Jeng...jeng... tengok apa yang Haziq buat kat Nursery... sebenarnya foto di atas dirakam ketika Haziq tidak menyedari kedatangan kami. Sebenarnya, masa ni aku dan husband nak amik haziq selepas waktu kerja. Ye la... nak gak 'spotcheck' apa yang Haziq buat dan apa yang nursery dedahkan kat anak aku ni... syukurla dia ajar perkara2 yang baik... tapi aku tawakal pada Allah SWT, ni yang aku nampak, yang aku tak nampak banyak lagi... sepanjang peninggalan aku dan husband pegi kerja, aku totally mengharapkan nursery ni untuk menjaga Haziq. Harap-harap pekerja di nursery ni dapat menjaga Haziq dengan baik...faham2 la tempat ramai kanak-kanak...maybe ada gak yang terlepas pandang...kita ni manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pernah 1 hari, Haziq kena gigit kat belakang badan, salah seorang pengasuh tu beritahu aku dan meminta maaf di atas kelalaiannya... aku tak marah pun, aku tahu dia pun tak sempat nak jaga dan belek Haziq 100%, kanak-kanak lain pun ada gak yang nak dijaga. So, aku faham situasi mereka. Anyway, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pengasuh2 nursery Small Qalif yang telah menjaga Haziq dari umur 6 bulan sampai sekarang, dan aku berpuashati dengan cara jagaan mereka (hal2 kecik tu aku buat tak tahu je la.. kalau nak amik kira banyak la ceritanya pulak). Thank you so much Bibik (Haziq manja nak dukung je), Kakak Widya, Kakak Yani, Ibu, Mummy Hani dan Kak Fida.
No comments:
Post a Comment