Tadi aku buka blog ex-bos aku (tak leh cakap blog apa, rahsiaaaaa). Sekarang ex-bos aku ni dah selesa kat KTAK (alhamdulillah rezeki dia). Dalam blog, dia ada cerita pasal series yang dia tengah follows kat tv sekarang. So, aku pun nak cite gak pasal drama tv aku follows... memang tak pernah ketinggalan satu episod pun lagi. Drama ini bersiaran selama 1 jam di TV3 pada setiap hari selasa, jam 9.00 malam melalui slot Lestari. Watak2 dalam drama ini ialah Zizan Nin, Fara dhiya dan Eira shazira (aku sebut pelakon utama je, yang lain aku tak kenal sangat). Drama ini mengisahkan Iqbal seorang lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan (maklumla banyak duit... putus cinta je boleh bagi pampasan beribu2 ringgit kat perempuan), walaubagaimana pun sebelum birthday dia yang ke 30 dia telah dikenakan satu syarat oleh neneknya dimana dia perlu mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri tetapi mestilah mendapat restu daripada neneknya. Setelah beberapa orang perempuan di bawa oleh Iqbal untuk ditunjukkan kepada neneknya, namun sumer perempuan2 tersebut tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh nenekya. Iqbal dah naik pening dan buntu... sehinggala dia berkenalan dengan seorang gadis melalui internet bernama Kirana... Kirana ni lak, suka nak mempermainkan Iqbal, dimana dia menyuruh pembantu peribadinya, Anisa yang kalut dan bendul tu menyamar menjadi dirinya. Korang tengok la sendiri (kalau minatla) kesudahan drama ini, penat la aku nak cerita kat sini. Drama ini, bagi aku... ok la ada unsur2 komedi gak... jadi tak la boring bila tengok walaupun tidak dilakonkan oleh pelakon2 terkenal. Just untuk relaks2 bila balik kerja tu boleh la layan... selain daripada layan movie kat astro. Ha satu lagi yang aku suka tengok gak... Rona Roni Makaroni... yang ni disiarkan kat Astro Ria, setiap hari khamis jam 9.30 malam. Kalau siapa2 yang pernah tengok Sinderella kat TV3 dulu... pelakon2 dia samala... Syarifah Amani dan Bront.
No comments:
Post a Comment