Monday, December 15, 2008

SPNB Amazing Race 2008

Team Papa (En. Zul and Wemi) bergambar bersama MD semasa upacara penyampaian hadiah
Pada 14hb. Dis 2008, SPNB dengan jayanya telah mengadakan satu pertandingan yang julung2 kali diadakan iaitu 'Amazing Race' . Penyertaan terhad kepada staff SPNB sahaja (tak boleh masuk dengan spouse, kecuali spouse pun keje SPNB). Kawan-kawan aku yang lain pun ada gak masuk, termasuk la Erna (tapi aku tak tahu geng dia sapa). Aku tak masuk pun, cukupla husband aku yang masuk. Team husband aku terdiri daripada En. Zul (lebih glamour dengan gelaran En. Zul janggut) dan Wemi (pun ada nama glamour JAWA). Game bermula pada pukul 9.30 pagi. Cuaca pada hari itu pada mulanya ok, tapi tiba2 hujan dengan lebatnya turun selepas itu (jawabnya diaorang sumer mandi hujan la ari tu). Banyak la tempat2 menarik yang diaorang kena pegi (boleh dikatakan menarik gak la), tapi sekitar lembah kelang je la... Setelah berbagai cabaran dan dugan berjaya di tempuhi, team husband aku mendapat tempat ke 5 daripada 29 group yang mengambil bahagian (kira ok la tu, top 5). Husband aku pun tak sangka yang team diaorang boleh dapat tempat ke 5, sebab pada permulaan game, team diaorang bukan lead pun, ada beberapa team lagi kat depan. Tapi biasala, kalau team awal2 dah pecut, nanti bila dah akhir mesti pancit.... baik relaks dulu... (lagipun bukan untuk menang pun... suka2 je.. tapi kalau menang tu BONUS la). Dalam banyak2 penyertaan hanya team husband aku ada seorang veteran (pujian ikhlas untuk En. Zul), tapi berjaya mengatasi golongan muda yang lain. Ganjaran yang disediakan bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga, kira gempak la jugak. Tempat pertama RM850 + piala, tempat kedua RM600 + piala, tempat ketiga RM350+piala dan Tempat 4 hingga tempat ke 15 saguhati (RM100). So, faham2 je la apa hadiah yang team husband aku dapat. Anyway CONGRATULATION TO YOU ALL.

2 comments:

the admin said...

woww...background baru...very the english one..ekekeke..bagus..bagus...lps nih boleh try lain2 gadget lagik eh..k/tim pon tukar bckground x..k.zie..pon dh tukar bckground..tinggal..sidila jer..xder blog lagik..sian dia..

hayati said...

mana pegi da???? mc or el? ha, ari ni, hari tukar background blog sedunia kot????