Tuesday, December 16, 2008

Apa itu IMPLANON ?

Perkembangan dalam bidang kawalan kehamilan bermakna sekarang terdapat pelbagai pilihan dalam kaedah kontraseptif berbanding dahulu. Ini memberi anda lebih kawalan terhadap penyusunan keluarga dan gaya hidup anda. Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda. Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan.

Kebaikannya

Apakah kebaikannya?
- Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
- Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
- Implanon tidak menggangu kehidupan sex anda.
- Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
- Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan.

Siapakah yang sesuai menggunakan Implanon®?
Wanita yang:
- mahukan kaedah kontrasepsi mudah, iaitu sekali dipakai tidak lagi memerlukan penjagaan atau tindakan selanjutnya.
- inginkan alternatif selain pemandulan
- mahu menjarakkan kelahiran anak
- ingin menangguhkan kelahiran anak-anak
- tidak memuas atau sudah tidak berpuas hati lagi dengan kaedah kontrasepsi yang digunakan.
- tidak mempunyai toleransi atau dilarang mengambil estrogen tiruan
- mahukan kaedah kontrasepsi yang boleh ditoleransi, berkesan dan mengembali ke kehamilan dengan mudah
Siapakah yang tidak wajar menggunakan Implanon®?
Wanita yang:
- mengalami gangguan tromboembolik yang aktif
- mempunyai tumor yang memerlukan rawatan progesteron (disahkan atau disyaki)
- menghidapi atau pernah menghidapi penyakit radang hati yang teruk dan keadaan hati belum pulih seperti normal
- mempunyai tumor hati yang merbahaya atau tidak merbahayakan
- telah disahkan atau disyaki menghidapi cancer buah dada
- disahkan atau disyaki hamil
- mengalami pendarahan vagina yang tidak dapat didiagnosis

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk mencuba kaedah ini, sebelum itu perlu la mendapat maklumat yang tepat mengenai implanon ini. So, nak dapatkan maklumat tersebut , rajin-rajin la buka website ni : http://www.implanon.com.my/. Tapi jangan lupa jumpa doktor jugak untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.

No comments: