Wednesday, May 16, 2012

+Wondermilk @ Citta Strip Mall

Balik dari kerja semalam i singgah di Citta Mall untuk jumpa dengan Kak Ani (yang bekerja di Bahagian Pentadbiran/Pengurusan) untuk ambil maklumat berkenaan dengan shopping mall Citta ini, mesti u all tertanya2 apa i nak buat dengan maklumat pasal Citta Mall ni kan? sebenarnya, tajuk assignment group i semester ni untuk mata pelajaran Pengurusan Tanah Korporat ialah Pengurusan Kompleks Membeli Belah. So, i pilih lah Citta Mall ni coz i ada sumber yang boleh dipercayai untuk dapatkan maklumat..hi..hi..

I jumpa Kak Ani kejap je, sebab dia nk cepat2 balik rumah nk jemput anak2 kt rumah pengasuh dan masak. So, niat i nk belanja makan Kak Ani tertangguh, xpelah lain kali katanya. Selepas dia serahkan dokumen yang i nak tu kami berpisah, Kak Ani menuju ke lift untuk ke parking dan i dengan hubby nak merayap dulu, maklumlah inilah kali pertama kami jejak kaki di Citta Mall. 

Kami nk minum dan makan ringan2 je, sebab i plan nk balik masak kt rumah nanti untuk dinner, i suggest kt hubby minum di +Wondermilk. Kami just order 2 cup cakes @ RM4.50 satu, Ice baby late @ RM7 dan Ice Coffe Latte @ RM9. Boleh tahan mahal jgk harga makanannya. Konsep kedai self service, sesuai just untuk chit chat sambil minum kopi after work, relaks-relaks sambil jumpa kawan2, bussiness discussion ataupun tempat bercintan cintun. Kat Citta Mall ni banyak tempat makan yang best2 i tengok, antaranya ialah Chawan, Chilis Restoran, Stick dan San Fransisco Coffe. Co. (yang i perasan). Presto nama supermarket tempat jual groceries kat sini berada di ground level. Harvey Norman pun ada jgk tapi kat tingkat atas (i tak pg pun tingkat atas). Selepas habis makan, kami nak terus balik rumah, takut jalan jam pulak. Jadi tak de melencong ke mana-mana lepas tu. Nak tengok apa yang i dan hubby makan dan minum kt +Wondermilk? Jom...


Hadapan kedai

Banyak cupcake bermacam jenis flavour diletakkan di kaunter pesanan


Muka happy sebab dapat makan dan minum..hi..hi..


Dua biji Cupcake yang kami order berperisa chocolate dan red valvet


Minuman yang kami order ice coffe latte dan ice baby latte

No comments: