Showing posts with label My Son. Show all posts
Showing posts with label My Son. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Cepatnya Masa...



Masa beredar begitu pantas ku rasakan. Umur Haziq genap 5 tahun pada September nanti. Semalam bila balik dari keje, sedang rehat2 dengan husband sambil melayan keletah Haziq dan Hana, aku belek-belek la album Haziq (Album Hana belum siap sepenuhnya lagi) tengok foto-foto haziq dari masa dia lahir... oh alangkah indahnya detik-detik itu... sampai la haziq umur 1 tahun (byk gambar yang belum sempat print lagi). Dalam banyak-banyak gambar yang aku simpan, gambar ni la yang paling aku suka, masa tu umur Haziq baru masuk 4 bulan dan baru pandai meniarap. Gambar ni diambil pun dengan cara tak sengaja. Waktu tu aku dan husband tengah bersiap2 untuk pegi kerja. Sedang kami tengah dok bersiap2 tu, tiba-tiba Haziq terjaga terus meniarap dan tengok apa yang sedang kami lakukan. Cara dia tengok kami sambil menongkat dagu tu la yang aku suka kat gambar ni....

Wednesday, May 6, 2009

Haziq's Story

Malam Tadi.....
Haziq tido awal, pukul 8.30 dah merengek nak tido, aku bagi makan nasi pun dia tak nak, selalunya pantang bila kami berada je dimeja makan, dialah orang pertama yang sibuk panjat kerusi, sekarang ni kalau nak makan, nak makan sendiri. Aku ingatkan dia akan tido sampai pagi... tapi sangkaan ku meleset, apabila tepat jam 10.30 dengan muka tersipu malu sambil mengigit jari berjalan keluar daripada bilik menuju ke arah aku yang sedang tengok movie dengan husband and my mum. Faham-faham je la, kalau dah bangun waktu tu, pukul berapa pulak nak tido... dah la pukul 3 pagi my husband nak tengok bola... Arsenal vs ManU. Maklumlah my husband peminat setia Arsenal. Haziq sekarang dah mula pandai bercakap... perkataan yang selalu bermain di bibirnya sekarang ... mama cucu (mama nak susu), nenek (gelaran for my MIL)... totok (atuk for my FIL) mok (gelaran for my mum) ayah (for my father, actually Tok Ayah), bila my husband peluk dia erat-erat, perkataan 'jangan' akan terpacul keluar.... itulah keletah anak aku yang sorang.... bila kat nursery pulak.... nama bibik di pangilnya bebek.... Haziq...Haziq... nakalnya makin menjadi-jadi sekarang ni.... but still make mama and papa happy... thanks sayang... we love you sooo much....

Tuesday, April 7, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Rambut Haziq???

Ini lah wajah terbaru Haziq, selepas transformasi rambut pada minggu lepas.... pada mulanya aku tengok Haziq cam nak gelak jugak, chinesse look pun ada... nampak makin nakal pun ada... Haziq..Haziq... macam-macam kerenah sekarang... manja pun makin menjadi-jadi, bak kata abang ipar aku, Haziq ni manja la... maklumlah masih sorang lagi...

Papa, apa tu???


Emmm, lamanya aku tak update blog... bukannya tak ade cite nak tulis tapi disebabkan aku kena berkemas untuk pindah floor, dari floor 7 move ke floor 14. So, selepas seminggu di floor baru, hari ini sempatlah aku update sikit2. Actually, cite ni pun dah lama, 3 weeks ago... masa ni aku pegi klinik doktor kamal untuk dapatkan suntikan 11/2 year for Haziq. Perkembangan terkini diri Haziq sekarang, dia dah pandai menyebut 2 suku kata perkataan. Panggilan untuk mama dan papa dah lancar, news words yang sekarang Haziq suka sebut...cicak, ball dan special word untuk susu, Haziq call 'MEME'... aku pun tak tahu dari mana dia dapat perkataan tu, aku dan hubby tak pernah sebut... maybe dapat kat nursery kot, kat situ kan ramai cikgu2 yang tak bertauliah.

Tuesday, March 10, 2009

Jenguk Haziq Di Nursery

Jeng...jeng... tengok apa yang Haziq buat kat Nursery... sebenarnya foto di atas dirakam ketika Haziq tidak menyedari kedatangan kami. Sebenarnya, masa ni aku dan husband nak amik haziq selepas waktu kerja. Ye la... nak gak 'spotcheck' apa yang Haziq buat dan apa yang nursery dedahkan kat anak aku ni... syukurla dia ajar perkara2 yang baik... tapi aku tawakal pada Allah SWT, ni yang aku nampak, yang aku tak nampak banyak lagi... sepanjang peninggalan aku dan husband pegi kerja, aku totally mengharapkan nursery ni untuk menjaga Haziq. Harap-harap pekerja di nursery ni dapat menjaga Haziq dengan baik...faham2 la tempat ramai kanak-kanak...maybe ada gak yang terlepas pandang...kita ni manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pernah 1 hari, Haziq kena gigit kat belakang badan, salah seorang pengasuh tu beritahu aku dan meminta maaf di atas kelalaiannya... aku tak marah pun, aku tahu dia pun tak sempat nak jaga dan belek Haziq 100%, kanak-kanak lain pun ada gak yang nak dijaga. So, aku faham situasi mereka. Anyway, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pengasuh2 nursery Small Qalif yang telah menjaga Haziq dari umur 6 bulan sampai sekarang, dan aku berpuashati dengan cara jagaan mereka (hal2 kecik tu aku buat tak tahu je la.. kalau nak amik kira banyak la ceritanya pulak). Thank you so much Bibik (Haziq manja nak dukung je), Kakak Widya, Kakak Yani, Ibu, Mummy Hani dan Kak Fida.

Tuesday, February 24, 2009

Begitu Cepat Masa Berlalu.........


Masa bergerak terlalu pantas... proses pembesaran Haziq pun aku rasa terlalu cepat, sekarang Haziq dah berumur 1 tahun 6 bulan....(kadang2 aku rasa tak puas melalui saat2 manis ketika Haziq masih bergelar baby) Tapi apakan daya... itulah lumrah kehidupan... sebagai seorang hamba Allah, aku akur dan redha dengan ketentuan ini. Insya Allah, aku dan suami akan menjaga amanat dan anugerah istimewa yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya.... dan juga akan memberikan segala yang terbaik buat 'Permata Hati' kami ini....