Bestnya berada dikampung, 3 hari aku bercuti dikampung menikmati udara yang masih segar dan nyaman. Walaupun arus pembangunan telah mula meresap dikampungku tetapi nilai-nilai tradisional kampung masih kukuh dikalangan warga kampungku. Sempena cuti CNY ni, my brother telah mengadakan sedikit kenduri kesyukuran, menyembelih seekor lembu untuk dimasak dan diberi makan kepada semua orang kampungku. Awal-awal pagi lagi rumah ku telah didatangani orang kampung untuk menolong mana-mana yang patut. Dari sembelih, melapah, memotong daging hingga memasak dibuat secara bergotong-royong. Daging2 yang telah dipotong dimasukkan ke dalam kawah untuk dimasak. Jangan korang tak percaya tukang masaknya lelaki tau... masih terasa lagi keenakan gulai kawah tersebut. Selain daripada gulai kawah, emakku juga menyediakan lauk-pauk sampingan seperti sambal belacan, acar timun, ikan kering goreng dan tembikai sebagai 'dessert' . Pada sebelah malamnya pula, ayah aku telah mengadakan kenduri tahlil. Setelah selesai semua majlis dengan jayanya, kami adik beradik pun melepak sambil borak-borak sambil menikmati kuih-muih yang masih ada. Pukul 3.00 pagi barula kami semua tidur... untuk agenda seterusnya besok hari...
my brother... Doc Nury
Orang-orang kampung sedang menjamu selera
my nephew and niece, Hakeem and Aliya
Besok paginya, we breakfast with 'Nasi Dagang Salmah' (The famous Nasi Dagang in town). Kalau balik kampung, nasi dagang adalah menu tetap kami untuk breakfast, selain daripada roti canai, pulut ikan kering, nasi kerabu dan 'Nasi Berlauk'. Lunch pulak kalau tak makan nasi Hover or nasi sumatera sri panji dan nasi sup Tok Ayah memang tak sah, ini adalah menu tradisi kami sejak kecil lagi. My mum tak masak bila kami balik kampung, sebabnya kami yang tak bagi masak, kalau ikutkan my mum mestila dia nak masak, tapi kami minta dia rehat. Terasa cepat betul masa berlalu, pada hari selasa aku bertolak balik ke KL, kalau ikutkan hati aku ni, cam tak nak balik KL, sebab banyak lagi makanan favourite aku version kelantan tak sempat untuk dinikmati cam roti bakar white house, murtabak diRaja, sate baung, laksa dan nasi kerabu tumis... sedapnya... bila lagi nak balik kelantan?????