Puteri Kesayangan, Nur Athirah Hana yang diberi susu ibu secara eksklusif selama 10 bulan (Foto ini di ambil semasa berumur 4-5 bulan) |
Malam ni i nak share kat sini mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 10 bulan pada puteri kesayangan i. Memang awal2 i pregnant lagi i dh niat nak berikan susu ibu pada baby i ni. Yang first i hanya dapat bagi selama 4 bulan sahaja, memang ralat sangat2, tp may be rezeki i banyak tu je masa tu dan juga masa tu ilmu mengenai penyusuan susu ibu ni tak cukup, i tak banyak pendedahan mengenai dunia susu ibu ni. Lagipun masa tu i tak de pam susu yang mcm sekarang ni, memang banyak membantu.
Sebelum bersalin anak kedua ni, i banyak search kt internet untuk dapatkan info2 mengenai susu ibu selain dari membaca majalah2 dan buku2 mengenai susu ibu dan bertanya dengan seorang kakak kt ofis i yang memang dapat menyusukan babynya dengan susu ibu selama 2 tahun, kredit pada Kak Tim yang banyak mengajar i bagaimana cara membanyakkan susu, cara penyimpanan, apa yang patut dilakukan semasa baby menyusu dan apa yang tak patut, pemakanan yang sihat untuk susu yang sihat dan juga mengenai supplement yang patut diambil bagi ibu-ibu yang menyusukan baby untuk kekal sihat dan bertenaga.
Semasa di dalam tempoh pantang, i memang bagi direct kt baby tetapi bila tengah malam semasa baby sedang nyenyak tidur, i akan bangun untuk pam susu menggunakan pam manual berjenama Avent untuk disimpan sebagai stok. Alhamdulillah, hasilnya ada walaupun susu i tak semeriah orang lain, tapi i nekad akan berikan susu ibu sahaja pada baby i kali ni. Setiap kali i pam pada waktu malam, i hanya akan dapat dalam 2 atau 3 oz sahaja, tapi i selalu call Kak Tim untuk dapatkan nasihat dan bertanya adakah itu normal? risau takut susu i tak cukup untuk baby i nanti. Menurut Kak Tim awal2 ni susu ibu tak banyak, itu adalah normal. Pengeluaran susu ibu pun mengikut keperluan baby.
Setelah i mula masuk kerja, i start gunakan pam elektrik, i beli pam Medela Swing secondhand dengan kawan i Zita, i memang suka sangat2 dengan pam ni, i boleh dapat dalam 5 oz setiap kali pam dengan menggunakan pam ni dan i pernah skip satu sesi mengepam, dan bila i pam next sesi tu i dapat 9 oz, Ya Allah, syukur sangat2 masa tu, banyak rezeki anak i pada hari tu. Semasa bekerja, i ada buat jadual mengepam sendiri, untuk 1 hari i akan pam 3 kali. I boleh dapatlah dalam 10-15 oz sehari. Masa tu umur anak i dalam 3 hingga 5 bulan.
Semasa umur anak i 5 bulan, i beli lagi satu pam baru, Medela Freestyle. Kali ni i beli yang baru secara kutu, harganya dalam RM1,734.00 termasuk bayaran pos. Pam ni lagi membantu i dan dapat menjimatkam masa. Dengan pam ni i pernah dapat 10 oz sekali sesi mengepam. Syukur pada Allah sangat2...
I guna pam Medela freestyle ni sampai umur anak i 10 bulan, di samping itu juga i ada mengambil supplement daripada Sharklee iaitu Set Penyusuan B untuk membantu i dalam menjayakan misi penyusuan ini. Semasa dalam bulan puasa pun, i still bertenaga dan dapat menyusukan baby dan juga boleh dapat dalam 7 oz pada waktu pagi dan 5-6 oz bila petang semasa sesi mengepam kt ofis.
Tapi bila umur baby i dah hampir 11 bulan, i dah mula keluar outstation, i terpaksa skip masa mengepam dan kadang-kadang disebabkan berada diluar ofis, i tak dapat mengikuti rutin jadual mengepam yang sedia ada. Pernah i terpaksa membawa beg pam (dalam tu memang lengkap i simpan pam, chiller dan botol) pegi ke bangunan Parlimen disebabkan satu mesyuarat di adakan di sana, tetapi bila i outstation ke Kota Kinabalu, i terpaksa meninggalkan pam i kat rumah. Pada masa itu i pergi dalam tempoh yang agak lama lebih kurang 3 hari, sebabnya i fikir tak tahu dimana i nak letak susu perahan tu nanti. Pada masa itu, memang sakit lah i punya B*****, i terpaksa tuam menggunakan tuala yang suam untuk meredakannya dan memerah menggunakan tangan untuk mengatasi masalah bengkak susu. I ada baca kat blog http://www.izzahazfar.blogspot.com/ macamana dia handle susu perahan bila travel, tp rasa mcm tak confident je nak buat. Betul kata Kak Tim, bila permintaan banyak, pengeluaran pun banyaklah...konsep penyusuan ni sebenarnya simple je, Supply and Demand je. Baby i stop menyusu susu ibu semasa umurnya hampir setahun. Alhamdulillah, i berjaya menyusukan baby i dalam tempoh hampir 1 tahun, walaupun niat i untuk menyusukannya selama 2 tahun tidak berjaya. Walaupun i tak berjaya tapi i bangga dengan diri i, kerana i ada peluang untuk menikmati saat-saat indah semasa tempoh penyusuan. Di samping itu juga my hubby tercinta pun turut memberi sokongan untuk i menjayakan misi penyusuan ini. Terima kasih pada papa sebab sanggup menemani mama ke kedai-kedai baby yg selalu kita pg Fabulousmom dan Babyjaya di TTDI, One Baby World di Taman Permata dan Manjaku di Sungai Buloh, kadang-kadang pegi pun bukan nak beli tapi just jamu mata...hi..hi...Thanks Papa.
Inilah pam yang i gunakan semasa di dalam pantang |
Lastest i gunakan yang ini, i beli secara kutu. Ini gambar dari internet yang i dapat sebab yang i punya dah simpan elok2 pam ni untuk gunakan pada anak No. 3 pulak. Insya Allah |
Inilah bekalan untuk baby i setiap hari semasa i pegi kerja |