Weekend ni i masak nasi ayam untuk lunch kami sekeluarga. Dah lama benar rasanya i tak masak nasi ayam ni. Yelah, kalau weekend je mesti i busy nak pegi kelas. Tapi sekarag ada masa sikit sebab i baru habis final exam untuk semester II ni last week. Start kelas balik untuk Sem III pada 06hb Julai, so i ada time lagi untuk seronok-seronok dengan family i di hujung minggu...hi..hi...
Nak tahu apa apa bahan yang i gunakan untuk masak nasi ayam ni, jom...
a) Bahan yang digunakan untuk memerap ayam :-
1. Ayam (ikut sukatan berapa orang yang nak makan)
2. Serai
3. Bawang Putih
4. Halia
(Bahan 2-4 diblend)
5. Sos Tiram
6. Sedikit Kicap
7. Garam Halus
(Kemudian digoreng)
b) Bahan-Bahan untuk menumis nasi :-
Beras dibasuh berasingan (i gunakan rice cooker elektrik je, lagi senang)
1. 1 ulas Bawang Besar
2. 2 ulas Bawang Putih
3. Halia
4. Kulit Kayu Manis
5. Bunga Lawang
6. Biji Limau
( Bahan 1-3 ditumbuk dan ditumis di dalam periuk bersama bahan 4-6 supaya naik bau)
7. Daun Pandan
c) Bahan-bahan untuk Sup :-
1. Bahagian ayam yang bertulang
2. Bawang Putih, Bawang Merah dan Halia
3. Lada Hitam
4. Kiub Ayam Maggi
5. Ubi Kentang & Carrot
(Bahan 2 dan 3 ditumbuk bersama dan ditumis)
d) Sambal Cili :-
1. 5 biji Cili Besar
2. 5 biji Cili Pada
3. 4 ulas Bawang Putih
(Diblender dan ditumiskan dengan minyak, masukkan air sedikit, bila mendidih masukkan garam dan sedikit gula)
e) Sambal Kicap :-
1. Kicap Manis dan Masin Kipas Udang
2. 1 ulas Bawang Putih
(Ditumis dengan minyak, masukan air biarkan mendidih dan tutup dapur)
f) Sayur-sayuran/Ulam-ulaman :-
Tomato, Timun dan Daun Salad.
Nak tengok macamana rupa nasi ayam i bila dah masak? Lihatlah gambar-gambar dibawah ni...
Jom makan, ni untuk lunch je, malam ni i nak ajak my hubby makan Yazid's Burger yang famous di Seksyen 7, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment