Apa jadi dengan layout blog aku kali ni??? bunga sakura dengan background hitam. Sebenarnya hari ni aku dah kurang kerja sikit, memo approval yang patut aku settlekan sebelum dateline Mei pun aku dah settle, dah submit kat my bos to get GM signature, so boleh la ari ni aku main-main sikit. Disebabkan aku ada masa nak godek-godek internet ari ni, aku terjumpa lak blog yang menawarkan 'free template'. Kepada kawan-kawan aku yang berminat untuk menukar layout blog layarila website http://smittenblogdesigns.blogspot.com/ or scroll ke bawah di blog aku, nampak logo smittenblog, klik je kat situ pun boleh. Ok, guys....check it up!!!!
Wednesday, March 11, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Jenguk Haziq Di Nursery
Jeng...jeng... tengok apa yang Haziq buat kat Nursery... sebenarnya foto di atas dirakam ketika Haziq tidak menyedari kedatangan kami. Sebenarnya, masa ni aku dan husband nak amik haziq selepas waktu kerja. Ye la... nak gak 'spotcheck' apa yang Haziq buat dan apa yang nursery dedahkan kat anak aku ni... syukurla dia ajar perkara2 yang baik... tapi aku tawakal pada Allah SWT, ni yang aku nampak, yang aku tak nampak banyak lagi... sepanjang peninggalan aku dan husband pegi kerja, aku totally mengharapkan nursery ni untuk menjaga Haziq. Harap-harap pekerja di nursery ni dapat menjaga Haziq dengan baik...faham2 la tempat ramai kanak-kanak...maybe ada gak yang terlepas pandang...kita ni manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pernah 1 hari, Haziq kena gigit kat belakang badan, salah seorang pengasuh tu beritahu aku dan meminta maaf di atas kelalaiannya... aku tak marah pun, aku tahu dia pun tak sempat nak jaga dan belek Haziq 100%, kanak-kanak lain pun ada gak yang nak dijaga. So, aku faham situasi mereka. Anyway, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pengasuh2 nursery Small Qalif yang telah menjaga Haziq dari umur 6 bulan sampai sekarang, dan aku berpuashati dengan cara jagaan mereka (hal2 kecik tu aku buat tak tahu je la.. kalau nak amik kira banyak la ceritanya pulak). Thank you so much Bibik (Haziq manja nak dukung je), Kakak Widya, Kakak Yani, Ibu, Mummy Hani dan Kak Fida.
Tuesday, March 3, 2009
Nurbarakah Collection
Apa trend tudung sekarang? kalau soalan ni yang ditanya mestilah jawapannya ialah 'Tudung Ikin' kan. Antara syarikat yang mengeluarkan produk seperti ini seperti Ariani, Munnawwrah, Hajaba dan yang terkini ialah Ratu, tetapi aku tak pakai yang brand tu sumer, aku lebih selesa mengenakan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection'. Kualiti produk 'Nurbarakah Collection' ni sama level la dengan Ariani, tapi harga dia jauh lebih murah daripada Ariani, Munnawwarah dan Hajaba. Aku dapat tahu daripada kakak aku (dulu pengunjung setia Ariani, sekali pegi Ariani, dia habiskan RM1,000 untuk 10 helai tudung) harga sehelai tudung Nurbarakah jual RM45, tapi Ariani jual RM75. Material yang digunakan lebih kurang sama 'Thai Silk' as awning and body use a material 'Licra' or 'Spandex' type. Kakak aku secara automatic terus beralih arah bila aku memperkenalkan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection', tak pegi lagi kedai Ariani tu, order dengan aku je. Jenis tudung yang dikeluarkan oleh 'Nurbarakah Collection' ni pun sama dengan keluaran Ariani, Munnawwarah dan Hajaba, ada yang plain colour (many type of colour) dan ada yang bercorak. Harga kedua-dua jenis tudung ni sama RM45 bagi saiz S dan M, manakala bagi saiz L, harga dia mahal sikit (aku pun tak tahu, sebab tak pernah beli). So, guys kalau ada yang berminat dengan tudung keluaran 'Nurbarakah Collection' ni bolehlah menghubungi aku sebab aku dah jadi wakil penjual bagi 'Nurbarakah Collection' ni. Sebelum aku jadi wakil penjual ni, aku dah banyak beli dengan kakak yang owner 'Nurbarakah Collection' ni. Sememangnya aku amat berpuas hati dengan tudung-tudung keluarannya. Bila aku pakai, aku rasa sangat selesa. Tapi aku tahu, mesti lain orang lain pendapatnya... tepuk dada tanya selera....
Monday, March 2, 2009
Tenang Ketika Gawat
Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku. Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;
2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".
3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);
4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia ";
5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Subscribe to:
Posts (Atom)