Monday, May 28, 2012

Half Day

Last week, i apply cuti halfday hari khamis untuk settlekan urusan permohonan loan rumah kami yang baru beli (belum jadi rumah kami lg, selagi loan tak approve) di Saujana Utama, my hubby nak try dengan Hong Leong Islamic Bank di Sek 9, Shah Alam. Appointment with En. Khairul from Hong Leong Islamic Bank already made by my hubby. So, kenalah i ambil cuti EL half day. Nasib baik bos i baik...baik sgt2...(puji bos kena banyak2)..ahak..ahak..

So, pagi ni i bangun mcm nak pg keja jgk, ye lah takut lambat sebab dh buat appointment. Alang2 i dh amik cuti, bolehlah terus pg amik pasport yang i buat tempoh hari. Anak2 i pn terpaksa bangun awal, yang abang terpaksa ponteng sekolah. Memang dah menjadi prosedur Imigresen, kalau nak ambil pasport kena bawak pemohon sebab nak kena thumbprint untuk release pasport.

Dalam pukul 9 pg, i keluar dari rumah terus ke Seksyen 9 Shah Alam. Dah sampai sana my hubby parking kt Plaza Shah Alam(bersebelahan) sebab kt area sana memang parking susah. Sampai di Hong Leong Islamic Bank, En.Khairul dah sedia menunggu, kebetulan customer pun tak ramai. So, urusan kami disegerakan, selesai seisi penerangan dan perbincangan. Kami menunggu sekejap untuk mengisi borang permohonan dan menandatanganinya tanda setuju dan segala maklumat yang diberikan adalah benar.

Selesai di Hong Leong Islamic bank, barulah terfikir nak breakfast, nasib baik anak2 i ada bawa bekal sosej goreng td (bibik yang bekalkan). Kami breakfast+lunch sebab waktu tu pun dh hampir pukul 11.00 pagi di Pelita Nasi Kandar, Plaza Shah Alam.

Destinasi seterusnya ke Pejabat Imigresen Jalan Duta. Nasib baik kt sini pun urusannya tak lama. Pg ke kaunter ambik no. giliran terus dipanggil. Selepas selesai urusan thumbprint i dan anak2 dan checking, pasport pun diserahkan. Hooray...bolehlah plan cuti ke oversea gayanya, tapi kenalah check budget ada ke tak?...hi..hi..

Selesai semua urusan, nak kena hantar anak-anak balik rumah. Tak kan lah i nak bawak pg ofis pulak, karang mengamuk pulak bos i, jgn marah bos ye, pukul 2.00 ptg nanti i sampai ofis.

No comments: