Wednesday, December 31, 2008

Good Bye 2008... Welcome 2009...

Tengok kalender ari ni dah 31hb Dis... esok dah tahun baru... good bye 2008... memang banyak kenangan manis yang tercatat pada tahun 2008. Terasa cepat masa berlalu, pejam celik...pejam celik dah habis setahun. Walaubagaimanapun kehidupan mesti diteruskan, banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus ditempuh untuk menjadi seorang yang berjaya. Tahun baru islam pun sudah menyingkap jendelanya (1 muharam 1430 Hijrah). Setiap kali masuk tahun baru aku tak pernah tanam azam... apa yang terjadi pada tahun tersebut aku anggap yang terbaik dalam kamus hidup ku... seperti jugak tahun-tahun sebelum ini, aku tidak mempunyai azam... harapan ku pada tahun 2009 ialah semoga kehidupan ku lebih bermakna, sentiasa mendapat keberkatan hidup daripada yang Maha Esa dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak dengan baik disamping suami tercinta, anak tersayang dan keluarga yang dikasihi, di dalam pekerjaan pulak, aku harap dapat memikul tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada ku dengan baik. As as student, untuk semester ini, aku ingin berusaha lebih gigih lagi (impikan anugerah dekan...) supaya dapat pointer yang yang lebih baik lagi (semester lepas pointer bagus gak..tapi kali ni nak lagi bagus).

Wednesday, December 24, 2008

Cuti Panjang

Hooreyyy.... besok public holiday... cuti krimas, sesiapa yang amik cuti hari jumaat 1 hari dapat 5 hari cuti, termasuk la aku... (bijak..bijak). Bos-bos kat opis pun dah ramai cuti, surat2 dan memo2 yang aku buat tak ada sapa nak sign (bukan salah aku). Hari ni pun banyak keje2 aku dan setel (maklumla nak cuti lama, kena siapkan dulu keje yang ada), lepas naik cuti ni nak buat keje yang fresh lak (mood baru, mesti buat benda baru... baru best). Cuti kali ni aku akan balik ke kampung di Taiping (MIL house). Banyak agenda untuk cuti kali ni telah di atur oleh MIL aku. Sebelum ni, aku tak dapat mengikuti rombongan MIL dan adik-adik ipar pegi Langkawi masa raya haji tempoh hari disebabkan raya haji tahun ni turn aku. Aku pun tak balik kampung di Kelantan sebab my parent pun stay kat KL, jadi guardian pada anak-anak buah aku sepanjang peninggalan kakak aku ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 (selamat kembali ke Malaysia pada 18.12.2008). Plan MIL aku kali ni, nak pegi Sungai Petani, Kedah. Aku pun tak tahu apa yang menarik kat sana, bila tanya pada MIL, dia cakap "surprise" (jangan terkejut my MIL pun pandai speaking london tau!!!), kita orang stay kat sana 1 malam. Lepas pegi Sungai Petani, pegi Penang pulak... yang ni aku tahu, mesti nak makan mee udang famous kat Sungai Dua... (restoran ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 dulu). Ops.... lupa aku nak bagitahu, kat Taiping ada 1 restoran special for kuew tew goreng tau... restoran tu dikenali dengan nama 'DOLI', tapi orang-orang Taiping panggil "Kuew Tew Doli" je. Aku bila balik Taiping tak sah kalau tak pegi makan kuew tew goreng ni... memang sedap. Jadi kepada kawan2 aku yang pegi jalan2 kat Taiping, jangan lupa untuk singgah di restoran ni... (rasa macam iklan promotion pulak), restoran ni terletak di Bandar Taiping (senang je nak cari restoran ni... signboard dia besar) . So kepada kawan2 sumer... aku akan start cuti besok dan masuk keje balik pada 31.12.2008. So, HAPPY HOLIDAY TO YOU ALL...

Tuesday, December 23, 2008

Hutang

Tadi aku bercerita pasal hutang tag, sekarang ni aku nak story pasal hutang yang betul. Aku tak faham la sesetengah golongan orang yang pandai berhutang tapi reti nak bayar. Tak kan pemiutang hari2 nak follow up, naik segan la jugak. Lagipun bukan susah pun nak bayar, keje satu opis, satu department lak... ala meja pun tak jauh kalau nak datang bayar hutang pun, tak payah pakai modal (tak kena tambang satu sen pun). Bagi aku la, kalau hutang orang sentiasa aku ingat... dan bila dapat gaji, first agenda yang aku buat pada hari gaji ialah bayar hutang dan bayar duit kutu. Nak tunggu bayar lambat pun bukan duit tu boleh beranak pinak sampai korang jadi 'millionaire' pun (aku tengok tak kaya2 pun jugak... dalam nada geram), akhirnya kena bayar jugak kan... ni la lagi satu perkara yang aku tak faham... kenapa susah sangat nak bayar hutang. Aku rasa korang sumer tahu kan...!!! Hutang ni kalau tak di bayar dan pemiutang tak halal, salah satu perkara yang dihitung di akhirat kelak... (rasa cam ustazah pulak). Tak takut ke???? Lagi satu, penghutang ni tak rasa malu atau segan ke bila jumpa dengan pemiutang... (kalau aku rasa cam nak tutup muka dengan selimut), tapi ni tidak, boleh wat muka selamba je... cam tak de apa2, at least bagitahu... "bulan ni tak dapat bayar lagi la... *** tak cukup duit" (sejuk jugak hati pemiutang ni bila dengar) ni tidak, buat muka selamba je... buat muka tak bersalah... bila tanya... ala tak cucuk duit lagi la besok la... bila tanya besok pun jawapan yang sama jugak... (banyak pulak duit engkau, tak pegi cucuk duit gaji lagi... kalau banyak duit nape susah sangat nak bayar hutang?????...pening... aku bila jumpa dengan orang macam ni), pemiutang pulak kena tebalkan muka pegi minta hutang... orang2 macam ni betul2 masalah la... masalah bagi pemiutang.... lain kali aku dah tobat... tak nak lagi bagi hutang kat orang macam ni... masalah timbul kat aku balik...

Hutang Tag

To my friends yang nama tertera di dalam senarai orang yang aku tag, please do your work (nak kata urgent tak la, ni bukannya kerja opis) ... sampai ari ni aku belum terima any feedback from you all.... so kalau ada yang tak faham lagi tu... baca task tu betul2 and then baru bagi jawapan (macam cikgu la pulak)... ok do yourself...(tiru tolak markah)...

Monday, December 22, 2008

Jalan-Jalan Di Melaka



"Selamat Pengantin Baru" (tiru macam gaya saloma nyanyi tau), kepada Dilla dan suami, Semoga kekal hingga ke anak cucu. Tarikh perkahwinan mereka sama lak dengan Mawi dan Ekin, 20hb Dec 2008. Ramai member daripada PD department datang ke Melaka untuk meraikan hari bersejarah Dilla. Lepas je makan-makan dan menyaksikan pengantin bersanding, ada yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Bandar Hilir dan menikmati kenakkan ikan bakar di Umbai.
Aku tak join member2 yang lain pegi Bandar Hilir, maklum la ada anak kecil (cuaca panas, takut nanti anak aku tak tahan). Suami aku decided untuk berjalan-jalan di Jusco Air Keroh.... ada aircond.


Di Jusco Air Keroh, Haziq bukan main seronak lagi dapat main di 'Kid Theme Park' . Haziq naik Thomas Train, mula2 nangis (terkejut sebab train tu gerak), lepas 2 minit kat atas tu seronak pulak dia. Lepas abis main ThomasTrain, husband aku bawak dia naik train lagi (tapi kali ni dengan husband aku pun naik) aku kat bawak jadi photographer. Dah abis round 2 pusingan trek yang disediakan tu, Haziq naik 'Patrolcar' lak, yang ni memang haziq suka sebab ada 'stering', bila dapat naik 'patrolcar' ni tak nak turun pulak, sampai nangis2.... (jenuh la husband aku pegi beli token lak), bila aku dan husband aku boring tunggu Haziq main 'Patrolcar' tu, husband aku angkat je Haziq masuk dalam 'Playland' lak, kat sini dia pun seronak sebab ada kereta mainan gak... Haziq ni sebenarnya suka mainan jenis kereta. Kat dalam 'Playland' ni nak masuk kena bayar 1 token (RM1), baru boleh main dalam tu 1/2 jam, kira ok la tu. Tapi bila habis masa 1/2 jam tu la yang buat aku dengan husband pening, sebabnya Haziq tak nak kuar, menangis lagi bila husband aku angkat dia bawak kuar... tapi cepat2 la aku pujuk dengan hadiahkan belon yang dibuat macam2 bentuk tu oleh clown. Lepas penat main kat 'Kid Theme Park' tu, kami menjamu selera kat KFC, terasa lapar pulak walaupun dah makan nasi kat kenduri Dilla tadi. Tepat jam 5.30 petang kami pun meninggalkan Jusco Air Keroh, untuk mencari masjid bagi menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Malam nanti kami ada janji dengan kawan husband aku untuk makan ikan bakar kat Umbai... (sedapnya). Namun begitu, hajat kami tak kesampaian, bila tiba2 kawan husband aku bagitahu yang dia ada hal yang tak dapat dielakkan. So husband aku membuat keputusan untuk pulang ke Seremban (rumah mak cik Siah). Tak jadi la plan nak stay kat Melaka malam tu... (huh...huh... frust). Bila sampai di Seremban, kami terus menuju ke rumah Mak cik Siah kat Taman Rashidah Utama (macam tajuk lagu Awie dulu2), tapi frust gak sebab Mak cik Siah tiada kat rumah, pegi kenduri jugak kat Batu Gajah. Sebenarnya... husband aku dapat panggilan emergency untuk attend interview part time L*** di sebuah private u***** pada besok hari, itu yang menyebabkan kami tergesa-gesa sikit. Besok harinya pulak aku datang lagi ke Seremban menemani husband aku untuk attend interview, tempat interview tu sebelah Seremban Parade je... jadi aku, Haziq dan Aruf (Bil) jalan-jalan sambil window shopping kat dalam Seremban Parade tu, nasib baik adik ipar aku pun ikut sama, so tak de la aku dengan Haziq je (takut jugak aku sebab tempat tak biasa).

Thursday, December 18, 2008

Tagged

Lepas je daripada kes benggang tadi... aku tak de mood lak nak makan, tengokla karang2 kalau terasa lapar aku turun fatimah cafe tengok apa yang boleh membuka selera aku untuk mengisi perut. Bosan lak... buka blog erna la... rupa-rupanya ada tugasan baru untuk aku... apalagi tag la. Sedang aku khusyuk membaca apa task yang perlu aku buat kali ni... tiba-tiba erna datang ajak pegi makan, aku bagitahu nak buat tag ni dulu tapi dia kata tak pe, buat jap lagi pun boleh... apalagi aku pun klik butang safe, terus bangun, sambung pas balik makan nanti la.... Ok, erna kali ni dah tak main2 cam first tag dulu..... dengan penuh dedikasi aku membuatnya....

1. Tuliskan 10 perkara tentang orang yang Tag kamu.
1. Her full name Ernawati Dasuki.... glamourous name erna... (nama glamour ke tu???)
2. Eksekutif Unit Detail kat sama tempat aku kerja...
3. Ex student UIA, lulusan Architecture... (betul tak????)
4. Women, wife and mother for 2 kids... (mak orang rupanya...ekek..ekek)
5. Orangya tinggi lampau cam ala-ala model (jangan perasan lak tau)
6. Seorang businesswoman tapi tak jual barang tau.... (Unit Trust dan insuran bukan barang kan???)
7. Nak kata seorang yang sensitif tak jugak, tapi ada gak la part2 yang sensitif ...(sensitif sal isu apa... itu rahsia aku)
8. Hantu Pavillion gak.... (permanent partner jalan-jalan kat pavillion)
9. Suka makan Mcdonald... (ye la asal pegi The Weld je nak makan McD)
10. Suka minum air teh 'o' bila waktu petang kat opis ... (aku teka je... ekek..ekek)

2. Masukkan emoticon yang kamu suka
ala.... sama la pulak... smile face (bukan tiru tau!!!)

3.Senaraikan novel kegemaran kamu.
masa sekolah dulu, aku ni hantu novel gak... tapi sekarang ni tak de masa dah nak layan2 novel ni.. apa yang aku ingat Haryati... (lebih kurang nama aku... tu yang cepat ingat)

4.Senaraikan 5 benda yang kamu sayang
1. barang2 kemas aku (bukan beli sendiri pun... suami bagi dan mak bagi)
2. baju nikah aku (sentimental value)
3. handbag (bukan banyak pun)
4. album kawin dan album Haziq
5. parfume

5.Tag 7 orang dengan link blognya.
1. Fatimah Nordin@Sentul (http://www.ap17.blogspot.com/)
2. Azizah Sanin(http://www.diyadhatiazma.blogspot.com/)
3. Kak Azi (www.aziahmk-thebeautyoflife.blogspot.com/)
4. Ilie (http://www.mysticalpersona.blogspot.com/)
5. Kak Ina (http://www.norzarina.multiply.com/)
6. Ija (http://www.jahalim.multiply.com/)
7. Faez (http://www.tranfaez.multiply.com/)

dah siap pun... kepada kawan2 yang tersenarai nama di item no. 5 tu, sila jalankan tugasan anda.

Bengang....!!!!

Sampai je kat opis pagi tadi, aku diberitahu oleh staff aku dua perkara yang menyebabkan mood aku hilang untuk kerja ari ni... dari rumah lagi aku dah niat nak settlekan surat pada PTG Perak berkenaan isu 'blanket consent' dan memo pasal kuota bumi pada hari ni, sumer tu terus hilang.... bengang betul aku. Pasal memo kuota bumi tu la... aku minta pandangan seseorang yang lebih arif pasal isu tanah ini, tapi ada orang tak puas ati lak... sampai mention kat staff aku yang dia tak nak sign memo tu, suruh je la orang yang aku minta pandangan tu sign. Bagi aku perkara ni tak salah sebab aku tanya orang yang lebih tahu, salah ke kalau kita tak tahu tanya orang yang lebih tahu... orang yang tahu tu pun bukan orang lain staff SPNB jugak... aku tak paham la... kalau ada isu peribadi tak payah la nak campur adukkan dengan keje... buatla keje secara professional... macamana nak maju kalau cam ni... tak paham la aku... sesungguhnya aku tak paham... apa yang boleh aku bagitahu kat sini... aku respect cara GM keje... walaupun baru beberapa kali aku dipanggil untuk discuss isu tanah ini, tapi dia boleh terima pendapat orang bawah, kalau bab2 yang dia tak tahu pasal tanah. korang pun tahukan??? Isu tanah ni besar, dia banyak melibat akta dan perundangan, tak boleh nak pandai-pandai buat keputusan sendiri, banyak tempat kena refer... pejabat tanah lak kalau lain-lain negeri, lain lak prosedurnya...apa2 hal memang kena rujuk pada yang pakar. Banyak sumber kena refer, bukan senang tau...

Bengangnyaaaaaaaa.......... satu hal lagi pasal sesorang ni... dia dok cakap kat staff aku yang aku dok bising sal keje tak jalan... aku tak bising ngan sapa2 pun, aku cakap ngan staff aku direct pun dengan cara baik, suruh dia bagi priority kat keje dia sekarang dan staff aku ni pun boleh terima dengan cara baik... tapi ada orang lain lak kecoh (busy body tak bertempat), padahal tu masalah team aku... (bukan masalah pun) everything is undercontrol by me.... (kadang2 nak jugak aku berlagak)... Tak paham aku... memang aku tak paham....

Wednesday, December 17, 2008

Ku MilikMu

Tadi aku buka blog ex-bos aku (tak leh cakap blog apa, rahsiaaaaa). Sekarang ex-bos aku ni dah selesa kat KTAK (alhamdulillah rezeki dia). Dalam blog, dia ada cerita pasal series yang dia tengah follows kat tv sekarang. So, aku pun nak cite gak pasal drama tv aku follows... memang tak pernah ketinggalan satu episod pun lagi. Drama ini bersiaran selama 1 jam di TV3 pada setiap hari selasa, jam 9.00 malam melalui slot Lestari. Watak2 dalam drama ini ialah Zizan Nin, Fara dhiya dan Eira shazira (aku sebut pelakon utama je, yang lain aku tak kenal sangat). Drama ini mengisahkan Iqbal seorang lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan (maklumla banyak duit... putus cinta je boleh bagi pampasan beribu2 ringgit kat perempuan), walaubagaimana pun sebelum birthday dia yang ke 30 dia telah dikenakan satu syarat oleh neneknya dimana dia perlu mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri tetapi mestilah mendapat restu daripada neneknya. Setelah beberapa orang perempuan di bawa oleh Iqbal untuk ditunjukkan kepada neneknya, namun sumer perempuan2 tersebut tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh nenekya. Iqbal dah naik pening dan buntu... sehinggala dia berkenalan dengan seorang gadis melalui internet bernama Kirana... Kirana ni lak, suka nak mempermainkan Iqbal, dimana dia menyuruh pembantu peribadinya, Anisa yang kalut dan bendul tu menyamar menjadi dirinya. Korang tengok la sendiri (kalau minatla) kesudahan drama ini, penat la aku nak cerita kat sini. Drama ini, bagi aku... ok la ada unsur2 komedi gak... jadi tak la boring bila tengok walaupun tidak dilakonkan oleh pelakon2 terkenal. Just untuk relaks2 bila balik kerja tu boleh la layan... selain daripada layan movie kat astro. Ha satu lagi yang aku suka tengok gak... Rona Roni Makaroni... yang ni disiarkan kat Astro Ria, setiap hari khamis jam 9.30 malam. Kalau siapa2 yang pernah tengok Sinderella kat TV3 dulu... pelakon2 dia samala... Syarifah Amani dan Bront.

Positif Comment

Sekarang ni, aku rasa best lak dengan blog ni... (dulu jual mahal, tak suka konon, malas nak tulis2 ni) ha... sekarang apa dah jadi... kalau satu hari tak buka blog sekarang ni, cam tak senang nak duduk, ada je benda yang aku nak cerita kat dalam blog ni. Walaupun blog aku ni tak seindah blog2 orang lain tapi aku dah mula rasa sayang dengan blog ni. Macam2 benda aku dah masukkan dalam blog aku ni dan macam2 cerita ada kat dalam blog aku ni. Cuba tengok, dari seorang je follower setia yang mengikuti perkembangan blog aku ni dah bertambah sekarang menjadi 4 follower (ada kemajuan tu). Hari ni aku mendapat komen dari salah seorang follower aku... (komen yang membina tau...). Komennya pasal tulisan kat blog aku ni kecik sangat... ye ke??? aku sendiri rasa pun kecik, tapi bagi aku tulisan tu masih boleh dibaca lagi. Tapi tak pe.... So, dengan perasaan relahati (tak kecik ati sikit pun tau), aku mula menukar saiz tulisan untuk blog aku ni... daripada smallest kepada small, korang rasa saiz ni ok tak??? or nak besar lagi??? bagi aku dah ok... kira ok la cam ni kan????

Tuesday, December 16, 2008

Buku Untuk Si Kecil

Lunch tadi aku tak makan dengan husband, sebabnya hari ni my husband pegi site... hari ni ada inspection CF dengan pihak DBKL. Begitula keje husband aku, bukan totally duduk kat opis je... kena la gak turun padang tengok progress projek and pantau anak buah kat site... bukan apa takut ada yang curi tulang(bukan buat tuduhan melulu tau). Hari ni aku lunch dengan kak zie, kak tim dan dilla (tak lama lagi akan bergelar puan), erna MC ari ni. Kami pegi makan nasi ayam 'famous' kat Boustead. Biasala kalau makan, mestila borak2, (bukan mengumpat tau). Bila dah habis makan, kami singgah Wisma Lim Fu Yong (tak jauh pun dari opis aku... sekangkang kera je) tengok2 kedai baju yang bernama 'ROOM'. Aku, Dilla dan kak zie sempat merayau2 gak la dalam kedai tu, kak tim pegi kedai baby yang kat sebelah kedai 'ROOM' ni. Banyak baju2 terbaru yang ada kat kedai 'ROOM' tu, tapi paham2 je la sekarang ni tengah bulan, simpan duit untuk makan je, tapi survey dulu tak salah kan????. Dah puas kami bertiga membelek baju2 kat dalam kedai 'ROOM' tu, kami pun keluar dengan tangan kosong. On the way berjalan keluar daripada Wisma Lim Fu Yong tu, aku dan Dilla sempat lagi menyinggah kat kedai stationery yang baru buka... (nama kedai pun tak de lagi). Dalam kedai tu pun, barang2 pun tak banyak lagi diisi, apa yang aku nampak ada ialah kad2 ucapan, buku2 nota, buku2 comel untuk si kecil dan beberapa barang lagi la (korang tahukan apa yang ada kat kedai stationery ). Yang menarik minat aku, mestila buku2 comel untuk sikecil, untuk anak aku la. Aku sempat membeli 2 buah buku yang bertajuk 'Nursery Rhymes' (untuk anak aku menyanyi...ekek..ekek, tapi rasanya mama yang kena nyanyi kat Haziq ni) dan 'Alphabet' (untuk anak aku belajar menyebut perkataan). Ini la buku yang aku beli.

Apa itu IMPLANON ?

Perkembangan dalam bidang kawalan kehamilan bermakna sekarang terdapat pelbagai pilihan dalam kaedah kontraseptif berbanding dahulu. Ini memberi anda lebih kawalan terhadap penyusunan keluarga dan gaya hidup anda. Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda. Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan.

Kebaikannya

Apakah kebaikannya?
- Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
- Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
- Implanon tidak menggangu kehidupan sex anda.
- Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
- Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan.

Siapakah yang sesuai menggunakan Implanon®?
Wanita yang:
- mahukan kaedah kontrasepsi mudah, iaitu sekali dipakai tidak lagi memerlukan penjagaan atau tindakan selanjutnya.
- inginkan alternatif selain pemandulan
- mahu menjarakkan kelahiran anak
- ingin menangguhkan kelahiran anak-anak
- tidak memuas atau sudah tidak berpuas hati lagi dengan kaedah kontrasepsi yang digunakan.
- tidak mempunyai toleransi atau dilarang mengambil estrogen tiruan
- mahukan kaedah kontrasepsi yang boleh ditoleransi, berkesan dan mengembali ke kehamilan dengan mudah
Siapakah yang tidak wajar menggunakan Implanon®?
Wanita yang:
- mengalami gangguan tromboembolik yang aktif
- mempunyai tumor yang memerlukan rawatan progesteron (disahkan atau disyaki)
- menghidapi atau pernah menghidapi penyakit radang hati yang teruk dan keadaan hati belum pulih seperti normal
- mempunyai tumor hati yang merbahaya atau tidak merbahayakan
- telah disahkan atau disyaki menghidapi cancer buah dada
- disahkan atau disyaki hamil
- mengalami pendarahan vagina yang tidak dapat didiagnosis

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk mencuba kaedah ini, sebelum itu perlu la mendapat maklumat yang tepat mengenai implanon ini. So, nak dapatkan maklumat tersebut , rajin-rajin la buka website ni : http://www.implanon.com.my/. Tapi jangan lupa jumpa doktor jugak untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.

Monday, December 15, 2008

SPNB Amazing Race 2008

Team Papa (En. Zul and Wemi) bergambar bersama MD semasa upacara penyampaian hadiah
Pada 14hb. Dis 2008, SPNB dengan jayanya telah mengadakan satu pertandingan yang julung2 kali diadakan iaitu 'Amazing Race' . Penyertaan terhad kepada staff SPNB sahaja (tak boleh masuk dengan spouse, kecuali spouse pun keje SPNB). Kawan-kawan aku yang lain pun ada gak masuk, termasuk la Erna (tapi aku tak tahu geng dia sapa). Aku tak masuk pun, cukupla husband aku yang masuk. Team husband aku terdiri daripada En. Zul (lebih glamour dengan gelaran En. Zul janggut) dan Wemi (pun ada nama glamour JAWA). Game bermula pada pukul 9.30 pagi. Cuaca pada hari itu pada mulanya ok, tapi tiba2 hujan dengan lebatnya turun selepas itu (jawabnya diaorang sumer mandi hujan la ari tu). Banyak la tempat2 menarik yang diaorang kena pegi (boleh dikatakan menarik gak la), tapi sekitar lembah kelang je la... Setelah berbagai cabaran dan dugan berjaya di tempuhi, team husband aku mendapat tempat ke 5 daripada 29 group yang mengambil bahagian (kira ok la tu, top 5). Husband aku pun tak sangka yang team diaorang boleh dapat tempat ke 5, sebab pada permulaan game, team diaorang bukan lead pun, ada beberapa team lagi kat depan. Tapi biasala, kalau team awal2 dah pecut, nanti bila dah akhir mesti pancit.... baik relaks dulu... (lagipun bukan untuk menang pun... suka2 je.. tapi kalau menang tu BONUS la). Dalam banyak2 penyertaan hanya team husband aku ada seorang veteran (pujian ikhlas untuk En. Zul), tapi berjaya mengatasi golongan muda yang lain. Ganjaran yang disediakan bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga, kira gempak la jugak. Tempat pertama RM850 + piala, tempat kedua RM600 + piala, tempat ketiga RM350+piala dan Tempat 4 hingga tempat ke 15 saguhati (RM100). So, faham2 je la apa hadiah yang team husband aku dapat. Anyway CONGRATULATION TO YOU ALL.

Terlepas Contest My Baby part 2

Welcome back.... meeting dah abis... bukan meeting apa pun, just inform anak buah yang checklist must update, sebab my bos from kuantan nak datang 18hb. Dis. Sampai mana aku story aku tadi???? ... aku tengok kad jemputan yang diedarkan pada parent 5 hari sebelum majlis tu... aturcara majlis ok la cam mane2 majlis lain mesti ada bacaan doa, ucapan pengasas dan beberapa ucapan lagi (tak payah la aku sebut one by one, korang mesti taukan???) Part yang paling best yang tertera pada kad jemputan ni ialah (pada aku la) Persembahan Nasyid, Pertandingan Baby Comel, Sajak, Nyanyian, Pantun, Choral Speaking, Choir dan Pertandingan Pakaian Beragam. (semua menarikla... sebab sumer aku tulis aturcara tu) Ha... cuba korang teka anak aku masuk contest mana? Alaaa... anak aku baru setahun jagung, tak kan nak masuk contest' choral speaking' or sajak lak kan??? Anak aku dimasukkan dalam Pertandingan Baby Comel... (tu je kot contest yang layak bagi anak aku yang baru berumur 1 tahun kot...) nak gelak pun ada... terasa lucu lak bila diberitahu oleh 'Mummy Hani' (nama glamour pengetua nursery) beberapa hari sebelum majlis tersebut. Pakaian dan aksesori sendirian berhad, (tidak ditaja oleh nursery la maksudnya tu...). Pada mulanya pening gak aku dengan husband fikir nak pakaikan haziq baju cam ne ni... last sekali my husband decided, kita pakaikan Haziq baju yang simple je la... seluar jeans + T.shirt+kasut and jacket jeans... kira ok la tu...so, aku dengan husband pun mula la merayau2 kat shopping complex mencari jacket jeans. Aku dapat mencari jacket jean yang aku inginkan tu di Butik Anakku kat Alamanda Putrajaya (mak ooii jauhnya... sebab masa tu aku stay kat rumah kakak kat kajang). Kira ok la tu... harga pun tak la mahal sangat... (sekarang brand Anakku pun dah banyak baju cantik2 tau). Kiranya sumer dah settle, hanya tunggu masa nak pakai je. Maka sampailah hari yang dinantikan, malam sebelum majlis tu aku tido kat rumah kakak aku kat kajang... sebab mak aku memerlukan bantuan husbandku untuk membeli barang2 kelengkapan untuk kenduri kesyukuran menyambut kakak aku yang balik dari mengerjakan haji. Pada pagi sabtu tu, husband dan ayah aku pegila ke pasar borong Serdang untuk membeli barang2 yang dikehendaki oleh mak aku. Nak di jadikan cerita.... my husband balik daripada pasar borong tersebut dah pukul 10.00 pagi... aku nak masak lagi untuk lunch... (bab masak memang aku lembap), nak iron baju, nak mandi dan nak siap2kan haziq lagi... (tak sempat la jawabnya)... kalau dari rumah aku sendiri sempat, ni dari kajang, travel saje dah dekat 45 minit.... mahunya aku sampai sana pukul 2.00. Bila dah jadi kes cam tu... my husband pun decided tak payah pegila... mana sempat ni... aku pun telefon Mummy Hani bagitahu Haziq tak dapat nak attend..., dia puas tanya kenapa??? sebab dia harap sangat Haziq dapat masuk contest tu (aku tipula, bagitahu ada emergency kes, baru dia ok)pada mulanya terasa ralat gak, sebab baju sumer dah beli... dan tak dapat la nak tengok aksi Haziq atas pentas (tapi tak pe la... may be for next time ada lagi). Jadi itula ceritanya... aku tak dapat nak pegi majlis tersebut dan sekaligus tak dapat la nak tengok gaya Haziq atas pentas. Tak pe la Haziq... mama dan papa tengok aksi Haziq kat rumah pun dah cukup terhibur, lagila sekarang ni macam2 gaya Haziq dah pandai buat... maklumla ramai cikgu2 yang tak bertauliah kat nursery tu yang mengajarnya. We love you sooo much baby....

Terlepas Contest My Baby part 1

Tanggal 13hb Disember, Tadika Small Qalif Smart Kids mengadakan Hari Keluarga, Majlis Perasmian dan Majlis Konvokesyen. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Hajjah Halimah Ali (Exco Pendidikan Tinggi Selangor) . Untuk pengetahuan korang tadika ini la tempat anak aku stay semasa aku dan husband pegi keja... aku tengok ramai parent yang hantar anak-anak kat sini... start dari umur 2 bulan sampai ke umur 6 tahun. Golongan paling ramai adalah kanak-kanak yang umur 4,5 dan 6 tahun. Golongan baby - 3 tahun tak ramai sangat adalah dalam 20 orang kot, ratio dalam 1 : 4, so aku confident la nak tinggalkan anak aku, sebab baby sitter boleh totally caring my son.... ok berbalik pada majlis tersebut... setiap penghuni yang stay kat sini kena amik bahagian, so secara automatik anak aku pun terlibat sama. Sorry aku tak sempat nak story mory sekarang sebab aku ada meeting..... so tunggu la ye... nanti bila aku dah abis meeting aku sambung balik... ok tunggguuuuuuuuuu

Thursday, December 11, 2008

My Birthday Surprise



New York Cheese Cake from Secret Resepi (aku memang suka kek ni)



Thanks papa for this parfume.... i'm happy for this....
Empat hari telah berlalu... tapi sekarang baru aku sempat nak upload birthday cake and present yang aku dapat daripada husband dan haziq (masalah teknikal, kabel tak de). Thank you so much papa and haziq.... mama suka sangat2. Thank you GOD for giving me the best gift.... (happy life with my husband and son)

Wednesday, December 10, 2008

Hukum Memakai Emas Putih & Platinum Bagi Lelaki

Panduan kepada yang bakal bergelar raja sehari untuk mencari cincin pengantin lelaki. Masa aku nak kawin dulu... aku pun confius tentang isu emas putih ni... ada yang kata emas putih laki boleh pakai dan ada yang kata sebaliknya... Setelah sekian lama, hari ini aku telah mendapat kesahihan tentang isu emas putih ni. Sebagai panduan aku paparkan kat blog aku ni....
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.


Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.
Emas adalah
unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )
Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya
maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-
White Golds: What are they?What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk :
http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html
bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.
Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?
Juga disebut bahawa :-
"White gold is an
alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats." (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)
Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.
Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan
Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu
unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil." ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )
Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum. Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

My Birthday Wishes

Semalam genapla umur aku 29 tahun (cepatnya... next year dah angka 3 kat depan.... oh my god) . Itu semua lumrah. May Allah bless me with all the good things, good life, good health, good wealth, good behavior, good looking, good husband, good son, good families, good job and all the good things in this world......Amin....... Kadang2 aku terfikir, apa yang telah aku buat untuk diriku selama 29 tahun ni. (tapi 29 tahun tolak 5 tahun zaman budak2, yang tak tahu apa2 tu baru je 24 tahun). Pencapaian yang terbaik dalam hidup ku setakat ni... (Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 pada Yang Maha Esa, Allah S.W.T.)
1. Sudah mengenggam diploma seusia 20 tahun. (Diploma Penilaian), now aku tengah study balik dalam land administration for degree.
2. Sudah mempunyai pekerjaan tetap (yang agak membanggakan la, bagi aku la)
3. Seorang isteri
4. Seorang ibu
5. Seorang anak yang baik (kategori baik la gak sebab aku tak pernah bantah cakap orang tua aku)
Sebagai seorang wanita muslim, aku masih mencari2 lagi ilmu untuk bekalan di dunia dan akhirat. Bila teringat mati... aku takut.

Tuesday, December 9, 2008

My Birthday

Today is 9th December... my birthday. Happy birthday to me... Tepat jam 12.00 malam tadi, first birthday wish aku terima daripada husband. My son dan tidur. He wish to me... 'Selamat Hari Lahir yang ke 29 tahun sayang.... So genapla umur aku 29 tahun. Terasa cepatny a masa berlalu.

Thursday, December 4, 2008

Bored

Jam menunjukkan angka 5.10 pm.... aku tiba-tiba bosan pulak untuk meneruskan kerja yang tak pernah2 habis ni. Tray in aku tak pernah kosong, ada je yang mengisi (tapi biasalah kalau dah dinamakan kerja.... kenala buat dengan ikhlas hati... sebab tiap-tiap bulan dibayar gaji... so gaji tu aku nak dari sumber yang halal). Dalam aku tak buat kerja ni, aku ambil la kesempatan untuk update blog ni. Tengok apa yang aku buat kat blog aku ni... tukar theme la.... ok tak cam ni? ala ni biasa je... aku tengok blog orang lain cantik je dia punya theme... aku dok tercari-cari jugak kat website mana diaorang upload benda tu... (almaklumla... belum ada masa lagi nak explore).

Wednesday, December 3, 2008

I love it


Malam tadi, sambil tengok TV dengan ditemani oleh husband dan anak aku yang seorang... aku belek-belek la album gambar haziq... dalam banyak-banyak koleksi gambar yang aku simpan... gambar ni la yang paling aku suka. Gambar ini diambil masa haziq umur 4 bulan. Baru je pandai meniarap. Aku masih ingat lagi, sewaktu gambar ini diamik, pada waktu pagi dimana aku dan husband sedang bersiap-siap untuk ke opis, tiba-tiba haziq boleh terjaga dari tidur dan meniarap sambil posing tengok mama dan papa.

Monday, December 1, 2008

Final Exam part 2

Aku dah dapat result untuk subject Percukaian Hartanah... Alhamdullillah aku dapat B+. Aku bersyukur sangat2 dengan kedua-dua result exam yang aku dapat semester ini. Rata-rata classmate aku yang lain pun dapat result lebih kurang sama dengan aku, Wan, Wani dan Shahrul. (Tapi Shahrul lead now... he got cgpa 3.89) Semangat untuk aku meneruskan pelajaran semakin berkobar-kobar. (Aku harap dapat meneruskan pengajian ku sampai ke final year). Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada suamiku yang banyak memberi dorongan, semangat dan doa semoga aku berjaya... (juga menjaga anakku semasa aku attend class), kepada kedua ibubapaku yang sentiasa mendoakan kejayaanku, kepada lecturer-lecturer ku yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar (tak kedekut markah) dan kepada rakan-rakan sekelas yang membantu terutama dalam menyiapkan assigment. Harapanku untuk next semester, aku akan berusaha lebih gigih.