjadi dalam ikatan persahabatan tersebut... dari sini lah wujudnya "kawan makan kawan" " Kawan tikam belakang" and what ever istilah lagi yang aku malas nak sebut....
so, pengajaran yang aku dapat... berhati-hati dalam memilih kawan... aku juga amat menyesal dengan apa yang aku buat selama ini.... terlalu mempercayai seseorang ini, sampai aku sanggup mengutuk dan mengata seseorang ini, padahal orang yang aku kutuk ni la yang sentiasa memberikan aku support. Dari sinilah aku tahu... seorang ini benar2 ikhlas dengan aku... aku yang buta selama ini, tak dapat nak menilai yang mana kaca dan yang mana permata....
Aku sentiasa berdoa kepada Allah, semoga menjauhkan aku, suami, anak-anaku dan keluarga ku yang lain daripada manusia-manusia yang tidak mempunyai hati yang ikhlas ini.... Semoga Allah sentiasa berada di sisi kami dan memelihara kami daripada golongan manusia di atas.

Monday, April 20, 2009

Thank You So Much Sayang....

Last week adalah minggu yang tak berapa baik bagi aku... ye la hari pun tak selalu cerah, kadang-kadang gerimis pun melanda di tengah hari, begitu juga dengan hidup ini... ada duka, ada suka... itula realiti hidup yang perlu dilalui oleh yang bergelar insan. Namun disebalik kedukaan itu, ada hikmah yang baik disebaliknya... aku amat bersyukur di atas rezeki, nikmat, rahmat dan kurniaan yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T selama ini. Aku amat-amat bersyukur di atas rahmat dan anugerah mu ya Allah. Semoga kebahagian ni juga berkekalan hingga ke akhir hayat kami... Amin...

Kepada suamiku yang tercinta, di sini yati ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas pemberian ikhlas darimu... sebuah handbag yang menjadi idaman yati selama ini.  Thank you so much sayang.... Dirimu cukup memahami, di kala hati ini dalam kesedihan yang teramat sangat, dikau menghadiahkan 'something' yang selama ini menjadi idaman yati (I wrote here). Terima kasih juga di atas nasihat dan teguran yang papa berikan. Insya Allah, selepas ini, yati tak akan mudah mengalah lagi dengan manusia-manusia yang suka bermuka-muka ini.... yang penting yati ingat pesan papa.... apa yang kita buat biarlah ikhlas... hanya dengan keikhlasan saja yang dapat membuatkan diri kita lebih tenang. Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya...

P/S : Tak lupa juga kepada Kak Azizah dan Kak Ilie yang banyak mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam perjalanan hidup ini. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam ragam dan kerenah manusia... rambut sama hitam, hati lain-lain....

Tuesday, April 7, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Rambut Haziq???

Ini lah wajah terbaru Haziq, selepas transformasi rambut pada minggu lepas.... pada mulanya aku tengok Haziq cam nak gelak jugak, chinesse look pun ada... nampak makin nakal pun ada... Haziq..Haziq... macam-macam kerenah sekarang... manja pun makin menjadi-jadi, bak kata abang ipar aku, Haziq ni manja la... maklumlah masih sorang lagi...

Papa, apa tu???


Emmm, lamanya aku tak update blog... bukannya tak ade cite nak tulis tapi disebabkan aku kena berkemas untuk pindah floor, dari floor 7 move ke floor 14. So, selepas seminggu di floor baru, hari ini sempatlah aku update sikit2. Actually, cite ni pun dah lama, 3 weeks ago... masa ni aku pegi klinik doktor kamal untuk dapatkan suntikan 11/2 year for Haziq. Perkembangan terkini diri Haziq sekarang, dia dah pandai menyebut 2 suku kata perkataan. Panggilan untuk mama dan papa dah lancar, news words yang sekarang Haziq suka sebut...cicak, ball dan special word untuk susu, Haziq call 'MEME'... aku pun tak tahu dari mana dia dapat perkataan tu, aku dan hubby tak pernah sebut... maybe dapat kat nursery kot, kat situ kan ramai cikgu2 yang tak bertauliah.

Wednesday, March 11, 2009

Change Template Lagi????

Apa jadi dengan layout blog aku kali ni??? bunga sakura dengan background hitam. Sebenarnya hari ni aku dah kurang kerja sikit, memo approval yang patut aku settlekan sebelum dateline Mei pun aku dah settle, dah submit kat my bos to get GM signature, so boleh la ari ni aku main-main sikit. Disebabkan aku ada masa nak godek-godek internet ari ni, aku terjumpa lak blog yang menawarkan 'free template'. Kepada kawan-kawan aku yang berminat untuk menukar layout blog layarila website http://smittenblogdesigns.blogspot.com/ or scroll ke bawah di blog aku, nampak logo smittenblog, klik je kat situ pun boleh. Ok, guys....check it up!!!!

Tuesday, March 10, 2009

Jenguk Haziq Di Nursery

Jeng...jeng... tengok apa yang Haziq buat kat Nursery... sebenarnya foto di atas dirakam ketika Haziq tidak menyedari kedatangan kami. Sebenarnya, masa ni aku dan husband nak amik haziq selepas waktu kerja. Ye la... nak gak 'spotcheck' apa yang Haziq buat dan apa yang nursery dedahkan kat anak aku ni... syukurla dia ajar perkara2 yang baik... tapi aku tawakal pada Allah SWT, ni yang aku nampak, yang aku tak nampak banyak lagi... sepanjang peninggalan aku dan husband pegi kerja, aku totally mengharapkan nursery ni untuk menjaga Haziq. Harap-harap pekerja di nursery ni dapat menjaga Haziq dengan baik...faham2 la tempat ramai kanak-kanak...maybe ada gak yang terlepas pandang...kita ni manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pernah 1 hari, Haziq kena gigit kat belakang badan, salah seorang pengasuh tu beritahu aku dan meminta maaf di atas kelalaiannya... aku tak marah pun, aku tahu dia pun tak sempat nak jaga dan belek Haziq 100%, kanak-kanak lain pun ada gak yang nak dijaga. So, aku faham situasi mereka. Anyway, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pengasuh2 nursery Small Qalif yang telah menjaga Haziq dari umur 6 bulan sampai sekarang, dan aku berpuashati dengan cara jagaan mereka (hal2 kecik tu aku buat tak tahu je la.. kalau nak amik kira banyak la ceritanya pulak). Thank you so much Bibik (Haziq manja nak dukung je), Kakak Widya, Kakak Yani, Ibu, Mummy Hani dan Kak Fida.

Tuesday, March 3, 2009

Nurbarakah Collection

Salah satu tudung 'Nurbarakah Collection' yang menjadi koleksi ku (fokus kat tudung aje tau!!!)

Apa trend tudung sekarang? kalau soalan ni yang ditanya mestilah jawapannya ialah 'Tudung Ikin' kan. Antara syarikat yang mengeluarkan produk seperti ini seperti Ariani, Munnawwrah, Hajaba dan yang terkini ialah Ratu, tetapi aku tak pakai yang brand tu sumer, aku lebih selesa mengenakan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection'. Kualiti produk 'Nurbarakah Collection' ni sama level la dengan Ariani, tapi harga dia jauh lebih murah daripada Ariani, Munnawwarah dan Hajaba. Aku dapat tahu daripada kakak aku (dulu pengunjung setia Ariani, sekali pegi Ariani, dia habiskan RM1,000 untuk 10 helai tudung) harga sehelai tudung Nurbarakah jual RM45, tapi Ariani jual RM75. Material yang digunakan lebih kurang sama 'Thai Silk' as awning and body use a material 'Licra' or 'Spandex' type. Kakak aku secara automatic terus beralih arah bila aku memperkenalkan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection', tak pegi lagi kedai Ariani tu, order dengan aku je. Jenis tudung yang dikeluarkan oleh 'Nurbarakah Collection' ni pun sama dengan keluaran Ariani, Munnawwarah dan Hajaba, ada yang plain colour (many type of colour) dan ada yang bercorak. Harga kedua-dua jenis tudung ni sama RM45 bagi saiz S dan M, manakala bagi saiz L, harga dia mahal sikit (aku pun tak tahu, sebab tak pernah beli). So, guys kalau ada yang berminat dengan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection' ni bolehlah menghubungi aku sebab aku dah jadi wakil penjual bagi 'Nurbarakah Collection' ni. Sebelum aku jadi wakil penjual ni, aku dah banyak beli dengan kakak yang owner 'Nurbarakah Collection' ni. Sememangnya aku amat berpuas hati dengan tudung-tudung keluarannya. Bila aku pakai, aku rasa sangat selesa. Tapi aku tahu, mesti lain orang lain pendapatnya... tepuk dada tanya selera....

Monday, March 2, 2009

Tenang Ketika Gawat

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku. Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia ";


5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Wednesday, February 25, 2009

Outstation To Penang

Tomorrow, aku akan terbang ke Penang... tapi bukan untuk makan angin tau!!! ni adalah tugas khas untuk aku (boleh dikategorikan la). Destinasi sebenar aku ialah Majlis Perbandaran Sungai Petani yang terletak di Bandar Sungai Petani. Memandangkan airport paling dekat dengan Sg. Petani adalah airport Penang, so aku turun di Penang dan one of Branch staff at penang will fetch me at airport and travel with to MPSP. Tujuan aku ke MPSP adalah untuk membayar bil assessment bagi projek Taman Universiti Jaya. Ini adalah antara tugas-tugas aku kat SPNB ni...

Tuesday, February 24, 2009

Begitu Cepat Masa Berlalu.........


Masa bergerak terlalu pantas... proses pembesaran Haziq pun aku rasa terlalu cepat, sekarang Haziq dah berumur 1 tahun 6 bulan....(kadang2 aku rasa tak puas melalui saat2 manis ketika Haziq masih bergelar baby) Tapi apakan daya... itulah lumrah kehidupan... sebagai seorang hamba Allah, aku akur dan redha dengan ketentuan ini. Insya Allah, aku dan suami akan menjaga amanat dan anugerah istimewa yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya.... dan juga akan memberikan segala yang terbaik buat 'Permata Hati' kami ini....

Friday, February 20, 2009

Tak da Mood

Today, I'm feel no mood to write here... just I want to wish you all...



Wednesday, February 18, 2009

I'm dream...



Yang mana satu??? dua-dua idaman kalbu..........

Cantik kan??? inilah perempuan, handbag dan perempuan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Handbag ni dah jadi satu benda wajib yang akan dibawa bila hendak keluar rumah. Tak kisahlah untuk apa tujuan pun, mesti bawak handbag. Sebenarnya kedua-dua handbag di atas adalah idaman aku.... tapi tak de la aku mampu beli yang 'original'... harga yang 'original' dah macam gaji aku sebulan... ($$$$), so apa yang aku mampu, beli yang 'imitate' je dulu sekarang.... harga imitate pun bukan main puluh2 ringgit tapi dah cecah ratus2 ringgit jugak, bergantung kepada gred. Kawan aku ada bagitahu, ada 3 gred for 'imitate' ni... gred A, AA and AAA, the best gred is AAA dan harga dia pun boleh tahan jugak , cecah jugak la RM500+++... (mahal jugak????), tapi tak pe... kalau ada rezeki lebih nanti... mana la tahu aku pun mampu beli yang 'original' (harap-harap la). Tapi kalau dapat free lagi baguskan???? mana la tahu tergerak hati my hubby terchenta nak menghadiahkan aku salah satu handbag tu.... sempena birthday aku ke... or sempena anniversary ke... or saje-saje hadiah ke... best jugak kan ***???

Tuesday, February 17, 2009

Akhirnya.....

Huh...penat betul aku memerah idea untuk mencantikkan blog aku ni... setelah sumer masalah dapat di atasi (maklumlah aku bukan pakar dalam bidang ni) akhirnya inilah hasil kreativiti aku yang aku cedok dalam designer blog yang sempat aku visit. Cam ne guys ok tak???? jawapan kena bagi seikhlas hati tau!!!! (tak payah nak amik ati...sebab tak de hadiah pun aku nak bagi)... I need you all feedback.... thank you...

Ku MilikMu

Malam ni adalah last episod for tv series 'Ku MilikMu'. So guy.... are you following this series, i'm absolutely follows and never miss one episod yet. Insya Allah, tonight i must wacthing. I want to know how come Iqbal, Anisah and Kirana for the last journey to get the true love in their life. Who come married with Iqbal... Anisah or Kirana??? so tonight watch the 'Ku MilikMu' on TV3 at 9.00 pm... dont miss it!!!!

Friday, February 6, 2009

Langkawi Island Part Two

Second day, we were wake up early morning for our continued visited place, we were visited Kota Mahsuri or Mahsuri Tomb. We were moving early becouse the day our more destination want to visit. At the Kota Mahsuri we saw a Mahsuri Tomb, Museum, Mahsuri Well, Teratak Mahsuri and more villa (i'm forgot the name), at here i'm was bought some souvenir for my family and friends (key chain and fridge magnet), after that we went to Pekan Kuah. At Pekan Kuah we went to Eagle Bay and Hj.Ismail Group, we bought chocolates and some kitchen stuffs for myself, family and friends. We had lunch at Nasi Ayam Hj. Yahya (the famous nasi ayam in Kuah Town), when we finished our lunch we going back to hotel.
At the evening, we had visit the Langkawi Underwater World. The place not interesting to me, but my son is very excited with the place. He can saw fish and penguin, then after finished our walking and take some photos there, we were hungry... so we had laksa langkawi and rojak buah at stall nearest beach... nice food with nice price but my son can't eat (not suitable food for his), he just played the car on the table...(so poor my son).
We were back to hotel after that, that night we not out anywhere, my son was tired. My hubby just bought meal at the hawker poolside, we had simple dinner for night with keuw tew goreng, nasi ayam (for my son) and roti canai, we only spent RM25 for meal... so cheap and the meals very nice. We slept early that night, coz tired. Tomorrow my flight return back to KL on 3.30 pm. Langkawi, I'll come again... Thanks papa for this holiday, so next when we want to go???

Langkawi Island Part One

Hi everyone... actually i'm just return from my holiday with my hubby and son at Langkawi Island. We went there on 02nd Feb until 04th Feb 2009, i'm wanted told you... ini la kali pertama aku menjejakkan kaki di Pulau Lagenda Mahsuri ni... I was planned this holiday so long already, when the Air Asia was started their promotion last year, my hubby grab this opportunities to bring our family for holiday. We got the interesting holiday package (2 way flight + hotel) for 3 days 2 nights with great value. The place i'm was selected is Pulau Langkawi.... i'm happy there, with great place, great food, great people and.... great shopping!!!!. I like it!!!!!
At first day, first place our visited is Perdana Quay Marina, very nice place with blue water and light house there is ala-ala kat oversea and the many of luxury boat owned by richman (i think) park there, then we went to Oriental Village at Gunung Machincang, walking there and taken the some photograps. After that we went to cable car entrance, bought the tickets for 2 adult ( half price for malaysian citizen), so we are ready to ride the cable car. The cable car always moving, we must jump for ride (i'm lucky coz my hubby ready to carry my son was slept, easily to me for jump). When cable car went up to hill, i'm was scared coz i'm gayat actually. We stop at first check point... tak sanggup naik tinggi.. we return back to cable car start point. We back to hotel at 7.00 pm for take shower and maghrib prayer before we out for dinner. We went out to Pantai Chenang for dinner. We eat seafood meal at Restaurant Hj Ramli (not exclusive restaurant there) but the price is very exclusive (very regret with their meal, tasteless). When clock showed at 11.30 pm, i'm back hotel coz my son already sleepy.
Some photographs we taken on first day at Langkawi Island

Thursday, January 29, 2009

Seronoknya Kat Kampung

Bestnya berada dikampung, 3 hari aku bercuti dikampung menikmati udara yang masih segar dan nyaman. Walaupun arus pembangunan telah mula meresap dikampungku tetapi nilai-nilai tradisional kampung masih kukuh dikalangan warga kampungku. Sempena cuti CNY ni, my brother telah mengadakan sedikit kenduri kesyukuran, menyembelih seekor lembu untuk dimasak dan diberi makan kepada semua orang kampungku. Awal-awal pagi lagi rumah ku telah didatangani orang kampung untuk menolong mana-mana yang patut. Dari sembelih, melapah, memotong daging hingga memasak dibuat secara bergotong-royong. Daging2 yang telah dipotong dimasukkan ke dalam kawah untuk dimasak. Jangan korang tak percaya tukang masaknya lelaki tau... masih terasa lagi keenakan gulai kawah tersebut. Selain daripada gulai kawah, emakku juga menyediakan lauk-pauk sampingan seperti sambal belacan, acar timun, ikan kering goreng dan tembikai sebagai 'dessert' . Pada sebelah malamnya pula, ayah aku telah mengadakan kenduri tahlil. Setelah selesai semua majlis dengan jayanya, kami adik beradik pun melepak sambil borak-borak sambil menikmati kuih-muih yang masih ada. Pukul 3.00 pagi barula kami semua tidur... untuk agenda seterusnya besok hari...


my brother... Doc Nury


Orang-orang kampung sedang menjamu selera


my hubby and son


my nephew and niece, Hakeem and Aliya

Besok paginya, we breakfast with 'Nasi Dagang Salmah' (The famous Nasi Dagang in town). Kalau balik kampung, nasi dagang adalah menu tetap kami untuk breakfast, selain daripada roti canai, pulut ikan kering, nasi kerabu dan 'Nasi Berlauk'. Lunch pulak kalau tak makan nasi Hover or nasi sumatera sri panji dan nasi sup Tok Ayah memang tak sah, ini adalah menu tradisi kami sejak kecil lagi. My mum tak masak bila kami balik kampung, sebabnya kami yang tak bagi masak, kalau ikutkan my mum mestila dia nak masak, tapi kami minta dia rehat. Terasa cepat betul masa berlalu, pada hari selasa aku bertolak balik ke KL, kalau ikutkan hati aku ni, cam tak nak balik KL, sebab banyak lagi makanan favourite aku version kelantan tak sempat untuk dinikmati cam roti bakar white house, murtabak diRaja, sate baung, laksa dan nasi kerabu tumis... sedapnya... bila lagi nak balik kelantan?????

Thursday, January 22, 2009

Balik Kampung

Pejam celik, pejam celik, dah tiba pun, before this i m not patient to wait this moment... going back to KB. I will travell this night and stay at cherating for one night before i m going back to KB tomorrow morning. Rindunya nak balik kampung, nak jumpa mek dan ayah... mesti dia orang berdua seronok bila dapat tahu yang we all adik beradik akan balik bercuti di kampung sempena cuti raya cina ni. This morning my mum already called me by phone to make sure, i m back this night. My sister and brother will be back tomorrow after school (maklumlah aku belum ada anak yang bersekolah lagi... so aku la paling awal boleh balik). So aku akan bercuti start besok sehingga hari selasa. After back from cny leave, i have big event to handle... i m not telling you all now... suprise!!!! but i m still berdebar-debar if i m not ready for this... ye la sebelum ni mana ada aku pernah buat perkara ni... (bukan perkara tak baik tau!!!) but i m not alone for this event... i have my husband, my friend and my sister in law with me. For u guys, are you ready....???? think yourself.... after cny we met and discuss together.

Tuesday, January 20, 2009

Wait.....

What you doing while waiting husband finish the work? read blogs? writing new entry at blog? or visit interesting website? ooohhh.... almost my friend blog, I'm read (bosan dah sampai tahap gaban!!!), blog yang entah sapa-sapa punya aku tak kenal pun aku dah baca. Biasala kalau kat my office area, bila hujan turun sikit je, traffic jam berjam-jam. Pernah sekali, my husband cuba redah hujan sebab nak balik rumah awal, aku keluar dari office jam 5.30 pm but i'm reach home at 9.00 pm, can you imagine how long my husband and i bertapa dalam kereta menanti jalan clear. oh my god... aku dah tak sanggup. Jadi untuk mengelak daripada berlaku kejadian yang sama, kami sanggup stay kat opis until maghrib time and after we solat... and then baru fikir nak balik... kesian my baby terpaksa stay lama kat nursery... sorry sayang, mama and papa bukan sengaja nak balik lambat... we miss you always...

Bila Demam Dah Baik

Semalam demam, hari ni dah baik... cam chipmore lak kejap ada kejap tak de. Alhamdullillah syukur pada yang Maha Esa, sebab demam Haziq tak melarat, aku betul-betul risau takut demam Haziq melarat, kesian pulak sebab nanti nak travell jauh. Hujung minggu ni aku nak balik kelantan, sempena cuti raya cina. All family going back to KB. Cuti raya cina kali ni my brother, Doc Nury ada bernazar, dia nak tumbang 1 ekor lembu when he got the scroll of 'surgeon specialist' and also telah menyempurnakan impian my father. Kami sumer tumpang gembira di atas kejayaannya. Congratulation Bro!!!!.
Inilah telatah Haziq kalau dia tak sakit, tak boleh duduk diam. Sebenarnya toy tu my husband beli semalam semasa pegi hantar Haziq kat clinic, biasala baby kalau tak sihat mesti merengek je... untuk pujuk Haziq my husband belikan toy bus. Bila balik dari nursery semalam dia asyik main bus tu je... mainan lain dah tak dihiraukan (dah bosan la papa... belikan la Haziq mainan yang canggih sikit boleh???) sapa yang minta ni??? Haziq ke mama???

Monday, January 19, 2009

Haziq Demam

Malam tadi, jam 3 pagi Haziq merengek, aku pun terjaga dan cuba pegang dahi dia, terasa panas.... Haziq demam... may be main banyak sangat kat rumah kak la semalam, maklumla ramai yang melayan dia kat sana, anak-anak kak la memang suka main ngan Haziq, lebih-lebih lagi abang adam.. (Haziq favourite cousin) sebab abang adam suka dukung. Cian baby mama, demam ye sayang??? makan pun tak nak, minum susu pun dah kurang, so, hari ni aku dan husband amik halfday, hantar Haziq ke klinik. Doc cakap Haziq demam biasa dan batuk-batuk disebabkan kahak yang banyak. Aku cadangkan pada doc nak amik nebulizer (siapa yang pakar ni?? aku pulak yang bagi cadangan kat doc...), tapi doc nasihatkan tak perlu, sebab dia nanti akan melemahkan jantung baby... so aku pun tak jadi nak amik nebulizer, tapi doc bagitahu dalam keadaan tertentu nebulizer boleh, tapi kalau boleh di elakkan lah... selagi ada ubat yang boleh membantu, better used medicine (liquid) first, before the nebulizer... nebulizer cant used after medicine cant help. Aku dan husband mengangguk faham. Selepas aku balik dari klinik, aku hantar Haziq ke nursery... kalau besok demam Haziq still tak berubah aku or husband akan amik cuti untuk jaga Haziq kat rumah. Risaukan kalau anak-anak ni demam, tak senang nak duduk... nak buat keje pun tak senang. Hari ni aku nak cepat2 balik, tepat 5.30 ptg aku nak cabut terus dari opis, nanti lambat sikit je mesti traffic jam... lambat la aku sampai rumah, lambat pulak aku tengok Haziq.

Thursday, January 15, 2009

An Evening in Lake Garden

Last weekend aku tak dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan my hubby and son, coz aku balik KB untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah pak cik aku yang telah kembali ke rahmatullah (last entry). Sepanjang ketiadaan aku di KL, my hubby yang jaga haziq, aku balik seorang je sebab emergency call bukan sebab balik kampung nak suka-suka, so my sister booking flight ticket for me, her and my brother alone. Semasa aku kat kampung my husband totally yang jaga Haziq, kemana sahaja husband aku pergi, di angkutnya haziq bersama. Ahad petang, sebab tak de nak buat apa kat rumah, my husband bawak Haziq dan anak-anak abg ry, Anis, Amirul and Yaya pegi Lake Garden. Bukan main seronak lagi aku tengok Haziq... dapat main kat playground. Tengokla gaya Haziq bila turun dari slide..... macam dah biasa main, sedangkan ini la first time main slide. Dah lama aku tak cite pasal anak aku sorang ni... Haziq dah masuk 1 tahun 4 bulan (cepatnya... masa berlalu). Kat nursery aku diberitahu oleh 'Mummy Hani' yang Haziq diberi gelaran YB, sebab suka merayau-rayau kat dalam nursery (konon-konon macam melawat kawasan). Kat nursery, Haziq pantang betul kalau ada kanak-kanak lain yang usik barang-barang mainan kepunyaannya... cam bantal peluk (bolster) pantang kalau ada yang amik. Haziq kalau dia nak minum susu dia suka peluk bantal... (not bantal busuk la) any bantal boleh bagi kat dia kalau dia nak minum susu. Lagi satu tabiat yang baru dia belajar kat nursery lately.. suka merajuk... kalau merajuk sampai pegi dapur dan masuk bilik (macam bawak diri la) ala cian baby mama... tapi papa dia yang suka mengusik kalau kat rumah.... seronok kan... bila balik ke rumah melihat teletah dan kerenah Haziq yang meghiburkan itu, penat dan letih kat opis hilang entah kemana (gone by the wind) lambatnya jam nak sampai pukul 5.30 petang, tak sabar mama nak balik rumah nak jumpa baby mama ni... Haziq, mama and papa miss you always....

Monday, January 12, 2009

Al-fatihah

Tepat jam 8.03 pagi sabtu bersamaan 10hb Januari 2009, tiba-tiba handphone aku berdering. Aku pun mengambil handphone ku dan kedengaran suara emak ku dihujung talian sana. Emak ku telah memaklumkan yang pak cik ku telah kembali ke rahmatullah. Dengan tiba-tiba airmata ku terus berguguran. Aku sedia maklum, sebelum ini pun aku telah mengetahui keadaan pak cik ku yang sedang sakit. Arwah telah mengalami sakit tua yang agak lama. Makan, minum, mandi dan buang air kecil/besar semua diuruskan oleh mak cik dan anak-anak. Selepas bercakap dengan emak aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung untuk menziarahi jenazah sebagai penghormatan terakhir. Aku segera menelefon abang dan kakak ku, mereka pun mengambil keputusan untuk balik ke kampung jugak. Pada perancangan awal kami nak balik dengan kereta, tapi bila memikirkan perjalanan nanti akan mengambil masa selama 8 jam dan jenazah akan dikebumikan selepas fardhu zohor, memang tak sempat. So, kakak ku yang kat kajang terus booking flight. Tiket flight yang kami dapat paling awal ialah pada jam 1.40 petang. Tanpa berlengah lagi kami terus mengemas mana-mana yang patut untuk ke LCCT. Dalam perjalanan, kami semua membisu seribu bahasa, mungkin sedang mengimbau kenangan bersama dengan arwah. Arwah seorang pak cik yang penyayang... dia tak pernah memarahi kami walaupun kami selalu membuat bising bila berada dirumahnya... Kami sampai di airport KB pada jam 2.45 pm. Kesedihan mula terasa bila abang ku yang datang untuk menjemput memberitahu yang jenazah telah selamat dikebumikan. Aku tidak dapat untuk menatap wajah terakhir pak cik... Aku segera menuju ke rumah mak cik... bila saja kaki ku menjejak tangga rumah mak cik... ku lihat ramai orang yang datang untuk menziarah... aku, kakak dan abang terus menuju ke arah mak cik, bila kami memghulurkan salam, airmata mak cik terus mengalir... kami terus memeluk mak cik sambil menenangkannya. Pemergian arwah cukup terasa buat kami semua... kami yang masih hidup berdoa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan di tempatkan bersama hamba-hamba yang beriman... amin... al-fatihah...

Tuesday, January 6, 2009

Help Me Please

Kepada kawan2 dan pengikut blog setia ku... please help me!!! aku amat-amat memerlukan pertolongan you all untuk menukar gambar di bahagian header blog aku... kalau korang perasan blog aku tak de nama, betul tak??? sebenarnya masalah yang aku sedang hadapi sekarang ini ialah, gambar bunga dengan rama-rama yang sedang dok terbang tu tak boleh nak remove.... cam ne nak buat... please.... kengkawan sumer tolong la cam ne nak buat???? kepada kawan-kawan yang pakar pasal blog ni ...please help me.....

Monday, January 5, 2009

Back To School

Hari ni telah bermula seisi baru persekolahan bagi tahun 2009. Terasa cepat lak cuti sekolah ni habis padahal cuti lama tu (sebulan lebih jugak aku rasa). Ramai ibubapa yang amik cuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Suasana opis aku masih lagi sunyi... masih ramai yang sambung cuti untuk menghantar anak2 ke sekolah. Time aku belum lagi... anak masih kecil baru masuk 1 tahun 4 bulan (everyday I send my son to nursery). Bukan saja anak-anak yang akan ke sekolah tapi aku sendiri pun akan mula sibuk setiap kali weekend bermula pada 10hb Januari 2009 ni... kelas dah start balik (hua...hua... nangis.. yela hilang la sudah keseronakan aku bersama husband and son untuk merayap kat mane2 shopping complex). Semester kali ni aku amik 3 subject. Pelupusan Tanah, Sistem Pengkalan Data dan Pembiayaan Projek... new lecturer for 2 subject and maintain PM Megat for Pembiayaan Projek. Kali ni kelas aku agak pack sebab 3 subject aku pulun, last semester ok lagi sebab not every weekend ada subject yang aku amik. Sabar-sabar.... (cuba motivate diri). Korang nak tahu aku sambung study ni dalam masa 5 tahun (lamanya...) kadang2 bila fikir balik menyesal tak sambung awal2... time bujang dulu, kalau weekend bukan buat apa pun... mengadap TV dan melayan anak buah je (masa bujang aku stay dengan kakak). Tapi bila fikir balik mungkin ada hikmahnya kenapa baru sekarang aku boleh sambung study. Anyway... aku akan jadi very-very the busy woman la lepas ni...????!!!!

Friday, January 2, 2009

Background Baru

Sempena kedatangan tahun 2009, aku telah menukar background blog aku yang entah ke berapa kali (bukan aku takde keje tau...) aku pun tak ingat (ekek..ekek..). Lagipun hari ini keje tak menimbun lagi, so dapatlah aku menukarnya, nanti bila keje dah menimbun... nak jengok blog pun tak sempat. Sebenarnya aku nak isi macam2 kat layout blog aku ni tapi tak reti...(maklumla bukan amik course IT). Aku tengok blog orang lain cantik je... (jelous aku). Sudah menjadi lumrah manusia... yang orang lain ada mesti nampak cantik, yang sendiri punya walaupun dah cantik masih tak puas hati... Tapi kali ini, aku dah cukup puas hati dengan background ni, ada bunga tapi tak banyak, kiranya nampak simple tapi menarik... (sesuai la dengan jiwa aku)... anyway wishing you all a prosperous new year 2009.. Peace in your heart, health in your body, wealth & happiness in your life. May the God with you always.