Monday, January 12, 2009

Al-fatihah

Tepat jam 8.03 pagi sabtu bersamaan 10hb Januari 2009, tiba-tiba handphone aku berdering. Aku pun mengambil handphone ku dan kedengaran suara emak ku dihujung talian sana. Emak ku telah memaklumkan yang pak cik ku telah kembali ke rahmatullah. Dengan tiba-tiba airmata ku terus berguguran. Aku sedia maklum, sebelum ini pun aku telah mengetahui keadaan pak cik ku yang sedang sakit. Arwah telah mengalami sakit tua yang agak lama. Makan, minum, mandi dan buang air kecil/besar semua diuruskan oleh mak cik dan anak-anak. Selepas bercakap dengan emak aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung untuk menziarahi jenazah sebagai penghormatan terakhir. Aku segera menelefon abang dan kakak ku, mereka pun mengambil keputusan untuk balik ke kampung jugak. Pada perancangan awal kami nak balik dengan kereta, tapi bila memikirkan perjalanan nanti akan mengambil masa selama 8 jam dan jenazah akan dikebumikan selepas fardhu zohor, memang tak sempat. So, kakak ku yang kat kajang terus booking flight. Tiket flight yang kami dapat paling awal ialah pada jam 1.40 petang. Tanpa berlengah lagi kami terus mengemas mana-mana yang patut untuk ke LCCT. Dalam perjalanan, kami semua membisu seribu bahasa, mungkin sedang mengimbau kenangan bersama dengan arwah. Arwah seorang pak cik yang penyayang... dia tak pernah memarahi kami walaupun kami selalu membuat bising bila berada dirumahnya... Kami sampai di airport KB pada jam 2.45 pm. Kesedihan mula terasa bila abang ku yang datang untuk menjemput memberitahu yang jenazah telah selamat dikebumikan. Aku tidak dapat untuk menatap wajah terakhir pak cik... Aku segera menuju ke rumah mak cik... bila saja kaki ku menjejak tangga rumah mak cik... ku lihat ramai orang yang datang untuk menziarah... aku, kakak dan abang terus menuju ke arah mak cik, bila kami memghulurkan salam, airmata mak cik terus mengalir... kami terus memeluk mak cik sambil menenangkannya. Pemergian arwah cukup terasa buat kami semua... kami yang masih hidup berdoa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan di tempatkan bersama hamba-hamba yang beriman... amin... al-fatihah...

No comments: