Tuesday, January 22, 2013

Cuti-Cuti Di Johor Bahru

Pada 05/01/2013, hari sabtu i kena present thesis untuk Projek Sarjana Muda 1 di UTM Skudai. I bertolak dari KL pada hari jumaat petang after hubby selesai solat jumaat. Keadaan traffic ok je, lagipun hubby i tak nak speed sangat sebab tak rushing. I selamat sampai di JB jam 8.00 malam, hanya berhenti rehat di Pagoh sekejap. My hubby dh biasa dengan bandar JB ni sebab dulu dia pn study kt UTM skudai, so i tak payah risau dan susah hati nk cari tempat makan kt JB ni. Untuk makan malam, my hubby ajak makan di Anjung Warisan, tempat makan yang terkenal jgk lah kt area JB ni disebabkan satu keunikannya yang tiada di restoran sekitar iaitu makan di atas pokok...(ha..ha.. mcm kelakar pulak).  Harga makanan pun tak mahal, kira berpatutan lah...malam tu untuk makan malam, kami order 3 Nasi Putih, Tomyam Campur, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit dan 2 Telur Mata Kerbau untuk anak-anak. Minuman pulak 2 Bandung Soda dan Jus Apple Hijau. Jumlah bil kami hanya RM85++. Murahkan!

My hubby tengah berselera makan

Anak-Anak i sempat bergambar dipintu masuk restoran

Suasana dalam Restoran Anjung Warisan
Nak tahu restoran ni kat mane? Ok, i bagi address untuk sapa-sapa yang nk try masakan di sini.  

Restoran Anjung Warisan 
JKR 296, Jalan Petri, Kampung Tarom
80100 Johor Bahru

Selesai makan malam, i terus ke Tune Hotel untuk menginap. Esok kena bangun awal bagi sebab presentation i start jam 8.00 pagi. My turn pulak pukul 11.00 pagi, malam ni dah tak lena tidur sebab hati berdebar2 dan risau untuk presentation besok.

Pagi-pagi lagi i dah bangun dan siapkan anak-anak i, kebetulan hubby i ada meeting di site Batu Pahat, so terpaksalah anak-anak i hubby bawa ke Batu Pahat dan minta tolong staff hubby i yang jaga. I pulak hubby hantar ke UTM dan i stay kt UTM sampai jam 3 petang selepas seisi presentation selesai. 

Ahad 6/01 - hubby dah plan nak bawak anak-anak pegi Puteri Harbour Family Theme Park, nak tengok Hello Kitty dan Thomas. So, seawal jam 8.00 pagi kami dah checkout dari Hotel. Breakfast di Toast & Toast Cafe dan proceed to Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya. Kami sampai di Puteri Harbour seawal jam 10.00 pagi. Elok sangat lah sebab theme park ni pun dibuka jam 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Nak masuk theme park ni kena beli tiket dulu kat entrance area. Harga Tiket dewasa dan kanak-kanak umur 4 tahun ke atas RM85 untuk masuk dua-dua tempat iaitu Hello Kitty Town dan The Big Club. Tapi kalau nak masuk salah satu tempat di atas harga tiket RM50 (tapi kalau tiba2 berubah fikiran nak masuk dua-dua tempat pada hari yang sama hanya add on RM35 saja lagi). 

Hari tu i sempat masuk The Big Club saja sebab hubby dah bagi limit time, jam 2 mesti kena gerak balik KL untuk mengelak situasi jem di Tol Sungai Besi. Dalam The Big Club ada banyaklah karekter kartun yang kanak-kanak suka seperti Barney, Pinggu, Bob The Builder, Angelina The Balerina dan Thomas & Friend. Anak i yang sulung paling suka lah sebab papa ikut cakap dia masuk The Big Club, kalau ikut mama nak masuk Hello Kitty Town (tak pe lah, lain kali turn mama dan adik Hana pulak masuk Hello Kitty Town). The Big Club ni ada 2 tingkat.

First show yang kami tengok dalam The Big Club ialah Barney Show, second dapat tengok Angelina The Balerina show, part ni paling best sebab kanak-kanak boleh ikut serta belajar ballet dengan Angelina. Hana pun join belajar Ballet, sebelum class belajar ballet start, setiap kanak-kanak yang berminat akan diberi satu tutu dan magic stick. Kiut je tengok kanak-kanak belajar ballet dengan Angelina. Selepas habis menari ballet, seisi fotografi dengan Angelina di adakan. Hana pun sempat  bergambar dengan Angelina. 

Then, kami pergi part Thomas & Friend, kat sini part anak lelaki i. Banyaklah character Thomas & Friend kat sini seperti Thomas, James, Berthie, Harrod dan ramai lagi lah. Kat sini i dengan anak lelaki i naik Bumper Car, Hana tak dapat join sebab tak melepasi tahap piawaian kemasukan, jadi hubby terpaksalah jaga Hana. 

Penat-penat main mesti rasa lapar kan, tak payah nak pergi jauh-jauh cari makan, kat dalam The Big Club ni ada disediakan satu cafe, Mc Burn Cafe namanya. Menu makanan kat sini ala-ala cam McDonald lah, ada burger, ayam goreng, fries cuma bezanya disini ada nasi dengan sup. Selepas makan, hubby bagi kebenaran pada anak-anak i untuk sambung bermain. Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan Bob The Builder. Gambar-gambar kami semua di ambil oleh photographer yang bertugas kat dalam The Big Club ni. I beli 3 keping gambar kami yang lengkap dengan paper frame berharga RM70. Reasonable lah kan....Selepas pada itu kami pun bergerak pulang ke KL. 

Gambar-gambar kat bawah ni i ambil dengan telefon iphone 4S je sebab hubby terlupa nak bawak kamera. 

Sambil menunggu hubby queue beli tiket, ambil gambar dulu
Hana sedang menunggu ketibaan Angelina The Balerina untuk menari Ballet
Hana dengan Angelina
Anak-anak i dengan Thomas
Naik Train
Bob The Builder
Haziq dengan muka penat
   
Nanti nak datang lagi, nak masuk Hello Kitty Town pulak....encik hubby ingat tau!!!
    

2 comments:

Papa-NtiQ said...

Bila datang JB lagi jangan lupa jenguk blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com sebab kat sini saya review banyak tempat2 makan menarik di area JOHOR. Jadi tak la penat duk cari2 restoren kan :)
Kalu minat tu follow la jugak ye TQ

Unknown said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buat Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6282262272279
WhatsApp : +6282280000071
Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
Facebook : Podomoroo Transport
Fanspage : Podomoroo Transport Bandung


Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
Kami pun menyediakan Pakej Transport dan Hotel
Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
3D2N
2 Pax = 330 Rm / Pax
3 Pax = 300 Rm / Pax
4 Pax = 230 Rm / Pax
5 Pax = 230 Rm / Pax
6 Pax = 200 Rm / Pax

Van Short
3D2N
7 Pax = 250 Rm / Pax
8 Pax = 220 Rm / Pax
9 Pax = 220 Rm / Pax
10 Pax = 200 Rm / Pax

Van Long, Toyota Hiace Commuter
3D2N
11 Pax = 220 Rm / Pax
12 Pax = 200 Rm / Pax
13 Pax = 200 Rm / Pax
14 Pax = 190 Rm / Pax
15 Pax = 190 Rm / Pax

Pakej Transport dan Hotel 4D3N
Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
4D3N
2 Pax = 460 Rm / Pax
3 Pax = 430 Rm / Pax
4 Pax = 320 Rm / Pax
5 Pax = 330 Rm / Pax
6 Pax = 280 Rm / Pax

Van Short
4D3N
7 Pax = 350 Rm / Pax
8 Pax = 310 Rm / Pax
9 Pax = 310 Rm / Pax
10 Pax = 280 Rm / Pax

Van Long, Toyota Hiace Commuter
4D3N
11 Pax = 310 Rm / Pax
12 Pax = 280 Rm / Pax
13 Pax = 290 Rm / Pax
14 Pax = 270 Rm / Pax
15 Pax = 280 Rm / Pax

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.


Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih...