Showing posts with label My Baby. Show all posts
Showing posts with label My Baby. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

Bila Demam Dah Baik

Semalam demam, hari ni dah baik... cam chipmore lak kejap ada kejap tak de. Alhamdullillah syukur pada yang Maha Esa, sebab demam Haziq tak melarat, aku betul-betul risau takut demam Haziq melarat, kesian pulak sebab nanti nak travell jauh. Hujung minggu ni aku nak balik kelantan, sempena cuti raya cina. All family going back to KB. Cuti raya cina kali ni my brother, Doc Nury ada bernazar, dia nak tumbang 1 ekor lembu when he got the scroll of 'surgeon specialist' and also telah menyempurnakan impian my father. Kami sumer tumpang gembira di atas kejayaannya. Congratulation Bro!!!!.
Inilah telatah Haziq kalau dia tak sakit, tak boleh duduk diam. Sebenarnya toy tu my husband beli semalam semasa pegi hantar Haziq kat clinic, biasala baby kalau tak sihat mesti merengek je... untuk pujuk Haziq my husband belikan toy bus. Bila balik dari nursery semalam dia asyik main bus tu je... mainan lain dah tak dihiraukan (dah bosan la papa... belikan la Haziq mainan yang canggih sikit boleh???) sapa yang minta ni??? Haziq ke mama???

Monday, January 19, 2009

Haziq Demam

Malam tadi, jam 3 pagi Haziq merengek, aku pun terjaga dan cuba pegang dahi dia, terasa panas.... Haziq demam... may be main banyak sangat kat rumah kak la semalam, maklumla ramai yang melayan dia kat sana, anak-anak kak la memang suka main ngan Haziq, lebih-lebih lagi abang adam.. (Haziq favourite cousin) sebab abang adam suka dukung. Cian baby mama, demam ye sayang??? makan pun tak nak, minum susu pun dah kurang, so, hari ni aku dan husband amik halfday, hantar Haziq ke klinik. Doc cakap Haziq demam biasa dan batuk-batuk disebabkan kahak yang banyak. Aku cadangkan pada doc nak amik nebulizer (siapa yang pakar ni?? aku pulak yang bagi cadangan kat doc...), tapi doc nasihatkan tak perlu, sebab dia nanti akan melemahkan jantung baby... so aku pun tak jadi nak amik nebulizer, tapi doc bagitahu dalam keadaan tertentu nebulizer boleh, tapi kalau boleh di elakkan lah... selagi ada ubat yang boleh membantu, better used medicine (liquid) first, before the nebulizer... nebulizer cant used after medicine cant help. Aku dan husband mengangguk faham. Selepas aku balik dari klinik, aku hantar Haziq ke nursery... kalau besok demam Haziq still tak berubah aku or husband akan amik cuti untuk jaga Haziq kat rumah. Risaukan kalau anak-anak ni demam, tak senang nak duduk... nak buat keje pun tak senang. Hari ni aku nak cepat2 balik, tepat 5.30 ptg aku nak cabut terus dari opis, nanti lambat sikit je mesti traffic jam... lambat la aku sampai rumah, lambat pulak aku tengok Haziq.

Thursday, January 15, 2009

An Evening in Lake Garden

Last weekend aku tak dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan my hubby and son, coz aku balik KB untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah pak cik aku yang telah kembali ke rahmatullah (last entry). Sepanjang ketiadaan aku di KL, my hubby yang jaga haziq, aku balik seorang je sebab emergency call bukan sebab balik kampung nak suka-suka, so my sister booking flight ticket for me, her and my brother alone. Semasa aku kat kampung my husband totally yang jaga Haziq, kemana sahaja husband aku pergi, di angkutnya haziq bersama. Ahad petang, sebab tak de nak buat apa kat rumah, my husband bawak Haziq dan anak-anak abg ry, Anis, Amirul and Yaya pegi Lake Garden. Bukan main seronak lagi aku tengok Haziq... dapat main kat playground. Tengokla gaya Haziq bila turun dari slide..... macam dah biasa main, sedangkan ini la first time main slide. Dah lama aku tak cite pasal anak aku sorang ni... Haziq dah masuk 1 tahun 4 bulan (cepatnya... masa berlalu). Kat nursery aku diberitahu oleh 'Mummy Hani' yang Haziq diberi gelaran YB, sebab suka merayau-rayau kat dalam nursery (konon-konon macam melawat kawasan). Kat nursery, Haziq pantang betul kalau ada kanak-kanak lain yang usik barang-barang mainan kepunyaannya... cam bantal peluk (bolster) pantang kalau ada yang amik. Haziq kalau dia nak minum susu dia suka peluk bantal... (not bantal busuk la) any bantal boleh bagi kat dia kalau dia nak minum susu. Lagi satu tabiat yang baru dia belajar kat nursery lately.. suka merajuk... kalau merajuk sampai pegi dapur dan masuk bilik (macam bawak diri la) ala cian baby mama... tapi papa dia yang suka mengusik kalau kat rumah.... seronok kan... bila balik ke rumah melihat teletah dan kerenah Haziq yang meghiburkan itu, penat dan letih kat opis hilang entah kemana (gone by the wind) lambatnya jam nak sampai pukul 5.30 petang, tak sabar mama nak balik rumah nak jumpa baby mama ni... Haziq, mama and papa miss you always....