Saturday, June 16, 2012

Universal Studio Singapore

10hb Jun, jam 6.30 pagi i dah bangun dan kejutkan my hubby dan anak2 untuk bersiap-siap. Nasib baik i bawa bibik bolehlah tolong i menyiapkan anak-anak. Sementara i dan bibik menyiapkan anak-anak, my hubby pergi beli breakfast nasi lemak dan teh susu di 7eleven kt bawah. Setelah semuanya selesai, kami turun ke lobby hotel dan my hubby pergi ke pejabat Odisey untuk mendapatkan satu borang putih yang perlu di isi untuk pemeriksaan Imigresen di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Tuas nanti. Dokumen penting yang mesti ada ialah Passport dan borang putih sudah lengkap diisi maklumat. Ok, let's go, ready nak pergi Universal Studio Singapore (USS). 

My hubby sedang mengisi form dan check passport

Inilah dokumen-dokumen penting untuk pemeriksaan Imigresen nanti
Di dalam Shuttle Bus

Dah sampai, tengok signboard kat atas tu.

Kami sampai di Resort World Sentosa dalam pukul 10.00 pagi. Bas kami berhenti di stesen bas yang terletak dibawah tanah. Kalau u all nak tahu USS ni terletak di dalam kawasan Resort World Sentosa. Dari Stesen bas hendak ke USS tak perlu jalan jauh-jauh, hanya naik eskalator je. Nak masuk dalam Universal Studio ni kena beli tiket dulu. Harga tiket SD78 untuk dewasa dan SD54 untuk kanan-kanak berumur 4 - 12 tahun. Jom kita tengok gambar-gambar kami di USS, tapi tak semua sebab terlalu banyak gambar yang diambil...hi..hi..

Dihadapan Hard Rock Cafe, Resort World Sentosa
Kawasan dalam Resort World Sentosa

 







Kat dalam sini nak makan senang, banyak tempat makan. Kami lunch di Restoran Mel's Drive In. Restoran ini menyediakan makanan segera seperti McDonald, tetapi makanannya lagi sedap. My hubby order 2 set beef burger, 1 set chicken burger dan 1 set kid meal. Dalam setiap set ada fries dan air boleh pilih samada nak coke atau ais lemon tea. Harga semua makanan tersebut SD50.



Kami berada di dalam USS ni sehingga jam 6 petang. Nasib baik anak-anak i tiada buat hal, yang kecik nak tidur pun senang, letak je dalam stroller minum susu terus tidur. Yang abang pula tiada membebel penat sebab banyak berjalan. Selepas itu, kami pergi ke Merlion pula. Kat sini kami tak berjalan sangat sebab cuacanya agak panas berbanding di dalam USS tadi.

Di hadapan patung Merlion


Kami menaiki bas balik ke JB pada jam 7.30 malam. My son nampak happy sangat dan tanya my hubby boleh ke nak datang lagi. Insya Allah abang nanti kita datang lagi. Di USS tadi i sempat shopping souvenir untuk keluarga di Malaysia. Shopping tak banyak pun, i beli T-shirt dan fridge magnet untuk kenangan.

Inilah souvenir yang i beli untuk diri sendiri dan family.


No comments: