Thursday, January 24, 2013

Hokkaido White X'Mas Love Story 17-26 Dec 2012 Part 2

Fuh...lama betul menunggu i untuk update sambungan citer di Hokkaido...sowyyyy....sangat-sangat. Banyak urusan rumah tangga dan pejabat yang terpaksa i utamakan dulu. Now dah lega sikit...Ok, pada hari kedua after breakfast, i dan rombongan akan meninggalkan Hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Maharoba Natural Hot Spring menuju ke Sapporo City iaitu ibu negeri Hokkaido. Perjalanan kami memgambil masa 2 jam, tetapi sebelum sampai ke Sapporo City kami sempat menyinggah di Otaru untuk shopping dan makan-makan. Dari Otaru ke Sapporo City hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Kami diberitahu oleh Tourist Guide di Otaru ada satu kedai yang menjual Creampuff dan Ice-Cream yang paling sedap di Otaru, kalau tak rasa memang rugi. Dalam fikiran i dan hubby dah set 'mesti rasa ni!'.Jangan tak percaya di Otaru ni kami dibawa shopping di pasaraya Aeon macam ada kat Malaysia (ye la Aeon tu asalnya daripada Jepun). Selepas habis bershopping sakan di Otaru ni, kami dibawa ke Hotel Tokyo Dome Of Sapporo, iaitu hotel tempat kami menginap selama 2 malam semasa berada di Sapporo City. Selepas selesai urusan check in dan masukkan barang-barang dan beg-beg pakaian dalam bilik hotel, kami dibawa ke Restoran untuk makan malam.

Sebelum berangkat meninggalkan Hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Maharoba Natural Hot Spring
Singgah sebentar di RNR

Dihadapan Clock Tower Otaru City
Dalam salah satu kedai 'Souvenir' di Otaru City
Dihadapan Kedai Creampuff yang famous di Otaru
Tengok Creampuff yang banyak dibelakang kami ...yum..yumm..

Dihadapan kedai Ice-Cream yang famous sambil menunggu hubby belikan ice-cream

Dalam pasaraya Aeon
Decoration for Christmas di lobi utama hotel
Inilah Bilik Kami di Hotel Tokyo Dome of Sapporo

Tuesday, January 22, 2013

Cuti-Cuti Di Johor Bahru

Pada 05/01/2013, hari sabtu i kena present thesis untuk Projek Sarjana Muda 1 di UTM Skudai. I bertolak dari KL pada hari jumaat petang after hubby selesai solat jumaat. Keadaan traffic ok je, lagipun hubby i tak nak speed sangat sebab tak rushing. I selamat sampai di JB jam 8.00 malam, hanya berhenti rehat di Pagoh sekejap. My hubby dh biasa dengan bandar JB ni sebab dulu dia pn study kt UTM skudai, so i tak payah risau dan susah hati nk cari tempat makan kt JB ni. Untuk makan malam, my hubby ajak makan di Anjung Warisan, tempat makan yang terkenal jgk lah kt area JB ni disebabkan satu keunikannya yang tiada di restoran sekitar iaitu makan di atas pokok...(ha..ha.. mcm kelakar pulak).  Harga makanan pun tak mahal, kira berpatutan lah...malam tu untuk makan malam, kami order 3 Nasi Putih, Tomyam Campur, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit dan 2 Telur Mata Kerbau untuk anak-anak. Minuman pulak 2 Bandung Soda dan Jus Apple Hijau. Jumlah bil kami hanya RM85++. Murahkan!

My hubby tengah berselera makan

Anak-Anak i sempat bergambar dipintu masuk restoran

Suasana dalam Restoran Anjung Warisan
Nak tahu restoran ni kat mane? Ok, i bagi address untuk sapa-sapa yang nk try masakan di sini.  

Restoran Anjung Warisan 
JKR 296, Jalan Petri, Kampung Tarom
80100 Johor Bahru

Selesai makan malam, i terus ke Tune Hotel untuk menginap. Esok kena bangun awal bagi sebab presentation i start jam 8.00 pagi. My turn pulak pukul 11.00 pagi, malam ni dah tak lena tidur sebab hati berdebar2 dan risau untuk presentation besok.

Pagi-pagi lagi i dah bangun dan siapkan anak-anak i, kebetulan hubby i ada meeting di site Batu Pahat, so terpaksalah anak-anak i hubby bawa ke Batu Pahat dan minta tolong staff hubby i yang jaga. I pulak hubby hantar ke UTM dan i stay kt UTM sampai jam 3 petang selepas seisi presentation selesai. 

Ahad 6/01 - hubby dah plan nak bawak anak-anak pegi Puteri Harbour Family Theme Park, nak tengok Hello Kitty dan Thomas. So, seawal jam 8.00 pagi kami dah checkout dari Hotel. Breakfast di Toast & Toast Cafe dan proceed to Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya. Kami sampai di Puteri Harbour seawal jam 10.00 pagi. Elok sangat lah sebab theme park ni pun dibuka jam 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Nak masuk theme park ni kena beli tiket dulu kat entrance area. Harga Tiket dewasa dan kanak-kanak umur 4 tahun ke atas RM85 untuk masuk dua-dua tempat iaitu Hello Kitty Town dan The Big Club. Tapi kalau nak masuk salah satu tempat di atas harga tiket RM50 (tapi kalau tiba2 berubah fikiran nak masuk dua-dua tempat pada hari yang sama hanya add on RM35 saja lagi). 

Hari tu i sempat masuk The Big Club saja sebab hubby dah bagi limit time, jam 2 mesti kena gerak balik KL untuk mengelak situasi jem di Tol Sungai Besi. Dalam The Big Club ada banyaklah karekter kartun yang kanak-kanak suka seperti Barney, Pinggu, Bob The Builder, Angelina The Balerina dan Thomas & Friend. Anak i yang sulung paling suka lah sebab papa ikut cakap dia masuk The Big Club, kalau ikut mama nak masuk Hello Kitty Town (tak pe lah, lain kali turn mama dan adik Hana pulak masuk Hello Kitty Town). The Big Club ni ada 2 tingkat.

First show yang kami tengok dalam The Big Club ialah Barney Show, second dapat tengok Angelina The Balerina show, part ni paling best sebab kanak-kanak boleh ikut serta belajar ballet dengan Angelina. Hana pun join belajar Ballet, sebelum class belajar ballet start, setiap kanak-kanak yang berminat akan diberi satu tutu dan magic stick. Kiut je tengok kanak-kanak belajar ballet dengan Angelina. Selepas habis menari ballet, seisi fotografi dengan Angelina di adakan. Hana pun sempat  bergambar dengan Angelina. 

Then, kami pergi part Thomas & Friend, kat sini part anak lelaki i. Banyaklah character Thomas & Friend kat sini seperti Thomas, James, Berthie, Harrod dan ramai lagi lah. Kat sini i dengan anak lelaki i naik Bumper Car, Hana tak dapat join sebab tak melepasi tahap piawaian kemasukan, jadi hubby terpaksalah jaga Hana. 

Penat-penat main mesti rasa lapar kan, tak payah nak pergi jauh-jauh cari makan, kat dalam The Big Club ni ada disediakan satu cafe, Mc Burn Cafe namanya. Menu makanan kat sini ala-ala cam McDonald lah, ada burger, ayam goreng, fries cuma bezanya disini ada nasi dengan sup. Selepas makan, hubby bagi kebenaran pada anak-anak i untuk sambung bermain. Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan Bob The Builder. Gambar-gambar kami semua di ambil oleh photographer yang bertugas kat dalam The Big Club ni. I beli 3 keping gambar kami yang lengkap dengan paper frame berharga RM70. Reasonable lah kan....Selepas pada itu kami pun bergerak pulang ke KL. 

Gambar-gambar kat bawah ni i ambil dengan telefon iphone 4S je sebab hubby terlupa nak bawak kamera. 

Sambil menunggu hubby queue beli tiket, ambil gambar dulu
Hana sedang menunggu ketibaan Angelina The Balerina untuk menari Ballet
Hana dengan Angelina
Anak-anak i dengan Thomas
Naik Train
Bob The Builder
Haziq dengan muka penat
   
Nanti nak datang lagi, nak masuk Hello Kitty Town pulak....encik hubby ingat tau!!!
    

Friday, January 4, 2013

Hokkaido White X'mas Love Story 17-26 Dec 2012 Part 1



Sebagai penutup tirai tahun 2012, i dan family turut serta dalam 'Company Trip' company husband i ke Hokkaido, Jepun. Kami bertolak dari KLIA pada 17 Dis 2012, jam 12.00 malam dan sampai di Chitose Aiport, Hokkaido jam 8.30 pagi 18 Dis 2012, perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Kami tidak transit mana2 tempat, direct ke Hokkaido disebabkan penerbangan ini disewa khas oleh company tempat husband i kerja.

Di Hokkaido semasa kami pergi ni musim salji, dari tingkap flight semasa flight landing, i nampak salji memutih di sana sini, dalam hati i memang seronok, maklumlah tidak pernah merasai...hi..hi..Seramai 267 orang (termasuk isteri, suami dan anak2 staff) yang ikut serta dalam company trip ni, sampai di Chitose Airport kami di sambut oleh Hokkaido Tourism Organisation dan setiap orang diberi goody bag yang mengandungi risalah2 dan peta-peta perjalanan di Hokkaido. Okey, i explain dulu Hokkaido ni kat mana...sebab apa...sebelum my husband bagitahu yang company trip this year akan pergi ke Hokkaido, Jepun, i tak pernah tahu pun nama tempat ni ada di Jepun...(boleh macam tu pulak), selepas diberitahu oleh my husband je, i terus lah search kt internet pasal Hokkaido ni...

Hokkaido terletak di utara Jepun, negeri yang paling luas di Jepun. Ia dikelilingi oleh Laut Jepun, Laut Okhotsk dan Laut Pasifik. Di Hokkaido ada banyak hutan dan ladang. Alam sekitar di situ bagus. Sapporo ialah ibu negeri Hokkaido. Di Sapporo ada banyak tempat-tempat yang menarik. Contohnya, Menara TV, Menara Jam, Taman Ōdōri. Menara Jam ialah simbol Sapporo tetapi sekarang, menara itu tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tempat untuk pelancongan sahaja.

Pada musim sejuk, Sapporo ada banyak salji. Bandar semua jadi putih. Di Taman Ōdōri, diadakan Pesta Salji pada bulan Februari. Banyak patung salji dibuat di situ. Ramai orang datang dari mana-mana dan melawat pesta itu. Pada waktu itu sangat sejuk tetapi Pesta Salji sangat terkenal. Salji di Sapporo sungguh indah. 

Salji di Odari Park, Sapporo City

Itulah serba sedikit gambaran tentang negeri Hokkaido di Jepun yang i dapat dari sumber internet. Sebaik selesai semua urusan di Airport Chitose, kami dipisahkan kepada 5 group untuk menaiki 5 buah bas yang disediakan dan setiap group mempunyai 2 orang tourist guide. Kami dibawa ke hotel Noboritse Natural Onsen Resort/Mahoroba Natural Hot Spring dulu untuk check in untuk menginap 1 malam dan meninggalkan beg-beg pakaian (maklumlah beg banyak dan besar2, banyak bawa baju sebab nak pakai berlapis2 takut sejuk, tambah lagi dengan winter cot, mana tak banyak beg) yang dibawa terlebih dahulu. Selepas itu, jam 12.00 tengahari (waktu di Hokkaido), waktu cuma beza 1 jam lebih awal dari Malaysia, kami dibawa untuk menikmati makanan tengahari di Jidaimura Restaurant. Makanan yang kami makan di sini adalah Seafood, dan telah siap dihidangkan untuk rombongan kami. Selepas makan, kami dibawa berjalan-jalan di Typical Japanese Edo Dynasty Samurai & Ninja Theme Park Village, di sini macam satu perkampungan orang-orang Jepun zaman dulu2 yang kita tengok kt TV yang dibina khas untuk pelancong dan generasi baru mempelajari adat dan tradisi Jepun. Disini juga kami sempat menonton persembahan ala-ala teater Samurai dan Ninja, tapi bahasa yang diaorang tuturkan tu i tak faham lah...just tengok aje lah...

Selesai menyaksikan teater Samurai dan Ninja tadi, kami dibawa berjalan2 di dalam kawasan theme park village ni...semua kawasan penuh diluputi salji. Jam 4, kami bergerak balik ke Resort, disebabkan cuaca di sini sejuk, jam 4 petang dah macam maghrib kat Malaysia, dah start nak malam. Jam 6.30 petang kami telah dihidangkan dengan hidangan malam. Untuk dinner malam tu dihotel tempat kami menginap, kami diwajibkan memakai pakaian tradisonal jepun yang dipanggil 'Yakuta'. Untuk hari pertama inilah aktiviti i dan family disini. Jom kita jamu mata dengan tengok gambar-gambar yang sempat i 'snap'....

Dalam Flight ke Hokkaido


Tiba di Chitose Airport, Hokkaido
                              
Salji memenuhi kawasan Airport


Lunch di Jidaimura Restaurant

Didalam Typical Japenese Edo Dynasty Samurai & Ninja Theme Park Village


Memakai Yakuta untuk Dinner
Tempat tidur kami di atas Tatami pada malam itu..hi..hi..

Thursday, January 3, 2013

Teater Muzikal Tun Dr. Siti Hasmah (Dari Hati Seorang Perempuan)





Pada 14 Nov 2012 (Rabu), jam 8.30 malam, i dan my sister (my sister yang belanja, thanks sis) menonton teater muzikal Tun Dr. Siti Hasmah (Dari Hati Seorang Perempuan) di Panggung Sari, Istana Budaya. Siapa yang tak kenal dengan Tun Dr. Siti Hasmah ni?...i sure tiada siapa yang tak kenal...bekas isteri Perdana Menteri ke-4, Tun Mahathir Muhamad ni. Pemimpin yang paling banyak berjasa membangunkan negara kita Malaysia. Okey, i tak nak citer pasal biodata Tun M, klu u all nak baca pasal Tun M, bolehlah u all pegi MPH dan dapatkan Buku yang famous pasal Tun M tu...apa tajuk dia??? ala...lupa lah...jap2 i search kt internet...hi..hi... dah jumpa!, buku tu bertajuk "Che Det".

Jom, i nak story pasal pengalaman i menonton teater untuk pertama kali ni...seronok rasanya...sebab apa??? sebabnya pelakon pujaan i yang cantik tu ada...sapa lagi kalau bukan Lisa Surihani. i dan my sister dapat seat row yang ke-5 dari stage, so i boleh nampak dengan jelas setiap gerak-geri pelakon di atas pentas. Dalam teater ni, Lisa Surihani memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah sewaktu remaja dan bergandingan dengan Nazim Othman sebagai Tun M, of course lah waktu remaja jugak. Eja pulak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah hari ini berpasangan dengan Esma Daniel sebagai Tun M. Teater ini menceritakan kisah hidup Tun Dr. Siti Hasmah sewaktu remaja bermula daripada beliau menuntut ilmu di Medical College of Singapore sehinggalah kehidupan beliau sekarang...memang best sangat!!! macam tak puas je tengok sekali, ada sapa2 nk belanja i lagi tak???

Kalau tak silap i, Erma Fatima yang buat skrip dan mengarah teater ni...kalau silap, tolong maafkan ye...Tahniah dan syabas pada Erma Fatima yang berjaya menghasil satu karya yang cukup bagus pada i lah, i bukan orang seni, so level pengiktirafan i berbeza dari yang pakar. i tak nak citer panjang2 sebab i pasti u all pun dah tahu jalan citer teater ni kan? pada mereka yang menonton teater ni lah...pada yang belum, klu next time ada lagi, jgn lupa cepat2 dapatkan tiket untuk menonton. Jom kt tengok satu poster khas pelakon utama untuk teater ni, macam real tak???

Nazim Othman, Lisa Surihani, Eja dan Esma Daniel