Showing posts with label collection. Show all posts
Showing posts with label collection. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

Nurbarakah Collection

Salah satu tudung 'Nurbarakah Collection' yang menjadi koleksi ku (fokus kat tudung aje tau!!!)

Apa trend tudung sekarang? kalau soalan ni yang ditanya mestilah jawapannya ialah 'Tudung Ikin' kan. Antara syarikat yang mengeluarkan produk seperti ini seperti Ariani, Munnawwrah, Hajaba dan yang terkini ialah Ratu, tetapi aku tak pakai yang brand tu sumer, aku lebih selesa mengenakan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection'. Kualiti produk 'Nurbarakah Collection' ni sama level la dengan Ariani, tapi harga dia jauh lebih murah daripada Ariani, Munnawwarah dan Hajaba. Aku dapat tahu daripada kakak aku (dulu pengunjung setia Ariani, sekali pegi Ariani, dia habiskan RM1,000 untuk 10 helai tudung) harga sehelai tudung Nurbarakah jual RM45, tapi Ariani jual RM75. Material yang digunakan lebih kurang sama 'Thai Silk' as awning and body use a material 'Licra' or 'Spandex' type. Kakak aku secara automatic terus beralih arah bila aku memperkenalkan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection', tak pegi lagi kedai Ariani tu, order dengan aku je. Jenis tudung yang dikeluarkan oleh 'Nurbarakah Collection' ni pun sama dengan keluaran Ariani, Munnawwarah dan Hajaba, ada yang plain colour (many type of colour) dan ada yang bercorak. Harga kedua-dua jenis tudung ni sama RM45 bagi saiz S dan M, manakala bagi saiz L, harga dia mahal sikit (aku pun tak tahu, sebab tak pernah beli). So, guys kalau ada yang berminat dengan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection' ni bolehlah menghubungi aku sebab aku dah jadi wakil penjual bagi 'Nurbarakah Collection' ni. Sebelum aku jadi wakil penjual ni, aku dah banyak beli dengan kakak yang owner 'Nurbarakah Collection' ni. Sememangnya aku amat berpuas hati dengan tudung-tudung keluarannya. Bila aku pakai, aku rasa sangat selesa. Tapi aku tahu, mesti lain orang lain pendapatnya... tepuk dada tanya selera....

Wednesday, December 3, 2008

I love it


Malam tadi, sambil tengok TV dengan ditemani oleh husband dan anak aku yang seorang... aku belek-belek la album gambar haziq... dalam banyak-banyak koleksi gambar yang aku simpan... gambar ni la yang paling aku suka. Gambar ini diambil masa haziq umur 4 bulan. Baru je pandai meniarap. Aku masih ingat lagi, sewaktu gambar ini diamik, pada waktu pagi dimana aku dan husband sedang bersiap-siap untuk ke opis, tiba-tiba haziq boleh terjaga dari tidur dan meniarap sambil posing tengok mama dan papa.

Monday, October 20, 2008

Tupperware brands

Sebut je tupperware brands mesti semua golongan wanita tahu, now days bukan saje perempuan yang minat, lelaki pun tahu pasal tupperware ni, jadi tak hairan la kalau wanita boleh beli banyak-banyak tupperware ni. reka bentuk dan warna-warna yang di pasarkan memang menarik, aku tak terkejut kalau ada wanita-wanita yang boleh beli tupperware ni setiap bulan, termasuklah aku, aku sendiri dah jadi member tupperware. boleh dikatakan sumer collection aku ada, ada yang aku dapat (free) dari kakak ipar aku (member tupperware jugak). aku suka sangat dengan tupperware ni bukan apa, bukan saje di sebabkan warna dan rekabentuk yang menarik tapi sebab dia ada 'lifetime warranty'(maksud aku, kalau tutup or apa-apa part tupperware tu rosak boleh diganti yang baru dan juga kita boleh beli part-part tupperware tu dengan harga satu-satu). so berbaloi kalau beli dengan harga yang mahal. tapi itu sumer bergantung kepada individu, ada yang rasa tupperware ni mahal, sedangkan ada lagi di pasaran yang lebih murah. (bukan tupperware brandla).aku tak salah mereka yang berfikiran begini, mugkin disebabkan factor kewangan yang menyebabkan mereka terpaksa berhati-hati untuk membeli. aku tak nafikan pasti setiap wanita akan 'jatuh cinta' bila terpandang saja 'katalog tupperware' yang keluar setiap bulan. termasuklah la aku sendiri.........