Saturday, June 16, 2012

Johor Premium Outlet & Tunes Hotel.com

Hujung cuti sekolah lepas my hubby telah membawa kami bercuti ke Universal Studio Singapore, (nak pg US belum mampu lagi..hi..hi..insya Allah ada rezeki lebih bolehlah pergi sana). Kami bertolak dari KL sabtu pagi 9hb Jun, singgap dulu di Batu Pahat sebab my hubby nak tengok site projek Hospital Batu Pahat yang dia jaga. My hubby tinggalkan i, anak2 dan bibik di Restoran Briyani Gam Power Batu Pahat untuk lunch dan my hubby pegi ke site office untuk jengok staff and get the new info/progress site for meeting with JKR and KKM on monday. Dalam pukul 4 setelah selesai kerja my hubby kami bergerak ke JB. Sebelum sampai JB kami sempat jugak menyinggah di Johor Premium Outlet (JPO). Kat sini i sempat shopping seluar jeans di Espirit Store, i rasa harga dia murah sebab barang-barang dah out dated kot...(i m not very sure about that). Selepas tu kami minum petang di Food Court. Ini second time i datang JPO, masa first time datang dulu i makan pau kacang goreng. Kali ni pun kami makan pau kacang goreng jgk. Pau kacang goreng kt sini memang sedap. Harga pun tak mahal, RM3.10 satu pau. 

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke JB. Kami sampai di JB dalam pukul 7 malam dan terus menuju ke Hotel Tune.com di area Danga Bay. My hubby dah booking melalui internet seminggu awal hotel ni, kami dapat rate bilik dengan harga RM300.00 untuk 2 bilik (connection room) 2 malam + aircond + towel + TV di Hotel Tune.com ni. i ambil 2 bilik coz i bawa bibik jalan-jalan jugak. Bilik Hotel pun memuaskan hati. Apa yang penting bagi i bila menginap di hotel ialah kebersihan. Di hotel Tune.com ni kebersihan memuaskan hati, i bagi 4 daripada 5 bintang je sebabnya hotel ni tiada cafe dan juga tiada menyediakan breakfast (dah tiada cafe mcmane nk ada breakfastkan?, siapa nak masak). Kalau malam tiba2 lapar tak susah, di ground floor hotel ada kedai 7eleven yang dibuka 24 jam, kalau lapar bolehlah turun beli maggie kt sini.  Kalau u all nak tahu lebih lanjut mengenai hotel Tune.com ni bolehlah jengok-jengok di website www.tunehotels.com

Selepas selesai check in, kami makan malam di Sekinchan Ikan Bakar yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tune.com ni. Kedai ini menyediakan makanan terdiri daripada ikan, udang dan sotong dan dimakan dengan pilihan nasi lemak atau nasi sahaja. Semuanya fresh, Sedap!

My hubby pilih hotel Tune.com ni sebab di ground floor hotel ni ada pejabat Cawangan Odysey Travel yang menyediakan shuttle bus ke Universal Studio Singapore.Tambang shuttle bus dari Hotel Tune.com ni ke Universal Studio Singapore untuk 2 hala (pergi dan balik) hanya RM23.00 untuk dewasa dan RM9.00 untuk kanak-kanak. Ada 3 trip bermula daripada pukul 7 pagi, 7:30 pagi dan 8:30 pagi dan balik pun ada 3 trip juga bermula dari jam 6 ptg, 6:30 ptg dan 7:30 malam.

My hubby booking shuttle bas untuk ke Universal Studio Singapore pada hari ahad 10hb Jun, jam 8:30 pagi dan balik jam 7:30 malam. Malam ni kami nak rehat dan tidur lena sebab esok nak bangun awal nak pergi jalan-jalan di Universal Studio Singapore. Hoorreey...thanks papa....mama pulak excited lebih, anak-anak rileks je...



Johor Premiun Outlet (JPO)

Inilah Restoran Sekinchan Ikan Bakar dari pagar Hotel Tunes. com
Muka penat dan lapar




Tune Hotels di Johor Bahru



 Inilah bilik double untuk i 

 Inilah bilik bibik dan anak i yang sulung


Bilik air

Inilah Kedai 7Eleven dan Pejabat Oddisey di tingkat bawah bahagian luar hotel tunes.com

No comments: