Monday, April 27, 2009

Lega... Exam Dah Habis

Last week, start thursday aku amik cuti, konon-kononnya nak study la sebab hari jumaat dah start paper untuk final exam for this semester. Tapi faham-fahamlah bila dah ada kat rumah, banyak pulak kerja rumah nak buat, basuh baju...sidai baju.. kemas rumah... time-time ni lak aku rajin, nasib baik la my mum ada.. ada gak dia tolong-tolong aku lipat kain... thanks mum... I love you so much. Biasalah bila aku sibuk dok basuh baju... mak aku dok bising bila nak study ni, risau dia macam aku nak amik exam SPM masa dulu-dulu, thanks mum for caring. Haziq??? Haziq hantar nursery... sorry sayang mama nak study.. (tapi hantar kejap je... tak sampai hati pulak). Husband??? biasalah pegi kerja... Lepas settle sumer keje rumah, tak sampai hati pulak nak tolak bila mak aku nak pegi kedai cosway kat rumah aku... so lepas sembahyang asar, we all kuar rumah amik Haziq kat nursery dulu, pas tu baru pegi. Lepas dah banyak barang mak aku borong kat cosway, we all menjamu selera kat McDonald. Bukan main seronok lagi Haziq dapat main kat playland yang ada kat dalam McDonal. Dah hampir maghrib baru we all balik rumah. Buku entah kemana...study pun entah kemana... nasib baik ada soalan objektif untuk paper tu, so boleh lagilah aku 'tembak'. 3 hari berturut-berturut aku ada paper... first day hari jumaat paper Sistem Pengkalan Data... (agak susah gak sebab aku tak minat sangat pasal computer ni... lebih-lebih lagi pasal nak create sistem.. memang aku tak minat), pada paper ni aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk score A, kalau dapat B pun dah cukup bagus...(harap-harap dapatlah). Second day hari sabtu paper Pembiayaan Projek... yang ni lagi lah nak kena faham konsep dan ingat fakta...tapi ok lagi lah daripada Sistem Pengkalan Data, harap-harap yang ni aku dapat B+ pun ok lah tapi ramai gak yang cerita lecturer ni kedekut markah sikit. Hari ke tiga lak paper untuk Pelupusan Tanah... yang ni aku confident sikit... harap-harap dapat la A... Insya Allah. Bila exam dah habis lega aku rasa... tapi debaranya akan kembali bila nak tahu result nanti. Harap-harap semester ni aku masih dapat mengekalkan rekod last semester...

No comments: