Friday, January 4, 2013

Hokkaido White X'mas Love Story 17-26 Dec 2012 Part 1



Sebagai penutup tirai tahun 2012, i dan family turut serta dalam 'Company Trip' company husband i ke Hokkaido, Jepun. Kami bertolak dari KLIA pada 17 Dis 2012, jam 12.00 malam dan sampai di Chitose Aiport, Hokkaido jam 8.30 pagi 18 Dis 2012, perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Kami tidak transit mana2 tempat, direct ke Hokkaido disebabkan penerbangan ini disewa khas oleh company tempat husband i kerja.

Di Hokkaido semasa kami pergi ni musim salji, dari tingkap flight semasa flight landing, i nampak salji memutih di sana sini, dalam hati i memang seronok, maklumlah tidak pernah merasai...hi..hi..Seramai 267 orang (termasuk isteri, suami dan anak2 staff) yang ikut serta dalam company trip ni, sampai di Chitose Airport kami di sambut oleh Hokkaido Tourism Organisation dan setiap orang diberi goody bag yang mengandungi risalah2 dan peta-peta perjalanan di Hokkaido. Okey, i explain dulu Hokkaido ni kat mana...sebab apa...sebelum my husband bagitahu yang company trip this year akan pergi ke Hokkaido, Jepun, i tak pernah tahu pun nama tempat ni ada di Jepun...(boleh macam tu pulak), selepas diberitahu oleh my husband je, i terus lah search kt internet pasal Hokkaido ni...

Hokkaido terletak di utara Jepun, negeri yang paling luas di Jepun. Ia dikelilingi oleh Laut Jepun, Laut Okhotsk dan Laut Pasifik. Di Hokkaido ada banyak hutan dan ladang. Alam sekitar di situ bagus. Sapporo ialah ibu negeri Hokkaido. Di Sapporo ada banyak tempat-tempat yang menarik. Contohnya, Menara TV, Menara Jam, Taman Ōdōri. Menara Jam ialah simbol Sapporo tetapi sekarang, menara itu tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tempat untuk pelancongan sahaja.

Pada musim sejuk, Sapporo ada banyak salji. Bandar semua jadi putih. Di Taman Ōdōri, diadakan Pesta Salji pada bulan Februari. Banyak patung salji dibuat di situ. Ramai orang datang dari mana-mana dan melawat pesta itu. Pada waktu itu sangat sejuk tetapi Pesta Salji sangat terkenal. Salji di Sapporo sungguh indah. 

Salji di Odari Park, Sapporo City

Itulah serba sedikit gambaran tentang negeri Hokkaido di Jepun yang i dapat dari sumber internet. Sebaik selesai semua urusan di Airport Chitose, kami dipisahkan kepada 5 group untuk menaiki 5 buah bas yang disediakan dan setiap group mempunyai 2 orang tourist guide. Kami dibawa ke hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Mahoroba Natural Hot Spring dulu untuk check in untuk menginap 1 malam dan meninggalkan beg-beg pakaian (maklumlah beg banyak dan besar2, banyak bawa baju sebab nak pakai berlapis2 takut sejuk, tambah lagi dengan winter cot, mana tak banyak beg) yang dibawa terlebih dahulu. Selepas itu, jam 12.00 tengahari (waktu di Hokkaido), waktu cuma beza 1 jam lebih awal dari Malaysia, kami dibawa untuk menikmati makanan tengahari di Jidaimura Restaurant. Makanan yang kami makan di sini adalah Seafood, dan telah siap dihidangkan untuk rombongan kami. Selepas makan, kami dibawa berjalan-jalan di Typical Japanese Edo Dynasty Samurai & Ninja Theme Park Village, di sini macam satu perkampungan orang-orang Jepun zaman dulu2 yang kita tengok kt TV yang dibina khas untuk pelancong dan generasi baru mempelajari adat dan tradisi Jepun. Disini juga kami sempat menonton persembahan ala-ala teater Samurai dan Ninja, tapi bahasa yang diaorang tuturkan tu i tak faham lah...just tengok aje lah...

Selesai menyaksikan teater Samurai dan Ninja tadi, kami dibawa berjalan2 di dalam kawasan theme park village ni...semua kawasan penuh diluputi salji. Jam 4, kami bergerak balik ke Resort, disebabkan cuaca di sini sejuk, jam 4 petang dah macam maghrib kat Malaysia, dah start nak malam. Jam 6.30 petang kami telah dihidangkan dengan hidangan malam. Untuk dinner malam tu dihotel tempat kami menginap, kami diwajibkan memakai pakaian tradisonal jepun yang dipanggil 'Yakuta'. Untuk hari pertama inilah aktiviti i dan family disini. Jom kita jamu mata dengan tengok gambar-gambar yang sempat i 'snap'....

Dalam Flight ke Hokkaido


Tiba di Chitose Airport, Hokkaido
                              
Salji memenuhi kawasan Airport


Lunch di Jidaimura Restaurant

Didalam Typical Japenese Edo Dynasty Samurai & Ninja Theme Park Village


Memakai Yakuta untuk Dinner
Tempat tidur kami di atas Tatami pada malam itu..hi..hi..

No comments: