Wednesday, October 28, 2009

Final Exam Tak Lama Lagi

Hai berdebar2 gak aku ni...tinggal 1 hari je lagi nak final, buku pun tak cari lagi nak baca ni. Harap2 dapatlah aku jawab soalan final nanti. Risau ni....Tp aku kena gak selak2 buku, at least baca sikit2...ada lah gak usaha...yang selebihnya berdoa dan tawakal pada Allah... Amin... nanti nak telefon mek & ayah, minta restu dan minta mereka doakan untuk aku supaya dapat jawab soalan exam nanti...

Wednesday, October 21, 2009

Insaf....

Lately ni banyak betul kejadian-kejadian pelik yang dilapor dalam suratkhabar. Cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak membuatkan aku takut. Nak tido malam pun rasa takut. Kadang-kadang terfikir, cukup ke amalan ku untuk bekalan di akhirat nanti...nak menempuh alam barzakh, bersendirian di dalam kubur...disoal malaikat mungkar & Nakir...siapakah yang boleh membantu? kalau pg dengar ceramah-ceramah agama, ustaz akan memberitahu...apabila matinya seseorang muslim itu hanya 3 perkara saja yang dibawa iaitu :

1. ilmu yang manfaat
2. doa anak-anak yang soleh
3. sedekah jariah

Harta & kekayaan? itu sumer ditinggalkan...dan harta kalau tidak digunakan dengan jalan yang betul akan menyusahkan kita di akhirat kelak...harta itu akan datang sebagai seekor ular yang besar di dalam kubur...takutkan? kalau dengar2 perkara macam ni aku rasa takut yang amat sangat....dan cuba untuk menjadi yang terbaik..memohon pada Allah semoga aku, suami, anak-anak, kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga ku sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T, dijauhkan kami dari melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan....Ya Allah, aku pohon petunjuk darimu...lindungan kehidupan kami dan semoga kami termasuk di dalam golongan hamba-hamba mu yang beriman. Amin....

Friday, October 9, 2009

Rindu Pulak...

Lama betul aku tak menulis kat blog ni...busy lah katakan...rasanya sempat lagi aku nak wish selamat hari raya idilfitri, maaf zahir & batin kepada sumer kawan2 yang mengenali aku...hope your raya penuh dengan kegembiraan... aku tahun ni beraya di kampung halaman ku...bestnya....third raya baru berangkat ke Taiping untuk beraya di rumah suami tercinta lah pulak...tapi biasalah bila balik sana, mesti aku tak dapat jumpa dengan adik ipar aku Janah, coz different turn. Baju raya? mestilah... this year we choose blue colour for our family.



sorry, this year I'm forgot to bring camera at going back to kampung, so terpaksalah menyelit kat mana-mana kamera yang ada. Here I'm just show my son photo, currently to try the baju melayu after back from raya shopping.