Fuh...lama betul menunggu i untuk update sambungan citer di Hokkaido...sowyyyy....sangat-sangat. Banyak urusan rumah tangga dan pejabat yang terpaksa i utamakan dulu. Now dah lega sikit...Ok, pada hari kedua after breakfast, i dan rombongan akan meninggalkan Hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Maharoba Natural Hot Spring menuju ke Sapporo City iaitu ibu negeri Hokkaido. Perjalanan kami memgambil masa 2 jam, tetapi sebelum sampai ke Sapporo City kami sempat menyinggah di Otaru untuk shopping dan makan-makan. Dari Otaru ke Sapporo City hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Kami diberitahu oleh Tourist Guide di Otaru ada satu kedai yang menjual Creampuff dan Ice-Cream yang paling sedap di Otaru, kalau tak rasa memang rugi. Dalam fikiran i dan hubby dah set 'mesti rasa ni!'.Jangan tak percaya di Otaru ni kami dibawa shopping di pasaraya Aeon macam ada kat Malaysia (ye la Aeon tu asalnya daripada Jepun). Selepas habis bershopping sakan di Otaru ni, kami dibawa ke Hotel Tokyo Dome Of Sapporo, iaitu hotel tempat kami menginap selama 2 malam semasa berada di Sapporo City. Selepas selesai urusan check in dan masukkan barang-barang dan beg-beg pakaian dalam bilik hotel, kami dibawa ke Restoran untuk makan malam.
|
Sebelum berangkat meninggalkan Hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Maharoba Natural Hot Spring |
|
Singgah sebentar di RNR |
|
|
Dihadapan Clock Tower Otaru City |
|
Dalam salah satu kedai 'Souvenir' di Otaru City |
|
Dihadapan Kedai Creampuff yang famous di Otaru |
|
Tengok Creampuff yang banyak dibelakang kami ...yum..yumm.. |
|
Dihadapan kedai Ice-Cream yang famous sambil menunggu hubby belikan ice-cream |
|
Dalam pasaraya Aeon |
|
Decoration for Christmas di lobi utama hotel |
|
Inilah Bilik Kami di Hotel Tokyo Dome of Sapporo |
No comments:
Post a Comment