Tuesday, May 29, 2012

Chuck Series

Bagi sesiapa yang ada melanggan Astro Channel mesti familiar dengan action-comedy/ spy drama 'Chuck' dari US ni. Tayangannya pada setiap hari selasa, jam 10 mlm, chanel AXN. My hubby dan i memang follow citer ni dari season 1 lagi. Disebabkan tak sabar nak tunggu tayangan kt Astro untuk next season, my hubby akan download kt internet, selalunya kt US tayangannya lagi awal. Kalau Astro kita tayang season 1, kat US dah tayang awal episod untuk season 3. So, sebelum Season 5 ditayangkan kt Astro, my hubby dah awal2 lagi download kat internet sebab tak sabar nak menunggu untuk episod seterusnya. Jadi bila Astro tayang je, kitaorang pun tak de lah ralat sangat kalau termissed untuk satu episod or dua episod, kalau missed tu we all keluar makan kt luarlah, kalau tidak, tak sanggup i nak tinggalkan series ni. Dalam series ni mestilah i suka tengok Sarah Walker dengan Chuck lah, suka tengok diaorg ni bercouple (ada ke perkataan ni?), memang padan sangat2. Ok lah i citer sikit sinopsis series chuck ni kat sini sikit, kalau nak citer semua, alamak tak cukup 1 hari.

Chuck (Zachery Levi) ni seorang yang pakar mengenai komputer dan bekerja di Nerd & Hard, BuyMore. Kisah Chuck ni bermula, apabila kawan Chuck, Brice telah mencuri intersect CIA dan menghantarnya kepada kepada Chuck melalui email, intersect ni adalah satu rahsia oleh CIA. So, CIA dapat detect yang intersect ni dihantar kepada Chuck, Bos CIA, General Beckman telah menghantar 2 orang ejen CIA iaitu Sarah Walker (Yvonne Strahovski) dan John Cassey (Adam Baldwin) untuk menjaga Chuck. Dari sinilah bermula perkenalan Chuck dengan Sarah Walker. Series ni banyak melibatkan aksi, terkejut i tengok gaya Sarah Walker apabila dia berlawan dengan penjenayah, memang bestlah...tp yang lagi best bila bab2 cinta Sarah Walker dengan Chuck lah..hi..hi..Chuck ni jenis kelakar sikit, so aksi selamba dia kadang2 memang geli hati, apalagi kalau dia berhadapan dengan John Cassey yang garang dan tegas tu. Chuck pula ada seorang kakak yang very loving and care about him, Ellie namanya dan seorang kawan dari kecik lagi Morgan. Nanti i nak beli lah dvd for full series Chuck ni, nak simpan buat koleksi peribadi. Agak2 lah berapa harga dvd tersebut,  mestilah kena survey dulu berapa harganya.  


Ni lah Chuck dan Sarah...Sweetkan couple ni?


Inilah aksi mereka berdua.

Cantikan Sarah Walker/ Sarah Lisa Bartowski ni, nama sebenar Yvonne Strahovski
Salah satu adengan romantik antara Chuck dan Sarah dalam series tersebut.
Chuck bersama kawan baiknya Morgan

No comments: