Saturday, June 23, 2012

Nasi Ayam Special

Weekend ni i masak nasi ayam untuk lunch kami sekeluarga. Dah lama benar rasanya i tak masak nasi ayam ni. Yelah, kalau weekend je mesti i busy nak pegi kelas. Tapi sekarag ada masa sikit sebab i baru habis final exam untuk semester II ni last week. Start kelas balik untuk Sem III pada 06hb Julai, so i ada time lagi untuk seronok-seronok dengan family i di hujung minggu...hi..hi...

Nak tahu apa apa bahan yang i gunakan untuk masak nasi ayam ni, jom...

a) Bahan yang digunakan untuk memerap ayam :-

1. Ayam (ikut sukatan berapa orang yang nak makan)
2. Serai
3. Bawang Putih
4. Halia
(Bahan 2-4 diblend)
5. Sos Tiram
6. Sedikit Kicap
7. Garam Halus
(Kemudian digoreng)

b) Bahan-Bahan untuk menumis nasi :-

Beras dibasuh berasingan (i gunakan rice cooker elektrik je, lagi senang)

1. 1 ulas Bawang Besar
2. 2 ulas Bawang Putih
3. Halia
4. Kulit Kayu Manis
5. Bunga Lawang
6. Biji Limau
( Bahan 1-3 ditumbuk dan ditumis di dalam periuk bersama bahan 4-6 supaya naik bau)
7. Daun Pandan

c) Bahan-bahan untuk Sup :-

1. Bahagian ayam yang bertulang
2. Bawang Putih, Bawang Merah dan Halia
3. Lada Hitam
4. Kiub Ayam Maggi
5. Ubi Kentang & Carrot
(Bahan 2 dan 3 ditumbuk bersama dan ditumis)

d) Sambal Cili :-

1. 5 biji Cili Besar
2. 5 biji Cili Pada
3. 4 ulas Bawang Putih
(Diblender dan ditumiskan dengan minyak, masukkan air sedikit, bila mendidih masukkan garam dan sedikit gula)

e) Sambal Kicap :-

1. Kicap Manis dan Masin Kipas Udang
2. 1 ulas Bawang Putih
(Ditumis dengan minyak, masukan air biarkan mendidih dan tutup dapur)

f) Sayur-sayuran/Ulam-ulaman :-

Tomato, Timun dan Daun Salad.

Nak tengok macamana rupa nasi ayam i bila dah masak? Lihatlah gambar-gambar dibawah ni...





 Jom makan, ni untuk lunch je, malam ni i nak ajak my hubby makan Yazid's Burger yang famous di Seksyen 7, Shah Alam.

Wednesday, June 20, 2012

Bihun Goreng Singapura & Milo Dinosour

Bihun Goreng Singapura untuk dinner malam ni, menu ni i fikir dalam kereta masa on d way balik dari kerja petang tadi. Lagipun my hubby tak suka makan berat-berat sekarang ni untuk malam, nak jaga badan katanya...hi..hi..(samalah dengan i). Jom kita tengok apa bahan-bahan yang i perlukan untuk masak Bihun Goreng Singapura ni.

Bahan-Bahan yang diperlukan ialah :-

- Setengah kampit Bihun Cap Bintang  (direndam di dalam air terlebih dahulu supaya ia lembut)
- 7 ulas Bawang Putih
- 1/2 sudu kecil Lada Hitam 
- Udang
- Sotong
- 2 biji Telur 
- Carrot (dipotong panjang dan agak halus)
- Sawi
- Osyter Sos
- Garam

Cara Memasak :-

i rasa u all pun tahu macamana nak goreng bihun kan, mula-mula tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk. Biarkan sehingga naik bau. Masukan udang dan sotong kacau sehingga masak. Pecahkan telur, kacau lagi. Masukkan Oyster Sos tadi. Kemudian masukan air sikit (tak nak bagi bahan-bahan tersebut kering). Biarkan dalam 3 minit, bolehlah masukan carrot dan sawi pula, kacau lagi. Bila agak-agak carrot dan sawi tu masak bolehlah dimasukan bihun yang telah lembut tadi. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukan garam, bolehlah dirasa...agak-agak dah sedap tutup dapur dan bolehlah dihidangkan...senangkan!

Sebagai penambah rasa pedas, bolehlah dipotong cili padi dan dicampurkan dengan kicap masin, i tak letak cili dalam bihun goreng tadi sebab anak i yang sulung tak boleh makan pedas lagi. Sebagai hiasan bolehlah dipotong cili besar dan ditaburkan bawang goreng di atasnya.

Kalau dah makan mestilah ada minuman, tak kan tak nak minum pula, tercekik pulak nanti. Untuk minuman, i buatkan Milo Dinosour, nak tahu Milo Dinosour ni macamane...ala kalau u all makan kat gerai-gerai mesti dah biasa dengar nama minuman ni. Milo Dinosour ni ialah Milo Ais yang ditaburkan di atasnya serbuk milo, i pun tak tahu nape jauhnya benor nama yang dibagi...kenapa tak panggil je Milo Ais Serbuk Milo...kan jelas tu..hi..hi...

Bihun Goreng Singapura yang telah dimasak dan Sambal Kicap...yum..yum..

Inilah Milo Dinosour

Sunday, June 17, 2012

Madagascar 3 @ Big Cinema, BP Mall

Isnin 11hb Jun, kami terpaksa check out awal pagi sebab my hubby ada mesyuarat dengan JKR dan KKM di tapak projek Hospital Batu Pahat jam 9.00 pagi. Liatnya campur malas nak bangun pagi tapi kena bangun jugak sebab nak kejar masa, perjalanan dari JB ke Batu Pahat tak lama dalam 1 jam je. Badan yang penat berjalan semalam belum habis lagi, penat tapi seronok tak pe jangan penat tapi tak seronok, tu lagilah malas nak bangun. Anak-anak yang masih lena tidur i tak bangunkan sebab rasa kesian nak kejutkan. Biarlah mereka tidur dulu, nanti dah sampai site office my hubby baru mandikan. Dah selesai urusan check out, my hubby drive ke Batu Pahat, kami breakfast di R&R Machap. Breakfast dengan roti canai dan nasi goreng. Air pula teh tarik, milo panas dan kopi 'O'.

Sampai di site office my hubby dalam jam 8.30 pagi. Anak-anak dah bangun, so bolehlah mandikan dan siapkan mereka. Sementara menunggu my hubby meeting, tak kan i dan anak-anak nak stay kt site office, ala...boringnya...tapi nasib baik my hubby faham, he give idea suruh bawak anak-anak pergi tengok wayang movie Madagascar 3 di Big Cinema, Batu Pahat Mall. Segala perbelanjaan di sponsor oleh my hubby...lagilah seronok. Disebabkan waktu masih awal, my hubby minta staff di site office yang hantar kami ke BP Mall nanti. 
 
Inilah Bangunan Batu Pahat Mall terletak di Bandar Batu Pahat

Pukul 11 pagi kami dah sampai di BP Mall. Hari bekerja orang tak ramai sangat, lagipun waktu masih awal lagi. Kami terus menuju ke tingkat 4 di mana terletaknya Big Cinema untuk check time dan beli tiket movie Madagascar 3: Europe's Most Wanted, i beli yang tayangan jam 12.15 tengahari. Harga tiket RM18 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. I beli 2 dewasa (i dan bibik) dan 1 kanak-kanak untuk anak i yang sulung. Anak i yang kecil tak payah beli tiket, i riba je nanti. kalau beli pun rugi sebab bukan nak duduk pun kat seat wayang tu. Madagascar 3 ni kena tengok dalam 3D, so faham-faham je lah kalau 3D mesti kena pakai spec mata 3D. Untuk spec mata ni charge RM5 satu. 

Kalau sebut je pasal cerita kartun Madagascar, mesti u all akan terbayangkan watak 4 binatang iaitu singa, badak air, zirafah dan kuda belang yang terkenal dengan watak Alex, Gloria, Mellman dan Marty. Diserikan pula dengan beberapa jenis binatang lain seperti peguin dan monyet menyebabkan cerita ini menarik minat bukan saja kanak-kanak untuk menonton tetapi termasuk golongan dewasa tidak mahu ketinggalan menyaksikan telatah lucu binatang-binatang ini. Nak tahu apa citer pasal Madagascar 3 ini, jom kita tengok sinopsis kt bawah ni.


Alex, Marty, Gloria and Melman are still fighting to get home to their beloved Big Apple. Their journey takes them through Europe where they find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent - Madagascar style.


Inilah gelagak anak-anak i sementara menunggu lampu merah On untuk masuk wayang.

Selepas habis menonton kami pergi lunch di foodcourt, i makan soto ayam manakala anak-anak i dan bibik makan nasi dengan sup ayam. Lapar kot..yelah waktu tu pun dah pukul 2 lebih. Jam 3.30 baru my hubby jemput untuk check in di hotel Garden. Penat nak drive balik KL, so malam ni kami semua tidur di Batu Pahat. Esok dalam pukul 12 check out balik KL. Nasib baik i ambil cuti sampai hari selasa. Plan nak rehat2 kat rumah tapi tak pelah, i berehat jugak kat Batu Pahat ni, yang bekerja my hubby. 

Hotel Garden Batu Pahat ni hotel biasa je, i rasa dalam 3 bintang je kot. Tapi condition dia ok lah..rate harga pun murah, RM88 untuk 1 malam bilik twin termasuk 2 orang breakfast. Jadi my hubby ambil 2 bilik baru RM176 (connection room) tak sampai RM200, kira murahlah. Apa yang best kat hotel ni ada menjual White Coffee panas yang best di Cafe Garden di lobby hotel, yang lain tu biasa-biasa je lah. Hotel Garden ni terletak di : No. 29, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim. No Tel : 07-431 5999      No. Fax : 07-431 5759
Inilah bilik hotel Garden yang harga RM88, kira ok lah jugak
Kalau u all ada plan nak bercuti ke Batu Pahat bolehlah stay di hotel Garden ni kalau nak jimat. Nak tahu lagi pasal hotel ni u all boleh lah tengok website hotel ni sendiri di  www.gardenhotel.net.my
;/

Saturday, June 16, 2012

Universal Studio Singapore

10hb Jun, jam 6.30 pagi i dah bangun dan kejutkan my hubby dan anak2 untuk bersiap-siap. Nasib baik i bawa bibik bolehlah tolong i menyiapkan anak-anak. Sementara i dan bibik menyiapkan anak-anak, my hubby pergi beli breakfast nasi lemak dan teh susu di 7eleven kt bawah. Setelah semuanya selesai, kami turun ke lobby hotel dan my hubby pergi ke pejabat Odisey untuk mendapatkan satu borang putih yang perlu di isi untuk pemeriksaan Imigresen di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Tuas nanti. Dokumen penting yang mesti ada ialah Passport dan borang putih sudah lengkap diisi maklumat. Ok, let's go, ready nak pergi Universal Studio Singapore (USS). 

My hubby sedang mengisi form dan check passport

Inilah dokumen-dokumen penting untuk pemeriksaan Imigresen nanti
Di dalam Shuttle Bus

Dah sampai, tengok signboard kat atas tu.

Kami sampai di Resort World Sentosa dalam pukul 10.00 pagi. Bas kami berhenti di stesen bas yang terletak dibawah tanah. Kalau u all nak tahu USS ni terletak di dalam kawasan Resort World Sentosa. Dari Stesen bas hendak ke USS tak perlu jalan jauh-jauh, hanya naik eskalator je. Nak masuk dalam Universal Studio ni kena beli tiket dulu. Harga tiket SD78 untuk dewasa dan SD54 untuk kanan-kanak berumur 4 - 12 tahun. Jom kita tengok gambar-gambar kami di USS, tapi tak semua sebab terlalu banyak gambar yang diambil...hi..hi..

Dihadapan Hard Rock Cafe, Resort World Sentosa
Kawasan dalam Resort World Sentosa

 







Kat dalam sini nak makan senang, banyak tempat makan. Kami lunch di Restoran Mel's Drive In. Restoran ini menyediakan makanan segera seperti McDonald, tetapi makanannya lagi sedap. My hubby order 2 set beef burger, 1 set chicken burger dan 1 set kid meal. Dalam setiap set ada fries dan air boleh pilih samada nak coke atau ais lemon tea. Harga semua makanan tersebut SD50.



Kami berada di dalam USS ni sehingga jam 6 petang. Nasib baik anak-anak i tiada buat hal, yang kecik nak tidur pun senang, letak je dalam stroller minum susu terus tidur. Yang abang pula tiada membebel penat sebab banyak berjalan. Selepas itu, kami pergi ke Merlion pula. Kat sini kami tak berjalan sangat sebab cuacanya agak panas berbanding di dalam USS tadi.

Di hadapan patung Merlion


Kami menaiki bas balik ke JB pada jam 7.30 malam. My son nampak happy sangat dan tanya my hubby boleh ke nak datang lagi. Insya Allah abang nanti kita datang lagi. Di USS tadi i sempat shopping souvenir untuk keluarga di Malaysia. Shopping tak banyak pun, i beli T-shirt dan fridge magnet untuk kenangan.

Inilah souvenir yang i beli untuk diri sendiri dan family.


Johor Premium Outlet & Tunes Hotel.com

Hujung cuti sekolah lepas my hubby telah membawa kami bercuti ke Universal Studio Singapore, (nak pg US belum mampu lagi..hi..hi..insya Allah ada rezeki lebih bolehlah pergi sana). Kami bertolak dari KL sabtu pagi 9hb Jun, singgap dulu di Batu Pahat sebab my hubby nak tengok site projek Hospital Batu Pahat yang dia jaga. My hubby tinggalkan i, anak2 dan bibik di Restoran Briyani Gam Power Batu Pahat untuk lunch dan my hubby pegi ke site office untuk jengok staff and get the new info/progress site for meeting with JKR and KKM on monday. Dalam pukul 4 setelah selesai kerja my hubby kami bergerak ke JB. Sebelum sampai JB kami sempat jugak menyinggah di Johor Premium Outlet (JPO). Kat sini i sempat shopping seluar jeans di Espirit Store, i rasa harga dia murah sebab barang-barang dah out dated kot...(i m not very sure about that). Selepas tu kami minum petang di Food Court. Ini second time i datang JPO, masa first time datang dulu i makan pau kacang goreng. Kali ni pun kami makan pau kacang goreng jgk. Pau kacang goreng kt sini memang sedap. Harga pun tak mahal, RM3.10 satu pau. 

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke JB. Kami sampai di JB dalam pukul 7 malam dan terus menuju ke Hotel Tune.com di area Danga Bay. My hubby dah booking melalui internet seminggu awal hotel ni, kami dapat rate bilik dengan harga RM300.00 untuk 2 bilik (connection room) 2 malam + aircond + towel + TV di Hotel Tune.com ni. i ambil 2 bilik coz i bawa bibik jalan-jalan jugak. Bilik Hotel pun memuaskan hati. Apa yang penting bagi i bila menginap di hotel ialah kebersihan. Di hotel Tune.com ni kebersihan memuaskan hati, i bagi 4 daripada 5 bintang je sebabnya hotel ni tiada cafe dan juga tiada menyediakan breakfast (dah tiada cafe mcmane nk ada breakfastkan?, siapa nak masak). Kalau malam tiba2 lapar tak susah, di ground floor hotel ada kedai 7eleven yang dibuka 24 jam, kalau lapar bolehlah turun beli maggie kt sini.  Kalau u all nak tahu lebih lanjut mengenai hotel Tune.com ni bolehlah jengok-jengok di website www.tunehotels.com

Selepas selesai check in, kami makan malam di Sekinchan Ikan Bakar yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tune.com ni. Kedai ini menyediakan makanan terdiri daripada ikan, udang dan sotong dan dimakan dengan pilihan nasi lemak atau nasi sahaja. Semuanya fresh, Sedap!

My hubby pilih hotel Tune.com ni sebab di ground floor hotel ni ada pejabat Cawangan Odysey Travel yang menyediakan shuttle bus ke Universal Studio Singapore.Tambang shuttle bus dari Hotel Tune.com ni ke Universal Studio Singapore untuk 2 hala (pergi dan balik) hanya RM23.00 untuk dewasa dan RM9.00 untuk kanak-kanak. Ada 3 trip bermula daripada pukul 7 pagi, 7:30 pagi dan 8:30 pagi dan balik pun ada 3 trip juga bermula dari jam 6 ptg, 6:30 ptg dan 7:30 malam.

My hubby booking shuttle bas untuk ke Universal Studio Singapore pada hari ahad 10hb Jun, jam 8:30 pagi dan balik jam 7:30 malam. Malam ni kami nak rehat dan tidur lena sebab esok nak bangun awal nak pergi jalan-jalan di Universal Studio Singapore. Hoorreey...thanks papa....mama pulak excited lebih, anak-anak rileks je...



Johor Premiun Outlet (JPO)

Inilah Restoran Sekinchan Ikan Bakar dari pagar Hotel Tunes. com
Muka penat dan lapar




Tune Hotels di Johor Bahru



 Inilah bilik double untuk i 

 Inilah bilik bibik dan anak i yang sulung


Bilik air

Inilah Kedai 7Eleven dan Pejabat Oddisey di tingkat bawah bahagian luar hotel tunes.com

Friday, June 8, 2012

Testing! Testing!

Apa dah jadi pada blog i ni? post yang i update last week xkeluar...hu..hu...

Monday, June 4, 2012

Vegie Cucur / Cucur Sayur

Untuk dinner malam ni, my hubby minta i buatkan cucur sayur, katanya tak nak makan berat untuk malam sebab lunch tadi dah makan nasi berlaukan kurma ayam dan udang sambal. So, i dengan riang hati mengganguk tanda setuju. Resepi cucur sayur ni i reka sendiri, tapi i tak pastilah kalau di luar sana memang ada cucur sayur ni...hi..hi..

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya pun mudah dan senang didapati, kalau kat rumah i, bahan-bahan ni memang wajib ada dalam fridge. Nak tahu bahan apa yang i gunakan, jom...

Bahan-Bahan :-

1. Tepung Gandum
2. Carrot 1/2 batang
3. Daun Kuchai
4. Telur 1 biji
5. Ikan Bilis Kecil (dibelah)
6. 1 ulas bawang besar merah
7. Sedikit serbuk kunyit (untuk warna) 
8. Sedikit garam (ikut citarasa)

* Carrot dan bawang besar merah tersebut dipotong dadu nipis / ikut citarasa sendiri (i lagi suka potong dadu) manakala daun kuchai dipotong dalam jarak 1/2 inci.  

Cara-Cara :-

1. Ikut cara i senang je, campurkan sebuah bahan-bahan tadi di dalam satu bekas dan masukkan air, kacau hingga sebati. Boleh diagak, bancuhan tersebut jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, dan dengan menggunakan sudu besar sebagai sukatan bolehlah masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali. Saiz cucur mengikut citarasa sendiri, kalau nak besar masukkan banyak sikit tapi kalau nak kecil elok guna sudu tea (mesti comel-comel cucur tu nanti).

3. Bila dah agak-agak kuning, maknanya dah masak lah tu, bolehlah diangkat dan tuangkan bancuhan seterusnya. 

4. Cucur-cucur yang dah masak tu, i akan toskan dulu untuk keringkan minyak. Selepas itu boleh lah dihidangkan. Cucur sayur ni lagi sedap dimakan kalau ada pencicahnya. I selalu gunakan sos cili Maggie sebagai pencicah. 



Inilah bancuhan cucur sayur
Cucur sayur yang telah masak



Dihidangkan dengan minuman milo panas

 

Tuesday, May 29, 2012

Penyusuan Eksklusif Selama 10 Bulan

Puteri Kesayangan, Nur Athirah Hana yang diberi susu ibu secara eksklusif selama 10 bulan (Foto ini di ambil semasa berumur 4-5 bulan)

Malam ni i nak share kat sini mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 10 bulan pada puteri kesayangan i. Memang awal2 i pregnant lagi i dh niat nak berikan susu ibu pada baby i ni. Yang first i hanya dapat bagi selama 4 bulan sahaja, memang ralat sangat2, tp may be rezeki i banyak tu je masa tu dan juga masa tu ilmu mengenai penyusuan susu ibu ni tak cukup, i tak banyak pendedahan mengenai dunia susu ibu ni. Lagipun masa tu i tak de pam susu yang mcm sekarang ni, memang banyak membantu.  

Sebelum bersalin anak kedua ni, i banyak search kt internet untuk dapatkan info2 mengenai susu ibu selain dari membaca majalah2 dan buku2 mengenai susu ibu dan bertanya dengan seorang kakak kt ofis i yang memang dapat menyusukan babynya dengan susu ibu selama 2 tahun, kredit pada Kak Tim yang banyak mengajar i bagaimana cara membanyakkan susu, cara penyimpanan, apa yang patut dilakukan semasa baby menyusu dan apa yang tak patut, pemakanan yang sihat untuk susu yang sihat dan juga mengenai supplement yang patut diambil bagi ibu-ibu yang menyusukan baby untuk kekal sihat dan bertenaga.

Semasa di dalam tempoh pantang, i memang bagi direct kt baby tetapi bila tengah malam semasa baby sedang nyenyak tidur, i akan bangun untuk pam susu menggunakan pam manual berjenama Avent untuk disimpan sebagai stok. Alhamdulillah, hasilnya ada walaupun susu i tak semeriah orang lain, tapi i nekad akan berikan susu ibu sahaja pada baby i kali ni. Setiap kali i pam pada waktu malam, i hanya akan dapat dalam 2 atau 3 oz sahaja, tapi i selalu call Kak Tim untuk dapatkan nasihat dan bertanya adakah itu normal? risau takut susu i tak cukup untuk baby i nanti. Menurut Kak Tim awal2 ni susu ibu tak banyak, itu adalah normal. Pengeluaran susu ibu pun mengikut keperluan baby.

Setelah i mula masuk kerja, i start gunakan pam elektrik, i beli pam Medela Swing secondhand dengan kawan i Zita, i memang suka sangat2 dengan pam ni, i boleh dapat dalam 5 oz setiap kali pam dengan menggunakan pam ni dan i pernah skip satu sesi mengepam, dan bila i pam next sesi tu i dapat 9 oz, Ya Allah, syukur sangat2 masa tu, banyak rezeki anak i pada hari tu. Semasa bekerja, i ada buat jadual mengepam sendiri, untuk 1 hari i akan pam 3 kali. I boleh dapatlah dalam 10-15 oz sehari. Masa tu umur anak i dalam 3 hingga 5 bulan.

Semasa umur anak i 5 bulan, i beli lagi satu pam baru, Medela Freestyle. Kali ni i beli yang baru secara kutu, harganya dalam RM1,734.00 termasuk bayaran pos. Pam ni lagi membantu i dan dapat menjimatkam masa. Dengan pam ni i pernah dapat 10 oz sekali sesi mengepam. Syukur pada Allah sangat2...

I guna pam Medela freestyle ni sampai umur anak i 10 bulan, di samping itu juga i ada mengambil supplement daripada Sharklee iaitu Set Penyusuan B untuk membantu i dalam menjayakan misi penyusuan  ini. Semasa dalam bulan puasa pun, i still bertenaga dan dapat menyusukan baby dan juga boleh dapat dalam 7 oz pada waktu pagi dan 5-6 oz bila petang semasa sesi mengepam kt ofis.

Tapi bila umur baby i dah hampir 11 bulan, i dah mula keluar outstation, i terpaksa skip masa mengepam dan kadang-kadang disebabkan berada diluar ofis, i tak dapat mengikuti rutin jadual mengepam yang sedia ada. Pernah i terpaksa membawa beg pam (dalam tu memang lengkap i simpan pam, chiller dan botol) pegi ke bangunan Parlimen disebabkan satu mesyuarat di adakan di sana, tetapi bila i outstation ke Kota Kinabalu, i terpaksa meninggalkan pam i kat rumah. Pada masa itu i pergi dalam tempoh yang agak lama lebih kurang 3 hari, sebabnya i fikir tak tahu dimana i nak letak susu perahan tu nanti. Pada masa itu, memang sakit lah i punya B*****, i terpaksa tuam menggunakan tuala yang suam untuk meredakannya dan memerah menggunakan tangan untuk mengatasi masalah bengkak susu. I ada baca kat blog http://www.izzahazfar.blogspot.com/ macamana dia handle susu perahan bila travel, tp rasa mcm tak confident je nak buat. Betul kata Kak Tim, bila permintaan banyak, pengeluaran pun banyaklah...konsep penyusuan ni sebenarnya simple je, Supply and Demand je. Baby i stop menyusu susu ibu semasa umurnya hampir setahun. Alhamdulillah, i berjaya menyusukan baby i dalam tempoh hampir 1 tahun, walaupun niat i untuk menyusukannya selama 2 tahun tidak berjaya. Walaupun i tak berjaya tapi i bangga dengan diri i, kerana i ada peluang untuk menikmati saat-saat indah semasa tempoh penyusuan. Di samping itu juga my hubby tercinta pun turut memberi sokongan untuk i menjayakan misi penyusuan ini. Terima kasih pada papa sebab sanggup menemani mama ke kedai-kedai baby yg selalu kita pg Fabulousmom dan Babyjaya di TTDI, One Baby World di Taman Permata dan Manjaku di Sungai Buloh, kadang-kadang pegi pun bukan nak beli tapi just jamu mata...hi..hi...Thanks Papa.

Inilah pam yang i gunakan semasa di dalam pantang




Lastest i gunakan yang ini, i beli secara kutu. Ini gambar dari internet yang i dapat sebab yang i punya dah simpan elok2 pam ni untuk gunakan pada anak No. 3 pulak. Insya Allah

Inilah bekalan untuk baby i setiap hari semasa i pegi kerja

Chuck Series

Bagi sesiapa yang ada melanggan Astro Channel mesti familiar dengan action-comedy/ spy drama 'Chuck' dari US ni. Tayangannya pada setiap hari selasa, jam 10 mlm, chanel AXN. My hubby dan i memang follow citer ni dari season 1 lagi. Disebabkan tak sabar nak tunggu tayangan kt Astro untuk next season, my hubby akan download kt internet, selalunya kt US tayangannya lagi awal. Kalau Astro kita tayang season 1, kat US dah tayang awal episod untuk season 3. So, sebelum Season 5 ditayangkan kt Astro, my hubby dah awal2 lagi download kat internet sebab tak sabar nak menunggu untuk episod seterusnya. Jadi bila Astro tayang je, kitaorang pun tak de lah ralat sangat kalau termissed untuk satu episod or dua episod, kalau missed tu we all keluar makan kt luarlah, kalau tidak, tak sanggup i nak tinggalkan series ni. Dalam series ni mestilah i suka tengok Sarah Walker dengan Chuck lah, suka tengok diaorg ni bercouple (ada ke perkataan ni?), memang padan sangat2. Ok lah i citer sikit sinopsis series chuck ni kat sini sikit, kalau nak citer semua, alamak tak cukup 1 hari.

Chuck (Zachery Levi) ni seorang yang pakar mengenai komputer dan bekerja di Nerd & Hard, BuyMore. Kisah Chuck ni bermula, apabila kawan Chuck, Brice telah mencuri intersect CIA dan menghantarnya kepada kepada Chuck melalui email, intersect ni adalah satu rahsia oleh CIA. So, CIA dapat detect yang intersect ni dihantar kepada Chuck, Bos CIA, General Beckman telah menghantar 2 orang ejen CIA iaitu Sarah Walker (Yvonne Strahovski) dan John Cassey (Adam Baldwin) untuk menjaga Chuck. Dari sinilah bermula perkenalan Chuck dengan Sarah Walker. Series ni banyak melibatkan aksi, terkejut i tengok gaya Sarah Walker apabila dia berlawan dengan penjenayah, memang bestlah...tp yang lagi best bila bab2 cinta Sarah Walker dengan Chuck lah..hi..hi..Chuck ni jenis kelakar sikit, so aksi selamba dia kadang2 memang geli hati, apalagi kalau dia berhadapan dengan John Cassey yang garang dan tegas tu. Chuck pula ada seorang kakak yang very loving and care about him, Ellie namanya dan seorang kawan dari kecik lagi Morgan. Nanti i nak beli lah dvd for full series Chuck ni, nak simpan buat koleksi peribadi. Agak2 lah berapa harga dvd tersebut,  mestilah kena survey dulu berapa harganya.  


Ni lah Chuck dan Sarah...Sweetkan couple ni?


Inilah aksi mereka berdua.

Cantikan Sarah Walker/ Sarah Lisa Bartowski ni, nama sebenar Yvonne Strahovski
Salah satu adengan romantik antara Chuck dan Sarah dalam series tersebut.
Chuck bersama kawan baiknya Morgan