Tuesday, May 15, 2012

Spaghetti Bologneese

Semasa balik dari kerja petang semalam en. hubby sayang i bertanya, malam ni nk makan apa? i tanya dia balik nak makan apa? dia tak kisah makan apa, itulah jawapan simple daripada hubby i. My hubby memang tak cerewet pasal makan, dia boleh makan apa sahaja yang i masak...itulah beruntung i kan?..hi..hi..

Dalam i dok fikir nak masak apa dan cuba ingat apa yang ada dalam stok bahan-bahan masakan i kat rumah, i tanya hubby, spaghetti boleh? tp kena singgah kedai (Max Value) dulu nak beli mince meat, kat rumah tak de stok. Sebelum sampai rumah, kami singgah di Max Value nak beli mince meat, tp kebiasaannya ada lah barang-barang sampingan yang bukan disenaraikan masuk dalam bakul kami..hi..hi...(i beli ais-krim 2 bekas, keropok dan roti)

Cara i masak spaghetti ni ringkas dan mudah je, may be lain orang lain cara dan bahan yang digunakan. Kalau cara i macam kat bawah ni ye...hi..hi..

Bahan-Bahan :-

1). 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
2). 1 tin / botol sos spaghetti (i selalu guna Prego)
3). 1 bungkus spaghetti (San Reemo)
4). Cendawan butang / Carrot (pilihan nak masukkan / tidak)
5). Mince Meat
6). Minyak untuk menumis (minyak jagung)
7). Daun Parsley (untuk ditabur pada spagetti)
     (Di pasaraya dah ada yang ready made dalam botol)
8). Garam halus.



Cara Memasak :-

a) Sos Spaghetti 

1). Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu, tumis sehingga nak bau.
2). Masukkan mince meat dan kacau sehingga masak.
3). Masukkan carrot (malam tadi i guna carrot sebab ketiadaan cendawan butang)
4). Masukan Sos Spaghetti Preego
5). Kacau hingga masak dan masukkan garam secukup rasa.

Inilah rupa sos spaghetti yang telah masak

b) Penyediaan Spaghetti 

1). Panaskan air di dalam periuk (paras air boleh sendiri agak)
2). Masukkan minyak jagung sedikit.
3). Bila air dah mendidih, boleh lah dimasukkan spagehetti.
4). Tunggu sehingga masak.
5). Bila dah masak, angkat dan toskan (boleh lah ditaburkan dengan daun parsley tersebut).

Selesai memasak, boleh lah disediakan untuk hidangan dan dimakan bersama keluarga.

Inilah spaghetti Bologneese yang i masak untuk dinner malam tadi.

No comments: