Thursday, December 18, 2008

Tagged

Lepas je daripada kes benggang tadi... aku tak de mood lak nak makan, tengokla karang2 kalau terasa lapar aku turun fatimah cafe tengok apa yang boleh membuka selera aku untuk mengisi perut. Bosan lak... buka blog erna la... rupa-rupanya ada tugasan baru untuk aku... apalagi tag la. Sedang aku khusyuk membaca apa task yang perlu aku buat kali ni... tiba-tiba erna datang ajak pegi makan, aku bagitahu nak buat tag ni dulu tapi dia kata tak pe, buat jap lagi pun boleh... apalagi aku pun klik butang safe, terus bangun, sambung pas balik makan nanti la.... Ok, erna kali ni dah tak main2 cam first tag dulu..... dengan penuh dedikasi aku membuatnya....

1. Tuliskan 10 perkara tentang orang yang Tag kamu.
1. Her full name Ernawati Dasuki.... glamourous name erna... (nama glamour ke tu???)
2. Eksekutif Unit Detail kat sama tempat aku kerja...
3. Ex student UIA, lulusan Architecture... (betul tak????)
4. Women, wife and mother for 2 kids... (mak orang rupanya...ekek..ekek)
5. Orangya tinggi lampau cam ala-ala model (jangan perasan lak tau)
6. Seorang businesswoman tapi tak jual barang tau.... (Unit Trust dan insuran bukan barang kan???)
7. Nak kata seorang yang sensitif tak jugak, tapi ada gak la part2 yang sensitif ...(sensitif sal isu apa... itu rahsia aku)
8. Hantu Pavillion gak.... (permanent partner jalan-jalan kat pavillion)
9. Suka makan Mcdonald... (ye la asal pegi The Weld je nak makan McD)
10. Suka minum air teh 'o' bila waktu petang kat opis ... (aku teka je... ekek..ekek)

2. Masukkan emoticon yang kamu suka
ala.... sama la pulak... smile face (bukan tiru tau!!!)

3.Senaraikan novel kegemaran kamu.
masa sekolah dulu, aku ni hantu novel gak... tapi sekarang ni tak de masa dah nak layan2 novel ni.. apa yang aku ingat Haryati... (lebih kurang nama aku... tu yang cepat ingat)

4.Senaraikan 5 benda yang kamu sayang
1. barang2 kemas aku (bukan beli sendiri pun... suami bagi dan mak bagi)
2. baju nikah aku (sentimental value)
3. handbag (bukan banyak pun)
4. album kawin dan album Haziq
5. parfume

5.Tag 7 orang dengan link blognya.
1. Fatimah Nordin@Sentul (http://www.ap17.blogspot.com/)
2. Azizah Sanin(http://www.diyadhatiazma.blogspot.com/)
3. Kak Azi (www.aziahmk-thebeautyoflife.blogspot.com/)
4. Ilie (http://www.mysticalpersona.blogspot.com/)
5. Kak Ina (http://www.norzarina.multiply.com/)
6. Ija (http://www.jahalim.multiply.com/)
7. Faez (http://www.tranfaez.multiply.com/)

dah siap pun... kepada kawan2 yang tersenarai nama di item no. 5 tu, sila jalankan tugasan anda.

2 comments:

the admin said...

adusss....
kembang semangkuk la.. baca item 5 tuh....

hayati said...

ha... jangan kembang sangat tau.. nanti tak jadi model lagi terus jadi modul...