Wednesday, December 24, 2008

Cuti Panjang

Hooreyyy.... besok public holiday... cuti krimas, sesiapa yang amik cuti hari jumaat 1 hari dapat 5 hari cuti, termasuk la aku... (bijak..bijak). Bos-bos kat opis pun dah ramai cuti, surat2 dan memo2 yang aku buat tak ada sapa nak sign (bukan salah aku). Hari ni pun banyak keje2 aku dan setel (maklumla nak cuti lama, kena siapkan dulu keje yang ada), lepas naik cuti ni nak buat keje yang fresh lak (mood baru, mesti buat benda baru... baru best). Cuti kali ni aku akan balik ke kampung di Taiping (MIL house). Banyak agenda untuk cuti kali ni telah di atur oleh MIL aku. Sebelum ni, aku tak dapat mengikuti rombongan MIL dan adik-adik ipar pegi Langkawi masa raya haji tempoh hari disebabkan raya haji tahun ni turn aku. Aku pun tak balik kampung di Kelantan sebab my parent pun stay kat KL, jadi guardian pada anak-anak buah aku sepanjang peninggalan kakak aku ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 (selamat kembali ke Malaysia pada 18.12.2008). Plan MIL aku kali ni, nak pegi Sungai Petani, Kedah. Aku pun tak tahu apa yang menarik kat sana, bila tanya pada MIL, dia cakap "surprise" (jangan terkejut my MIL pun pandai speaking london tau!!!), kita orang stay kat sana 1 malam. Lepas pegi Sungai Petani, pegi Penang pulak... yang ni aku tahu, mesti nak makan mee udang famous kat Sungai Dua... (restoran ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 dulu). Ops.... lupa aku nak bagitahu, kat Taiping ada 1 restoran special for kuew tew goreng tau... restoran tu dikenali dengan nama 'DOLI', tapi orang-orang Taiping panggil "Kuew Tew Doli" je. Aku bila balik Taiping tak sah kalau tak pegi makan kuew tew goreng ni... memang sedap. Jadi kepada kawan2 aku yang pegi jalan2 kat Taiping, jangan lupa untuk singgah di restoran ni... (rasa macam iklan promotion pulak), restoran ni terletak di Bandar Taiping (senang je nak cari restoran ni... signboard dia besar) . So kepada kawan2 sumer... aku akan start cuti besok dan masuk keje balik pada 31.12.2008. So, HAPPY HOLIDAY TO YOU ALL...

2 comments:

azizah said...

emm..yummy yummy..makan kat Sg.2..akak klu blk perlis x lpskan peluang mkn kat situ..emmm..sedapnya..sambil menjilat jari...memang best giler..

hayati said...

betul......sedap sampai tak cukup perut nak isi.