Tuesday, November 25, 2008

Final Exam

Semalam aku jumpa kawan kat surau, tapi bukan coursemate aku la. aku saje tanya pasal exam ari tu cam ne... dia bagitahu yang dia dah tahu satu result exam... aku tanya la nak check kat mane.... dia bagitahu bukak je website space utm, masukkan no. matrix, pas tu pegi ke item peperiksan and then klik keputusan, terpapar la kat skrin result exam. So apa lagi selepas je sembahyang zohor, aku terus turun, bukak website spaceutm. Aku buat sepertimana yang di ajar oleh kawan aku tadi. Bila paparan berada di depan aku.... Untuk subject ukur aku dapat gred B (Alhamdullillah, dengan result yang aku dapat tu, aku dah puas hati sebab aku tak study betul2). So aku hanya tunggu satu je lagi result untuk subject Percukaian Hartanah (Harap2 dapat B gak la, sebab untuk subject ni pun aku tak sudy) ....

Wednesday, November 19, 2008

Terlupa nak 'fill in'

La.... rupa-rupanya untuk post yang aku tulis hari ni terlupa nak letak label... sori sangat2... for the next post aku akan check dulu sebelum publish supaya kesilapan cetakan tidak berulang. Bukannya tak check dulu sebelum ni tapi ari ni lak boleh terlupa letak.

Sepetang di Ikea















 Dah lama aku tak jalan-jalan macam ni. Sejak aku attend class every weekend sumer weekend activity aku sebelum2 ni 'stop' termasuklah my husband and son haziq. Cuti semester telah bermula... seronokkkkkkkknya.... boleh la aku back to normal life... bila weekend je ada la aktiviti yang kami buat. Minggu ni aku pegi ikea.. saje jalan-jalan sambil window shopping. Bukan main happy lagi haziq, dapat jalan-jalan (sebelum ni bila weekend melepak je kat rumah ngan papa). May be haziq pun rindu kat stroller dia sebab dah lama tak naik. Kami jalan-jalan kat ikea dulu, bila dah habis satu round kami jelajah ikea, hanya beli set sudip yang harga RM3 je, perut pun mula la berdondang sayang... kami singgah untuk makan di A&W Ikano. Bila dah habis makan, kami terus balik sebab dah malam. Takut la nanti haziq penat, dia meragam pulak. sapa yang susah... den jugak yang susah....

Tagged from Erna


Semalam aku dapat tagged dari erna... so erna see here what i do...
Rules:
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture. Tag 10 people to do this.

Monday, November 17, 2008

Trend Tudung 'Ikin-Mawi'


Nak tahu tudung apa yang tengah hangat di pasaran sekarang.... jeng..jeng... tudung 'ikin-mawi' la... salah seorang suspek yang dikenal pasti minat dengan tudung 'ikin-mawi' ni ialah aku... aku ni pantang tengok fesyen tudung terkini... mesti nak cuba. yela dah bosan asyik dok pakai tudung bawal je... tapi tudung bawal yang bestnya, dia bukan ikut musim, memang orang akan sentiasa pakai... so takdela nanti orang cakap 'ketinggalan zaman' or 'tak up to-date' or what ever word yang boleh menyebabkan sakit ati bila dengar. Untuk koleksi aku dah ada beberapa helai tudung 'ikin-mawi' ni. tudung ni aku tengok bila pakai nampak kemas walaupun tak pakai anak tudung (serkup kepala) dan lagi satu dia nampak 'elegance' dan yang paling penting selesa dipakai. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil macam aku ni sesuai sangat la pakai tudung macam ni. Antara sebabnya ialah;
- Tudung ni tak payah nak pakai pin... so selamat untuk keselamatan baby (takut tercucuk nanti).
Bagi wanita yang bekerja (macam aku) pula akan cuba mencari alternatif lain bagi pemakaian tudung supaya nampak lagi cantik, kemas dan elegance. Bagi aku... tudung 'ikin-mawi' ni sangat sesuai sebabnya :-
1. Cantik
2. Kemas
3. Bergaya
4. Trendy

Friday, November 14, 2008

Majlis Perpisahan Ketua Unit Tanah & Hartanah








Satu majlis perpisahan di adakan sempena meraikan perpindahan Ketua Unit Tanah & Hartanah, Encik Ahmad Islanizam Ab. Halim ke Cawangan Kuantan. Bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 7 pada 14hb November 2008. Menu hidangan ialah Nasi Lemak disebabkan masa tersebut pagi so, sesuai sangatlah untuk breakfast time. 

horey.... exam dah habis

ahhh legaaaanya... exam dah habis. sebenarnya aku baru habis final exam for this semester (first semester). semester ni aku amik 2 paper je... tapi mak ooii soalan lecture bagi macan nak pusing kepala aku. susah la gak tapi betul la kalau senang itu bukan exam namanya. tapi Alhamdullilah aku masih mampu lagi untuk menjawab soalan yang diberikan. aku akui, for this exam preparation aku tak cukup lagi... maklumla dah berfamily macam susah nak concentrate and stay for study sampai lewat malam. kalau diikutkan memang penat... 5 hari kerja full day+ weekend attend class. tapi itulah walaubagaimana sekalipun aku nekad untuk berjaya sampai mengenggam segulung ijazah yang aku idam-idamkan. anyway.... exam dah habis... boleh la aku kembali bersuka ria bila weekend... jalan-jalan.... shopping... pegi rumah kakak dan abang aku... kiranya back to normal life balik la... tunggu je next semester....