Alhamdulillah, aku berasakan teramat bersyukur di atas nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada aku selama ini. Aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan di atas muka bumi Allah yang begitu indah ini. Hari ni sampai je opis aku terus buka website UTM Space, nak tengok result final exam ari tu dah kuar. Bila buka je.... aku terus memanjat syukur ke hadrat ilahi... result semester ini agak membanggakan. Aku stay 3 pointer lagi.... Alhamdullilah.... Terima kasih Allah. Semester ini aku amik 3 subjek... Pelupusan Tanah, Sistem Pengkalan Data dan Pembiayaan Projek... sumer subjek this semester agak tough. Alhamdullilah, selesai sudah 2 semester aku belajar... aku masih ada 4 tahun lagi untuk meneruskan pengajian ku, insya Allah, semoga tiada halangan untuk aku berjuang untuk menggengam segulung ijazah. Aku amik semester pendek... untuk subjek umum universiti. So, kali ini aku tak lah cuti panjang sangat. Next week kelas akan bermula. So, weekend aku kembali sibuk.
2 comments:
congratulations..may success n happiness will be yours.. alwiz..
thank you.
Post a Comment