Monday, June 4, 2012

Vegie Cucur / Cucur Sayur

Untuk dinner malam ni, my hubby minta i buatkan cucur sayur, katanya tak nak makan berat untuk malam sebab lunch tadi dah makan nasi berlaukan kurma ayam dan udang sambal. So, i dengan riang hati mengganguk tanda setuju. Resepi cucur sayur ni i reka sendiri, tapi i tak pastilah kalau di luar sana memang ada cucur sayur ni...hi..hi..

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya pun mudah dan senang didapati, kalau kat rumah i, bahan-bahan ni memang wajib ada dalam fridge. Nak tahu bahan apa yang i gunakan, jom...

Bahan-Bahan :-

1. Tepung Gandum
2. Carrot 1/2 batang
3. Daun Kuchai
4. Telur 1 biji
5. Ikan Bilis Kecil (dibelah)
6. 1 ulas bawang besar merah
7. Sedikit serbuk kunyit (untuk warna) 
8. Sedikit garam (ikut citarasa)

* Carrot dan bawang besar merah tersebut dipotong dadu nipis / ikut citarasa sendiri (i lagi suka potong dadu) manakala daun kuchai dipotong dalam jarak 1/2 inci.  

Cara-Cara :-

1. Ikut cara i senang je, campurkan sebuah bahan-bahan tadi di dalam satu bekas dan masukkan air, kacau hingga sebati. Boleh diagak, bancuhan tersebut jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, dan dengan menggunakan sudu besar sebagai sukatan bolehlah masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali. Saiz cucur mengikut citarasa sendiri, kalau nak besar masukkan banyak sikit tapi kalau nak kecil elok guna sudu tea (mesti comel-comel cucur tu nanti).

3. Bila dah agak-agak kuning, maknanya dah masak lah tu, bolehlah diangkat dan tuangkan bancuhan seterusnya. 

4. Cucur-cucur yang dah masak tu, i akan toskan dulu untuk keringkan minyak. Selepas itu boleh lah dihidangkan. Cucur sayur ni lagi sedap dimakan kalau ada pencicahnya. I selalu gunakan sos cili Maggie sebagai pencicah. 



Inilah bancuhan cucur sayur
Cucur sayur yang telah masak



Dihidangkan dengan minuman milo panas

 

No comments: