Monday, April 27, 2009

Lega... Exam Dah Habis

Last week, start thursday aku amik cuti, konon-kononnya nak study la sebab hari jumaat dah start paper untuk final exam for this semester. Tapi faham-fahamlah bila dah ada kat rumah, banyak pulak kerja rumah nak buat, basuh baju...sidai baju.. kemas rumah... time-time ni lak aku rajin, nasib baik la my mum ada.. ada gak dia tolong-tolong aku lipat kain... thanks mum... I love you so much. Biasalah bila aku sibuk dok basuh baju... mak aku dok bising bila nak study ni, risau dia macam aku nak amik exam SPM masa dulu-dulu, thanks mum for caring. Haziq??? Haziq hantar nursery... sorry sayang mama nak study.. (tapi hantar kejap je... tak sampai hati pulak). Husband??? biasalah pegi kerja... Lepas settle sumer keje rumah, tak sampai hati pulak nak tolak bila mak aku nak pegi kedai cosway kat rumah aku... so lepas sembahyang asar, we all kuar rumah amik Haziq kat nursery dulu, pas tu baru pegi. Lepas dah banyak barang mak aku borong kat cosway, we all menjamu selera kat McDonald. Bukan main seronok lagi Haziq dapat main kat playland yang ada kat dalam McDonal. Dah hampir maghrib baru we all balik rumah. Buku entah kemana...study pun entah kemana... nasib baik ada soalan objektif untuk paper tu, so boleh lagilah aku 'tembak'. 3 hari berturut-berturut aku ada paper... first day hari jumaat paper Sistem Pengkalan Data... (agak susah gak sebab aku tak minat sangat pasal computer ni... lebih-lebih lagi pasal nak create sistem.. memang aku tak minat), pada paper ni aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk score A, kalau dapat B pun dah cukup bagus...(harap-harap dapatlah). Second day hari sabtu paper Pembiayaan Projek... yang ni lagi lah nak kena faham konsep dan ingat fakta...tapi ok lagi lah daripada Sistem Pengkalan Data, harap-harap yang ni aku dapat B+ pun ok lah tapi ramai gak yang cerita lecturer ni kedekut markah sikit. Hari ke tiga lak paper untuk Pelupusan Tanah... yang ni aku confident sikit... harap-harap dapat la A... Insya Allah. Bila exam dah habis lega aku rasa... tapi debaranya akan kembali bila nak tahu result nanti. Harap-harap semester ni aku masih dapat mengekalkan rekod last semester...

Wednesday, April 22, 2009

Realiti Kehidupan

This year genaplah umur aku 30 tahun, tapi kalau ikut bulan belum lagi. Betapa aku rasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang 30 tahun perjalanan hidup aku di muka bumi Allah ini, Lately ni baru aku sedar sebenarnya kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Sebelum ini, aku amat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada aku. Ok la, aku cerita sikit zaman aku kecil dulu-dulu. Aku ni anak bongsu dalam keluarga, aku ada 4 sisters and 2 brothes, biasalah anak bongsu what ever yang nak mesti dapat, kalau tak dapat from my parent, my sister and my brother yang bagi. Mak aku tak bekerja, dia seorang surirumah sepenuh masa yang menguruskan segala keperluan kami sekeluarga dan totally menjaga kami adik beradik. Ayah aku pula seorang pendidik. Biasalah kalau seorang pendidik, corak hidup kami berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Cara hidup kami begitu berdisiplin. Dari kecil lagi kami telah di latih dengan cara hidup, yang bagi aku begitu bersistematik. Kami ada masa untuk study, masa bermain dan kami tidak di ajar untuk bermalam di rumah kawan. Aku masih ingat, aku pegi bermain di rumah sepupu aku, bukan orang lain pun, tapi aku lambat balik... lambat pun tak la lambat sangat... dalam pukul 6.30 petang... apalagi rotan pun singgah di kaki aku. Aku cukup respect dengan cara ayah aku mendidik anak-anaknya... Dia merotan anaknya sekali je... tapi kitaorang akan ingat sampai sekarang... dan kalau nak buat perkara yang salah, akan teringat pada rotan ayah tersebut. Hasil daripada didikan mak dan ayah aku, dapat lihat produk yang terhasil daripada anak-anaknya yang seramai 7 orang ini cukup membanggakan....
Jarak umur aku dengan abang aku yang no. 6 pun jauh... 5 tahun... so, memang dia terlalu manjakan aku. Aku ingat lagi, setiap kali dia balik dari boarding school (Sekolah Menengah Sains Machang) adalah someting for me. After form 5, my brother dapat offer study kat US. Walaupun berjauhan, he always call me... and one word yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, bila my sister in law boleh cakap "oh ini la Yati... adik kesayangan Azmi" and my sister in law boleh bercerita kat aku yang abang aku selalu bercerita pasal aku bila bersama dengannya. Setiap kali my birthday, abang aku tak pernah lupa nak bagi present kat aku. Thanks you so much Abang Din. Saya, sayang awak.
Bila umur aku dah meningkat remaja, dan aku berjaya melanjutkan pelajaran di UTM dalam Valuation line, aku tak stay kat hostel becouse, my mum tak berapa suka. Aku akui, aku tak pernah ada kawan-kawan yang betul-betul rapat, sebabnya aku sentiasa dikalangan my family. Weekend pun, aku tak suka jalan-jalan dengan kawan-kawan, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan my sister Kak La. Aku stay kat rumah dia sampai umur aku 25 tahun. Just 2 year before im married, aku cuba hidup sendiri dengan Aisyah dan Kak Nozi. Kak La menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh, boleh di katakan macam seorang emak cara dia jaga aku. Kalau aku sedih dia pun turut sedih, pernah sekali aku menangis sebab aku tak dapat nak sambung study ke peringkat degree, aku menangis di dalam pelukannya. Kak La ni pun cam Abang Din jugak, sentiasa memberikan yang terbaik untuk aku... aku faham, aku adiknya yang paling kecil, dah tak de adik lain dah.
Begitu juga dengan kakak-kakak dan abang aku yang lain, sentiasa memberikan tumpuan untuk aku. Kalau pegi melancong ke... ada je buah tangan untuk aku... begitu juga dengan kakak ipar dan abang ipar ku, layanan yang diberikan kepada aku bukan seperti orang luar, cara layanan sama macam dengan adik beradik sendiri, Thanks abang malik, kak ina dan kak zu...
Aku akui, my life aku rasa sungguh indah sekali, aku ada family yang cukup memahami. Sekarang ni aku telah melangkah ke fasa baru dalam hidup aku... aku ada suami yang penyayang dan cukup memahami dan seorang anak lelaki yang cukup menghiburkan. Mereka lah segala-galanya dalam hidup ku sekarang.
Friend???? aku akui aku begitu cetek dalam menilai sebuah persahabatan... bagi aku dalam satu persahabatan memerlukan keikhlasan dari hati tulus. Tanpa hati yang ikhlas, bermacam-macam hal akan terjadi dalam ikatan persahabatan tersebut... dari sini lah wujudnya "kawan makan kawan" " Kawan tikam belakang" and what ever istilah lagi yang aku malas nak sebut....
so, pengajaran yang aku dapat... berhati-hati dalam memilih kawan... aku juga amat menyesal dengan apa yang aku buat selama ini.... terlalu mempercayai seseorang ini, sampai aku sanggup mengutuk dan mengata seseorang ini, padahal orang yang aku kutuk ni la yang sentiasa memberikan aku support. Dari sinilah aku tahu... seorang ini benar2 ikhlas dengan aku... aku yang buta selama ini, tak dapat nak menilai yang mana kaca dan yang mana permata....
Aku sentiasa berdoa kepada Allah, semoga menjauhkan aku, suami, anak-anaku dan keluarga ku yang lain daripada manusia-manusia yang tidak mempunyai hati yang ikhlas ini.... Semoga Allah sentiasa berada di sisi kami dan memelihara kami daripada golongan manusia di atas.

Monday, April 20, 2009

Thank You So Much Sayang....

Last week adalah minggu yang tak berapa baik bagi aku... ye la hari pun tak selalu cerah, kadang-kadang gerimis pun melanda di tengah hari, begitu juga dengan hidup ini... ada duka, ada suka... itula realiti hidup yang perlu dilalui oleh yang bergelar insan. Namun disebalik kedukaan itu, ada hikmah yang baik disebaliknya... aku amat bersyukur di atas rezeki, nikmat, rahmat dan kurniaan yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T selama ini. Aku amat-amat bersyukur di atas rahmat dan anugerah mu ya Allah. Semoga kebahagian ni juga berkekalan hingga ke akhir hayat kami... Amin...

Kepada suamiku yang tercinta, di sini yati ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas pemberian ikhlas darimu... sebuah handbag yang menjadi idaman yati selama ini.  Thank you so much sayang.... Dirimu cukup memahami, di kala hati ini dalam kesedihan yang teramat sangat, dikau menghadiahkan 'something' yang selama ini menjadi idaman yati (I wrote here). Terima kasih juga di atas nasihat dan teguran yang papa berikan. Insya Allah, selepas ini, yati tak akan mudah mengalah lagi dengan manusia-manusia yang suka bermuka-muka ini.... yang penting yati ingat pesan papa.... apa yang kita buat biarlah ikhlas... hanya dengan keikhlasan saja yang dapat membuatkan diri kita lebih tenang. Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya...

P/S : Tak lupa juga kepada Kak Azizah dan Kak Ilie yang banyak mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam perjalanan hidup ini. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam ragam dan kerenah manusia... rambut sama hitam, hati lain-lain....

Tuesday, April 7, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Rambut Haziq???

Ini lah wajah terbaru Haziq, selepas transformasi rambut pada minggu lepas.... pada mulanya aku tengok Haziq cam nak gelak jugak, chinesse look pun ada... nampak makin nakal pun ada... Haziq..Haziq... macam-macam kerenah sekarang... manja pun makin menjadi-jadi, bak kata abang ipar aku, Haziq ni manja la... maklumlah masih sorang lagi...

Papa, apa tu???


Emmm, lamanya aku tak update blog... bukannya tak ade cite nak tulis tapi disebabkan aku kena berkemas untuk pindah floor, dari floor 7 move ke floor 14. So, selepas seminggu di floor baru, hari ini sempatlah aku update sikit2. Actually, cite ni pun dah lama, 3 weeks ago... masa ni aku pegi klinik doktor kamal untuk dapatkan suntikan 11/2 year for Haziq. Perkembangan terkini diri Haziq sekarang, dia dah pandai menyebut 2 suku kata perkataan. Panggilan untuk mama dan papa dah lancar, news words yang sekarang Haziq suka sebut...cicak, ball dan special word untuk susu, Haziq call 'MEME'... aku pun tak tahu dari mana dia dapat perkataan tu, aku dan hubby tak pernah sebut... maybe dapat kat nursery kot, kat situ kan ramai cikgu2 yang tak bertauliah.