Aku dah dapat result untuk subject Percukaian Hartanah... Alhamdullillah aku dapat B+. Aku bersyukur sangat2 dengan kedua-dua result exam yang aku dapat semester ini. Rata-rata classmate aku yang lain pun dapat result lebih kurang sama dengan aku, Wan, Wani dan Shahrul. (Tapi Shahrul lead now... he got cgpa 3.89) Semangat untuk aku meneruskan pelajaran semakin berkobar-kobar. (Aku harap dapat meneruskan pengajian ku sampai ke final year). Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada suamiku yang banyak memberi dorongan, semangat dan doa semoga aku berjaya... (juga menjaga anakku semasa aku attend class), kepada kedua ibubapaku yang sentiasa mendoakan kejayaanku, kepada lecturer-lecturer ku yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar (tak kedekut markah) dan kepada rakan-rakan sekelas yang membantu terutama dalam menyiapkan assigment. Harapanku untuk next semester, aku akan berusaha lebih gigih.
No comments:
Post a Comment