Isnin 11hb Jun, kami terpaksa check out awal pagi sebab my hubby ada mesyuarat dengan JKR dan KKM di tapak projek Hospital Batu Pahat jam 9.00 pagi. Liatnya campur malas nak bangun pagi tapi kena bangun jugak sebab nak kejar masa, perjalanan dari JB ke Batu Pahat tak lama dalam 1 jam je. Badan yang penat berjalan semalam belum habis lagi, penat tapi seronok tak pe jangan penat tapi tak seronok, tu lagilah malas nak bangun. Anak-anak yang masih lena tidur i tak bangunkan sebab rasa kesian nak kejutkan. Biarlah mereka tidur dulu, nanti dah sampai site office my hubby baru mandikan. Dah selesai urusan check out, my hubby drive ke Batu Pahat, kami breakfast di R&R Machap. Breakfast dengan roti canai dan nasi goreng. Air pula teh tarik, milo panas dan kopi 'O'.
Sampai di site office my hubby dalam jam 8.30 pagi. Anak-anak dah bangun, so bolehlah mandikan dan siapkan mereka. Sementara menunggu my hubby meeting, tak kan i dan anak-anak nak stay kt site office, ala...boringnya...tapi nasib baik my hubby faham, he give idea suruh bawak anak-anak pergi tengok wayang movie Madagascar 3 di Big Cinema, Batu Pahat Mall. Segala perbelanjaan di sponsor oleh my hubby...lagilah seronok. Disebabkan waktu masih awal, my hubby minta staff di site office yang hantar kami ke BP Mall nanti.
|
Inilah Bangunan Batu Pahat Mall terletak di Bandar Batu Pahat |
Pukul 11 pagi kami dah sampai di BP Mall. Hari bekerja orang tak ramai sangat, lagipun waktu masih awal lagi. Kami terus menuju ke tingkat 4 di mana terletaknya Big Cinema untuk check time dan beli tiket movie Madagascar 3: Europe's Most Wanted, i beli yang tayangan jam 12.15 tengahari. Harga tiket RM18 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. I beli 2 dewasa (i dan bibik) dan 1 kanak-kanak untuk anak i yang sulung. Anak i yang kecil tak payah beli tiket, i riba je nanti. kalau beli pun rugi sebab bukan nak duduk pun kat seat wayang tu. Madagascar 3 ni kena tengok dalam 3D, so faham-faham je lah kalau 3D mesti kena pakai spec mata 3D. Untuk spec mata ni charge RM5 satu.
Kalau sebut je pasal cerita kartun Madagascar, mesti u all akan terbayangkan watak 4 binatang iaitu singa, badak air, zirafah dan kuda belang yang terkenal dengan watak Alex, Gloria, Mellman dan Marty. Diserikan pula dengan beberapa jenis binatang lain seperti peguin dan monyet menyebabkan cerita ini menarik minat bukan saja kanak-kanak untuk menonton tetapi termasuk golongan dewasa tidak mahu ketinggalan menyaksikan telatah lucu binatang-binatang ini. Nak tahu apa citer pasal Madagascar 3 ini, jom kita tengok sinopsis kt bawah ni.
Alex, Marty, Gloria and Melman are still fighting to get home to their
beloved Big Apple. Their journey takes them through Europe where they
find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent -
Madagascar style.
Inilah gelagak anak-anak i sementara menunggu lampu merah On untuk masuk wayang.
Selepas habis menonton kami pergi lunch di foodcourt, i makan soto ayam manakala anak-anak i dan bibik makan nasi dengan sup ayam. Lapar kot..yelah waktu tu pun dah pukul 2 lebih. Jam 3.30 baru my hubby jemput untuk check in di hotel Garden. Penat nak drive balik KL, so malam ni kami semua tidur di Batu Pahat. Esok dalam pukul 12 check out balik KL. Nasib baik i ambil cuti sampai hari selasa. Plan nak rehat2 kat rumah tapi tak pelah, i berehat jugak kat Batu Pahat ni, yang bekerja my hubby.
Hotel Garden Batu Pahat ni hotel biasa je, i rasa dalam 3 bintang je kot. Tapi condition dia ok lah..rate harga pun murah, RM88 untuk 1 malam bilik twin termasuk 2 orang breakfast. Jadi my hubby ambil 2 bilik baru RM176 (connection room) tak sampai RM200, kira murahlah. Apa yang best kat hotel ni ada menjual White Coffee panas yang best di Cafe Garden di lobby hotel, yang lain tu biasa-biasa je lah. Hotel Garden ni terletak di : No. 29, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim. No Tel : 07-431 5999 No. Fax : 07-431 5759
|
Inilah bilik hotel Garden yang harga RM88, kira ok lah jugak |
Kalau u all ada plan nak bercuti ke Batu Pahat bolehlah stay di hotel Garden ni kalau nak jimat. Nak tahu lagi pasal hotel ni u all boleh lah tengok website hotel ni sendiri di
www.gardenhotel.net.my
;/