Wednesday, October 21, 2009

Insaf....

Lately ni banyak betul kejadian-kejadian pelik yang dilapor dalam suratkhabar. Cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak membuatkan aku takut. Nak tido malam pun rasa takut. Kadang-kadang terfikir, cukup ke amalan ku untuk bekalan di akhirat nanti...nak menempuh alam barzakh, bersendirian di dalam kubur...disoal malaikat mungkar & Nakir...siapakah yang boleh membantu? kalau pg dengar ceramah-ceramah agama, ustaz akan memberitahu...apabila matinya seseorang muslim itu hanya 3 perkara saja yang dibawa iaitu :

1. ilmu yang manfaat
2. doa anak-anak yang soleh
3. sedekah jariah

Harta & kekayaan? itu sumer ditinggalkan...dan harta kalau tidak digunakan dengan jalan yang betul akan menyusahkan kita di akhirat kelak...harta itu akan datang sebagai seekor ular yang besar di dalam kubur...takutkan? kalau dengar2 perkara macam ni aku rasa takut yang amat sangat....dan cuba untuk menjadi yang terbaik..memohon pada Allah semoga aku, suami, anak-anak, kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga ku sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T, dijauhkan kami dari melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan....Ya Allah, aku pohon petunjuk darimu...lindungan kehidupan kami dan semoga kami termasuk di dalam golongan hamba-hamba mu yang beriman. Amin....

No comments: